Thursday, 10 July 2014

BONGKAR!!! RUU Harmoni Memang Di Deraf Oleh MAJLIS PEGUAM


Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN/NUCC), sebuah Majlis redundant bersifat tiada beban batu digalas kerajaan telah berkali-kali menafikan peranan dan penglibatan Majlis Peguam di dalam merangka deraf Rang Undang-Undang Harmoni(RUU Harmoni) yang disiapkan mereka. Dalam pelbagai kenyataan media yang dikeluarkan ahli-ahli NUCC sebelum ini, mereka sedaya upaya cuba memesongkan fakta seolah-olah deraf RUU Harmoni tersebut dibuat melalui konsultasi dengan pihak awam.

Menggunakan Modus Operandi yang sama dengan Malaysian Insider, pihak Bangkit.info telah mendapat kerjasama daripada beberapa pakar perundangan, pakar perlembagaan dan pakar teknologi maklumat yang tidak dinamakan untuk menyiasat semua deraf RUU Harmoni tersebut sehingga ke lubang cacing.

Deraf Awal RUU Harmoni
Pihak kami mengesan deraf RUU Harmoni pada awalnya di deraf oleh seorang peguam  yang menggunakan kemudahan pejabat Firma Guaman Skrine & Co.

Sentuhan Akhir RUU Harmoni
Sentuhan akhir kepada RUU Harmoni pula telah dibuat oleh Syahredzan Johan.

Siapa Pula Syahredzan Johan?
Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan (National Young Lawyers Committee)  dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Perlembagaan (Constitutional Law Committee) di MAJLIS PEGUAM.



Beliau juga terlibat secara aktif dengan Projek Dialog. Sebuah gerakan yang sentiasa menimbulkan kontroversi dan membuat provokasi ke atas umat Islam melalui penerbitan-penerbitan mereka.

Buktinya?
Pihak kami telah berjaya mendapatkan salinan elektronik deraf asal RUU Harmoni tersebut. Melalui beberapa maklumat asas yang diperolehi daripada dokumen elektronik yang sama, ia membuktikan bahawa deraf RUU Harmoni itu memang turut melibatkan penglibatan Majlis Peguam.

Penafian NUCC berkenaan penglibatan Majlis Peguam dengan RUU Harmoni sebelum ini jelas merupakan satu bentuk penafian dengan kepentingan-kepentingan tertentu.



Apa Masalahnya Dengan Penglibatan Majlis Peguam?
Sepertimana kata Tun Abd Hamid sebelum ini, semua bentuk hasrat murni untuk menjadikan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara sebagai satu bentuk harapan baru mengeratkan perpaduan kaum di dalam negara telah dirampas dengan kemasukan agenda-agenda yang dimahukan oleh pihak Majlis Peguam dan Pembangkang yang menguasai mereka.

Semua dialog dan maklumbalas berkenaan perpaduan akan diletakkan ketepi dan semua bentuk hasrat-hasrat yang dimahukan Majlis Peguam dan pihak pembangkang yang disokong mereka, akan mencorak RUU Harmoni menjadi sebuah alat untuk pihak mereka mencapai agenda jangka panjang mereka.

Apa Masalah Dengan RUU Harmoni Yang Dicadangkan?
Ketiga-tiga RUU yang disediakan Majlis Peguam mengandungi lapan unsur yang boleh mengganggu-gugat keharmonian negara dan bukan memperkukuhkannya. Sila baca pembentangan 8 unsur masalah RUU Harmoni yang sebelum ini dibentangkan Saudara Azril Mohd Amin.

Antara lain RUU Harmoni mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Negara, membuka ruang kepada pengiktirafan hak kewujudan LGBT di dalam negara, menghakis kedaulatan Islam, menghakis hak-hak orang Melayu, bersifat anti rukunegara, meletakkan agama Islam dan pihak berkuasa agama Islam di bawah skrutini sebuah tribunal yang diberikan kuasa terlalu luas. Malah, RUU Harmoni juga memberi ruang kepada wujudnya golongan ateis yang tidak bertuhan di dalam negara.

