Tuesday, 1 July 2014

Artikel Tun Abd Hamid Dipadamkan? Apa Yang Mereka Takutkan?


Dalam entri terbaru beliau, “SATU PERMINTAAN KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN” Tun Hamid menyatakan hanya dua artikel beliau yang diganggu dan dihilangkan iaitu “Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu” dan “Pembangkang, Majlis Peguam dan Comango ‘Merampas’ MKPN”.
Sungguhpun Tun Hamid menyatakan beliau tidak pasti siapa yang memadamkannya sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang, namun hakikat hanya artikel tertentu yang dihilangkan walaupun dimuat naik berulang kali menimbulkan tandatanya sama ada orang tertentu dalam agensi tertentu yang memadamkannya.
Berikut ialah kenyataan penuh Tun Hamid
SATU PERMINTAAN KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN
Pada, atau lebih kurang pada, 22 April 2014 saya memuat-naikkan satu rencana bertajuk “Perpecahan Melayu Punca Tuntutan Melampau Bukan Melayu” ke laman web saya ini. Rencana itu disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 24 April 2014. Beberapa hari kemudian rencana itu telah “hilang” daripada laman web saya. Saya muat-naikkan semula. Beberapa hari kemudian ia “hilang” semula.
Pada 29 Jun 2014, saya memuat-naikkan satu rencana bertajuk “Pembangkang, Majlis Peguam dan Comango ‘Merampas’ MKPN”. Beberapa jam kemudian ia juga “hilang”. Saya muat-naikkan semula. Saya tidak tahu berapa lama ia akan berada di situ.
Memandangkan kepada isi kandungan kedua-dua rencana itu dan bahawa perkara seperti itu tidak berlaku kepada beratus-ratus rencana, kertas kerja, ucapan dan penghakiman yang saya muat-naikkan, saya percaya kedua-dua rencana itu telah “dihilangkan” oleh seseorang yang tidak suka kepada isi kandungannya.
Saya tidak tahu siapa orangnya, Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam, datang dari pihak kerajaan atau pembangkang dan apa sebab dia berbuat demikian. Tetapi, biar siapa pun dia, saya minta dia bertanya diri sendiri, berfikir dengan tenang, dan menjawab soalan ini dengan jujur sambil mengketepikan soal sama ada dia suka atau tidak: Apa yang saya katakan itu betul atau tidak?
Jika ada mana-mana bahagian yang tidak betul, sila hubungi saya dan britahu saya bahagian mana yang tidak betul dan apa sebab dan alasanyanya. Alamat email saya boleh didapati dalam laman web saya ini.
Tun Abdul Hamid Mohamad 30 Jun 2014

7 comments:

  1. Sekarang INI pihak khafir, liberal, anti-establishment, pembangkang Dan peak anti Melayu sedang gelisah menghadapi segala rahsia Dan agenda mereka yang sedang ditelanjqngkan. In gat, kamu semua sedan berhadapan dengan bgelombang kebangkitan Melayu yang kamu musuhi selama INI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. pesan org tua, harimau yg tidur, jgn diganggu tidurnya.. sekarang ini siapa yg sibuk menggelabah?

      Delete
  2. Mana hak kebebasan bersuara? berlagak nak mampos gebang satu dunia diorg juara hak bersuara. Bila kena batang idung sendiri, padam artikel org. Jgn lyn puak2 dajjal ni dgn tuntuan hak bersuara merka. Kalau mrk tak tau hormat, buat apa kita nak hormat tuntutan mrk balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat mrk mgm begitu.. jd tidak perlu hairan.. kita perlu kuatkan jemaah kita dan berdepan dengan mereka dengan sabar.

      Kita semakindekat dengan kejayaan.. cuma perlu bersabar dan berdisplin. lolongan mrk tak bisa meruntuhkan bukit jika kita punya kesabaran dan kekuatan yg lebih tinggi dr mereka.

      Hanya kita tahu shj mereka mahu menghormati kebebasan bersuara.. utk mrk satu set undang2 lain terpakai.. kita bukan bodoh.. kerana itulah kita semua diseru supaya Bangkit!!!

      Delete
  3. Melayu bangkit dari Tidor!!!

    ReplyDelete
  4. Mujurlah Bekas Ketua Hakim Negara Benar2 Bijak dan tak tergolong manusia laknatullah seperti group di bawah..


    Terbaru Prof Redzuan--
    Orang2 yang Syok Sendiri mcm ni satu group dgn Mujahid Rawa, Dr Maza, Badrul Amin, Wardina, Shamdol Petronas, Saifudin Abdullah, Yummy Diana..ialah species yg Selesa Menjadi VIP dgn mengadai & mengorbankan kaumnya sendiri demi Penyangak..Mereka untuk mengekalkan VIP (kerana digaji)- sanggup membiarkan anak bangsa terkontang kanting..menyelamatkan maruah


    Yalah..Status VIP tu boleh dibawak mati

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.