Wednesday, 23 July 2014

Apakah Wujud SOP Diskriminasi Perkauman Ketua Polis Negara dan Peguam Negara?

Ketika ini, bagai sebuah wabak yang melanda, rata-rata komen yang melimpahi ruang-ruang perkongsian maya sedang sibuk berbicara tentang integriti dan kredibiliti dua orang tokoh yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin amanah memegang kuasa menjalankan keadilan di dalam negara.

Rata-rata komen dan perkongsian di dalam maya sedang menyambut dengan penuh ‘gembira’ kecekapan Polis DiRaja Malaysia di bawah KPN sekarang Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pejabat Peguam negara dalam menghantar Kiki Kamaruddin, mangsa provokasi lisan seorang rasis tua, ke muka pengadilan. Perbuatan mencetuskan kemarahan mendadak tidak lagi dipertimbangkan sebagai asbab amukan wanita malang tersebut. Walaupun beliau sudah memohon maaf secara live melalui media-media, permohonan maafnya tidak membawa apa-apa erti kepada kamus keadilan KPN yang seharusnya buta warna.

Dalam tempoh tidak sampai 5 hari, tanpa sebarang laporan polis, beliau ditahan, disiasat dan dibawa ke muka pengadilan dan dihukum oleh Mahkamah. Hanya dengan KPN menonton video amukan yang dilakukannya tanpa mencederakan sesiapa melalui aplikasi telefon pintar, ia sudah cukup untuk KPN menggerakkan jentera-jentera kepolisan dengan kelajuan halilintar untuk menyegerakan proses keadilan.  Hebat! Super Hebat!

Tahniah Ketua Polis Negara. Justice delayed is justice denied. Rata-rata, penduduk negara kagum dengan keupayaan halilintar selektif kerjasama antara Pejabat Peguam Negara dan PDRM dalam isu ini.

Tetapi kecekapan kerjasama pada tahap halilintar ini menimbulkan satu bentuk misteri yang asing. Kes Kiki Kamaruddin ini dan kes Presiden ISMA sebelum ini melibatkan pihak yang menjawab provokasi perkauman yang dicetuskan pihak lain. Yang melakukan provokasi terlepas, tetapi yang menjawab provokasi cepat pula dikenakan tindakan. Apakah kerana mereka Melayu dan beragama Islam, maka dikirimkan pasukan elit halilintar yang mampu mencapai kerjasama antara Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk membawa mereka ke muka pengadilan dengan sepantas mungkin.

Rakyat Malaysia sudah mula terhidu sesuatu. Seolah ada pendekatan selektif. Jika kamu Islam dan Melayu maka, kecenderungan untuk keadilan dikuatkusakan ke atas kamu akan berlaku dengan pantas. Tetapi jika kamu bukan Islam, maka kamu boleh lakukan apa sahaja. Setiap laporan polis, tidak akan membawa apa jua bentuk tindakan. Jika ada pun usaha untuk mengenakan tindakan, satu dua panggilan telefon daripada pihak tertentu sudah cukup untuk menghentikan Mahkamah yang baharu hendak bersidang atas sebab-sebab tertentu. Ini telah berlaku di hadapan mata dan deria rakyat Malaysia. Ks RSN Rayer satu contoh yang baik. Rakyat mula teringat satu persatu kes-kes yang sehingga kini belum mendapat pengadilan yang sepatutnya.



KPN & AG, apa cerita pula dengan kes Patrick Teoh yang melakukan provokasi menghina Islam dua tahun lepas? Kenapa tidak dikirimkan pasukan halilintar tuan untuk membawa penghina dan pemprovokasi ini ke muka pengadilan? Atas apa alasan kesnya didiamkan? Apakah kerana dia telah memohon maaf di dalam laman sosialnya, maka dia dilepaskan? Bukankah Kiki Kamaruddin juga telah memohon maaf, malah permohonan maafnya lebih kelihatan penyesalan yang ikhlas berbanding permohonan maaf Patrick Teoh ini? Jadi kenapa ada beza layanan perjalanan keadilan di dalam kes ini?




KPN dan AG, bagaimana pula dengan kes Namewee yang sudah berusia 7 tahun tanpa diambil sebarang tindakan?


Apa pula kisahnya dengan penghina dan penggugat ketenteraman awam yang mencetuskan provokasi agama sebagaimana yang telah dilakukan oleh Alvin Tan dan Vivian Lee (Alvavi)? Seolah seluruh sistem keadilan melumpuh bila berhadapan dengan mereka berdua.


Bagaimana pula dengan kes Pengetua Sekolah Cina yang mengugut bunuh salah seorang guru mualaf di Johor hanya kerana dia bertekad memakai tudung? Kenapa tiada sebarang tindakan? Apakah kerana dia telah ‘memohon maaf’ maka tiada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya. Sedangkan terdapat laporan polis dibuat ke atas pengetua terbabit. Pelik bukan? Kes Kiki Kamaruddin yang tiada laporan polis dan dia juga sudah memohon maaf, dibawa ke muka pengadilan sehingga dihukum dengan hukuman yang telah ditetapkan.


Apa pula cerita remaja sekolah yang menjadi mangsa tindakan rasis guru yang mengajar sekolahnya? Ibu bapanya sudah membuat laporan Polis. Tetapi di mana pula pasukan halilintar tuan KPN berada sehingga kes ini senyap begitu sahaja?



Apa pula ceritanya dengan seorang lelaki Cina menerajang dan menyepak muka seorang remaja yang dituduh mencuri? Undang-undang mana yang digunapakai untuk menghalalkan perbuatannya wahai Tuan KPN? Bukankah di dalam rakaman video tuan semasa mengulas insiden amukan Kiki tersebut, tuan ada mengatakan bahawa negara ini ada undang-undang dan jangan buat sesuka hati? Mana pula perginya pasukan halilintar tuan dalam kes ini?