Sila baca pembentangan 8 unsur tersebut pada pautan ini. (Pautan)

Roadmap Menuju Malaysia Sebagai Sebuah Republik?
Melihat usaha penghapusan satu persatu hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Islam di dalamnya, malah kewujudan satu Tribunal yang diberikan kuasa luas untuk memanggil sesiapa sahaja untuk disoal siasat,  dapat dilihat di sini, ia seperti satu bentuk cadangan untuk menghapuskan tiang-tiang yang selama ini menyokong kewujudan sistem Raja Beperlembagaan Di Malaysia.

Jika disusun langkah demi langkah yang diatur oleh mereka yang terlibat di dalam deraf RUU Harmoni ini, tidak dapat tidak, gambaran masa depan Malaysia berubah kepada sebagai sebuah negara Republik tidak dapat dinafikan daripada akan berlaku.

Akujanji Najib Tun Razak Kepada Majlis Raja-Raja
TuanA.Karim Omar menulis perkara berikut sebelum ini.

Susulan gerak kerja pelbagai NGO Islam yang berusaha untuk menyedarkan orang ramai berhubung ancaman dari RUU Harmoni ini, ianya telah menarik perhatian Majlis Raja-raja. Dan dalam Persidangan Majlis Raja-raja pada bulan lepas, satu sesi taklimat khas telah diadakan.


Perdana Menteri turut dipanggil hadir dalam taklimat khas tersebut. Bimbang dengan pembongkaran demi pembongkaran ancaman RUU Harmoni itu, PM Najib terpaksa mencelah serta memberi janji dan komitmen tidak akan meneruskan RUU Harmoni yang telah disediakan oleh Mujahid Rawa bersama Majlis Peguam tersebut. Itu JANJI Najib di hadapan Raja-raja Melayu.

Berselang beberapa minggu, Menteri berkaitan, Nancy Shukri, dalam kenyataan beliau ketika mengerjakan umrah di Mekah, menjelaskan bahawa draf RUU Harmoni belum bersedia untuk dibentangkan. (Kita doakan ianya berkubur terus)

Mengambil kira kepedulian para Duli-duli Raja-raja Melayu dengan apa yang bakal menghapuskan identiti Tanah Melayu dan menjadikan RUU Harmoni sebagai batu loncatan untuk menjadikan Persekutuan Malaysia sebuah REPUBLIK dan juga dari keresahan Najib semasa taklimat tersebut dibentangkan kepada Majlis Raja-raja, apakah nanti Najib masih berani melawan Majlis Raja-raja?

Jika Najib akur dengan janjinya di hadapan Raja-raja Melayu bulan lepas kita doakan ketegasan dan keberanian beliau untuk menghadapi ancaman kelompok Liberal yang menganggotai MPKN yang sekarang galak mempromosi RUU Harmoni tersebut.

Tetapi persoalannya, kenapa pihak NUCC masih galak mempromosikan RUU Harmoni ini?

Desakan Penubuhan Suruhanjaya DiRaja Bagi Menyiasat NUCC, Mereka-Mereka Yang Terlibat Dengan Deraf RUU Harmoni Termasuk Pembabitan Perdana Menteri
Sudah tiba masanya semua kebejatan dan keresahan yang timbul berkenaan kewujudan NUCC ini diselesaikan sama sekali. Pihak PEMBELA dan NGO-NGO Islam dan Melayu akan mengadakan satu bentuk tuntutan dan desakan supaya satu Suruhanjaya DiRaja diwujudkan bagi menyiasat siapa dalang disebalik penubuhan NUCC, penglibatan Bar Council dan elemen-elemen anti Perlembagaan di dalamnya. Ini termasuklah menyiasat penglibatan pihak-pihak yang mewujudkan sebuah majlis dengan hasil kerja yang bakal memporak perandakan negara.

Delegasi NGO-NGO Islam yang diketuai oleh Tan Sri Zaman Khan sebelum ini telah menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri semasa Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini berkenaan NUCC dan RUU Harmoni ini.


Jika semua keadaan ini tidak dibaikpulih dalam tempoh segera, beberapa pilihan dan bentuk tindakan lanjut sedang dipertimbangkan untuk dijalankan.


Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara.