Kes provokasi Teresa Kok juga berjalan pada kelajuan super perlahan? Kenapa? Boleh Peguam negara jelaskan?



Bagaimana pula dengan kes P. Ramasamy yang jelas melakukan provokasi mengajak pertumpahan darah antara kaum supaya disegerakan? Bukankah terdapat tidak kurang dari dua laporan polis ke atasnya? Malah yang melaporkan kesnya kepada polis ialah bekas Tan Sri Zaman Khan, bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM. Apakah pihak KPN ingin memberitahu dunia bahawa bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM tidak faham takrif hasutan sebagaimana yang PDRM pada hari ini fahami?

Benar masa telah berubah, jika dulu di zaman Tan Sri Zaman Khan, mungkin dia tidak pernah tahu akan kewujudan cara bertindak selektif yang dijalankan PDRM dan Pejabat Peguam Negara kini.

KPN harus menjawab kenapa wujud dua bentuk perbezaan ketara antara kes sensitif melibatkan orang Melayu Islam dan golongan bukan Islam yang melakukan provokasi dan tindakan biadab ke atas orang Melayu. Kenapa apabila orang Melayu dan Islam yang melakukannya, semua tindakan dari siasatan, pendakwaan dan hukuman dilakukan dengan begitu pantas, tetapi apabila melibatkan golongan bukan Islam yang biadab terhadap Islam yang merupakan agama negara ini, seolah-olah semua kes tersebut mengalami kelewatan tindakan super luarbiasa, dipetisejukkan dan kemudiannya hilang entah ke mana.

Kenapa boleh jadi sebegitu AG dan KPN? Boleh tolong jelaskan supaya semua ketidakadilan ini dapat dirungkai dan dipastikan puncanya. Jika puncanya ialah tuan KPN sendiri, maka tolonglah letak jawatan. Jika puncanya pejabat Peguam Negara, maka tolonglah umumkan supaya semua umat Islam tahu kenapa ketidakadilan sebegini berlaku. Jika puncanya ialah tekanan luar tertentu samada dari parti politik dan sebagainya, maka jelaskanlah supaya kami faham beban yang sedang ditanggung tuan KPN dalam menjalankan amanah kuasa di bumi Malaysia ini.




7 comments:

  1. Rasanya Goverment Services seperti takut kpd DAP.apasal bole jadi macni. Seperti di bumi orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayanya begitu Tuan Hamba Allah.

      Kes CEC DAP pun tak bergerak langsung. UMNO sendiri pernah diharamkan sbb kes dgn ROS, tp DAp ni seolah terlalu special.

      Apa Perlembagaan Negara ni ada Hak-Hak Keistimewaan DAP ke?

      Delete
  2. Jelas nampaknya terdapat double standard dlm pelaksanaan n mengambil tindakan pihak2 yyg berkenaan yg bertanggungjawab terhadap prnguatkuasaan undang2 di negara ini. Ini merupakan satu fenomena baru. Sy lira amalan sebegini hsnya dilakukan di n olrh negara2 Barat? Apa pun, desipa ug melihat imej n tuduhan yg tertera dlm media sosial ini ttng tufuhan secara yetbuks ke atas AG yg dikatakan ada hubungan sulit dgn pihak2 yertentu, tlng beritahu n viralkan semula sms tersebut n minta oorg yg membuat tuduhan tersebutt mengemukakan bukti2 bualan telfon ug dikatakan aada padanya yg dibuatnya srcara rebuksa itu. Ini utk mengetahui apa yg mennyebabkan berlaku amalan2 double stanfdard pihak2 yg terbabit, seperti yg dilakukan PM utk mrndapatkan kesahihan siapa di sebalik insden MH17. KITA hanya perlukan kedudukan sebenar hal ini. Kalau perlu satu Suruhanjaya Di Raja Penyiasatan terhadap agensi2 n para pegawainya hendaklah ditubuhkan. Sesuai dgn keputusan yg telah dibuat di Majlis Persidangan yg mutskhir di Pengerusika DYMM Sultan Johor yg dihadiri oleh PM n AG itu bersabit persrmbahan yg dibuat oleh wakil Nbarisan Perpaduan Nasional (ealaupun ia mungkin melibatkan ura2 meminda AktaHasutan 1948), malah amalan double standard ini agak relevan dgn niat membentangkan 3 undang2 baru pindaan ke atas Akta Hasutan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Allah. Sama seperti kerisauan tuan, kami di sini juga khuatir trdapat faktor2 luaran yg menyebabkan berlakunya diskriminasi dan double standard dlm pelaksaaan tindakan undang2 ini.

      Pastinya ada faktor penolak dan penarik. Pastinya ada sesuatu yg Ag khuatirkan terbongkar.

      Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan. Kita mahu semua yg terlibat dgn MKPN, RUU Harmoni dan segala ketidakadilan ini, kehilangan Pulau Batu Putih dibawa ke muka pengadilan. Inilah satu bentuk pengkhianatan kepada negara.

      Semoga Allah menunjukkan kepada kita semua yg dizalimi dalam isu ini tentang hakikat duduk perkara sebenarnya. Amin.

      Delete
  3. Masih ujudkah sistem bawah meja di malaysia pada waktubini?

    ReplyDelete
  4. Wallahua'lam Tuan raithkab damha.. harapnya sistem itu dan manusia yang mengamalkannya pupus dr negara ini.

    ReplyDelete
  5. KETUANAN MELAYU...tuan hanya pada Melayu, dari Melayu buat Melayu sahaja...itu lah keistimewaan Melayu Bumiputera...berbanggalah kamu semua wahai Melayu...'kera di hutan' lebih baik nasib mereka...

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.