14 comments:

  1. bangkai gajah, manakan dpt ditutup dgn nyiru

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar lambat laun akan terbongkar jua.. malah MKPN juga akan terlondeh satu persatu nanti.. InsyaAllah..

      Delete
  2. Bongkar lagi..

    ReplyDelete
  3. Blog kembara politik ada bgtau mmg deraf tu karangan bar council.http://kembarapolitik.blogspot.com/2014/06/draf-undang-undang-karangan-budak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Tuan Hamba Allah... sama2 kita bergerak utk menentang kebatilan ini..

      Delete
  4. Bah. Pertama:

    Selain dari Draf Akta Harmoni-JAHANAM ni, ini satu lagi SENJATA MUSUH ISLAM disyaki nak MENGHAPUSkan hak Keistimewaan Bumiputera termasuk Bumiputera Islam/Melayu dan mempunyai kuasa utk. memilih pemimipin Islam/Melayu-LIBERAL, terutamanya dlm. JPA - disyaki melalui hak asasi “KESAMAAN” Barat-ZIONIS dalam program “Felo Perdana”! Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140710/dn_04/Kementerian-pantau-isu-militan-dalam-kalangan-belia:

    Kementerian pantau isu militan dalam kalangan belia

    PUTRAJAYA 9 Julai - ......Menterinya, Khairy Jamaluddin.....sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Felo Perdana kepada anggota Kabinet yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

    Program Felo Perdana yang melibatkan 84 mahasiswa serta graduan berumur di bawah 30 tahun itu merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan telah diadakan buat kali kedua pada tahun ini.

    ......Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa supaya mengambil bekas Felo Perdana yang berminat di dalam perkhidmatan awam untuk berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).

    "Mungkin ada di antara siswazah atau mahasiswa yang telah menyertai program Felo Perdana buat kali pertama sebelum ini berminat di dalam sektor awam, oleh itu kita kemukakan cadangan kepada KSN untuk dipertimbangkan," katanya.

    Dalam pada itu Khairy turut memberitahu, sebanyak 10 peserta Felo Perdana kali pertama telah diambil bekerja oleh menteri masing-masing selepas mereka selesai menjalani program berkenaan.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).


    ReplyDelete
    Replies
    1. INi dah mcm sediakan satu lapisan generasi utk menggantikn generasi liberal yg bakal tamat jangka hayat..

      Benar makcik.. mrk sudah berfikir utk barisan kepimpinan mrm utk 2 dekad akan datang.. kita semua kena lipat gandakan usaha..

      Delete
  5. Bah. Kedua:

    Kerana kita tahu kalau si mamat-LIBERAL-kari yg- menguruskan calon Felo Perdana ni utk. bekerja di JPA, maka ini amat bahaya sekali! Dan hari ni dia nak calon-calon Felo Perdana ni diambil bekerja sbg. pegawai Tadbir Diplomatik! Kenapa KUASA yg. begitu BESAR diberi pd. si mamat-LIBERAL ni utk. masuk campur dalam pengambilan pegawai tinggi JPA, sedangkan dia ni asyik MENJILAT MUSUH ISLAM!

    Tengoklah si LIBERAL-mamat-kari yg. memang makin MELOYAkan ini, yg. asyik BERANGAN dia ni memang bakal PM akibat dipuja EvangeliSStar, yg. asyik nak MEMPERTAHANkan Musuh Islam/umatnya! Lihat di http://paneh.blogspot.com/2014/06/kj-nak-hapuskan-kuasa-mahkamah-syariah.html , KJ nak hapuskan kuasa Mahkamah Syariah?!, Coretan: paneh, June 12, 2014!

    Dan lihat bagaimana liciknya si PENYIBUK-mamat-kari nak pertahankan undg-undg si KAPIR Barat-ZIONIS melalui hak asasi ‘KESAMAAN‘ dlm. pekerjaan swasta dan awam, disyaki juga nak MENGHAPUSkan terus hak keistimewaan BUMIPUTERA yg. termasuk kuota istimewa pekerja BUMIPUTERA termasuk dlm. JPA, seperti Perkara 153 Perlembagaan Malaysia tersebut. Sepatutnya kajian UM itu digunakan utk. memastikan Perkara 153 tidak diJAHANAMKan si PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS; bukan diselesaikan melalui hak asasi 'KESAMAAN' Barat-ZIONIS! Bahkan Perlembagaan Persekutuan pada perkara 38 (5) menyatakan dengan jelas perkara berikut :(5) Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153"! Jadi JGN. si mamat-kari ni nak tunjuk TERA dia, tak tentu pasal!

    Lihat di -
    http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140613/dn_23/Tangani-isu-ambil-pekerja-ikut-kaum ,Tangani isu ambil pekerja ikut kaum, Oleh FAZRINA AYU RADUIAN:

    SHAH ALAM 12 Jun - Langkah yang komprehensif perlu diambil bagi menangani isu diskriminasi pengambilan pekerja berdasarkan kaum di negara ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata, satu perbincangan di peringkat undang-undang akan dipertimbangkan dengan mengambil kira pelbagai aspek meliputi perpaduan nasional dan sudut ekonomi

    "Ada sesetengah negara mempunyai akta untuk melindungi hak sama rata pekerja dan tidak membenarkan diskriminasi terhadap latar belakang kaum daripada berlaku.

    "Ini adalah salah satu contoh yang mungkin boleh dipertimbangkan dan kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang kesamarataan pekerjaan," katanya.....

    Beliau mengulas mengenai kajian yang dibuat oleh pensyarah kanan, Dr. Lee Hwok Aun dan Dr. Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya selama tiga tahun untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan kaum.

    Kajian tersebut mendapati kedudukan kaum calon lebih diambil kira berbanding kualiti kelayakan bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum Cina dan syarikat antarabangsa yang pengurusan tertinggi dipegang kaum Cina di negara ini.

    Khairy berkata, kajian itu perlu dipandang serius kerana ia menunjukkan ada trend diskriminasi dalam kalangan sektor swasta terhadap pemohon kerja berdasarkan latar belakang kaum.

    "Perkara ini telah saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan dasar di Perhimpunan Agung UMNO lalu, sebagai kebimbangan dan jika kajian itu betul maka perlu kita tangani masalah ini dengan segera.

    "Selain itu, diskriminasi ini bukan sahaja perlu dilihat dalam sektor swasta malah dalam sektor kerajaan agar hak sama rata dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.....

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai sudah cuba sedarkan tentang kecenderungan menantu bekas PM ni.. ada tgn2 diluar sana yg memainkan peranan meletakkan dia di posisi tersebut utk pelan2 jangka panjang..

      masalahnya, boneka2 gerakan ini ada dikedua2 belah pihak..

      Jadi 3rd force utk menyedarkan kedua2 pihak yg berpecah supaya menyahkan semua elemen parasit di dalam entiti mrk dan kembali ke jalan Islam yg benar perlu dijalankan dgn segera..

      Itu menjadi tanggungjawab kita semua utk jalankan..

      Delete
  6. Ahjibgor is the worse pm ever...no undi for BN n Amno..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana 'bongkar' penglibatan saya, tetapi saya tak pernah pun nafikan penglibatan saya dalam merangka RUU tersebut. Malahan kalau ikut Twitter saya (@syahredzan) saya dah lama 'dedahkan' yang saya terlibat. Kalau tak pun, baca akhbar The Heat beberapa minggu lepas, ada gambar saya dan saya sendiri kata saya terlibat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama saudara Syahredzan. Kami berbesar hati dengan itu.

      Oleh kerana tweet saudara berkenaan RUU Harmoni secara purata di retweet kurang sepuluh org, dan tebaran akhbar The Heat juga kecil jumlahnya, pihak kami berbesar hati untuk mempromosikan 'kejayaan' saudara itu di dalam laman kami.

      Jika perlukan apa-apa pengumuman tentang penglibatan saudara dgn apa2 perkara lain, bolehlah hubungi kami di sini.

      Sayanglah jika 'sumbangan' besar sebegini, hanya dikongsi kembali sekitar purata kurang 10 org.

      Delete
  8. Ada juga spesis yg bangga dgn usaha menafsir semula Perlembagaan ikut selera org2 mcm Lim Chee Wee LGBT. Malangnya yg menyokong tu org Melayu mcm Syahrezan. Melayu liberal. Jenis tak sedar diri.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.