Wednesday, 9 July 2014

Apa Perkembangan Laporan Polis dan Laporan JAIS Ke Atas Peguam Negara?


Sebelum ini Bangkit! Pernah memuatkan beberapa laporan polis dan laporan kepada JAIS berkenaan kenyataan yang pernah dikeluarkan Peguam Negara. Kenyataan yang dikeluarkan secara rasmi oleh Pejabat Peguam Negara itu antara lain menyebut :

"..Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.”



Pernyataan tersebut dibuat Tan Sri Abd Gani Patail di dalam Kenyataan Media Pejabat Peguam Negara. Ia boleh diakses pada pautan ini.

Kenyataan tersebut dilihat sedang dimanipulasikan oleh golongan pelampau Kristian tempatan sebagai hujah menyokong tindakan untuk terus melanggar seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan DiKalangan Orang Islam) 1988.

Menyamakan buku-buku yang terdapat di dalam Bible tersebut sebagai Taurat, Zabur dan Injil merupakan satu bentuk kenyataan yang bercanggah dengan akidah Islam. Beberapa pihak telah membuat laporan kepada JAIS untuk menyiasat kenyataan Peguam Negara ini. Mereka mendesak AG disiasat di bawah Seksyen 7 (Doktrin Palsu), Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selagor) 1995, Bahagian 11 – Kesalahan Yang Berhubung Dengan Aqidah. Seksyen tersebut menyebut seperti berikut:

(1) Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum Syara’ atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Persoalannya, apa sudah jadi kepada laporan-laporan tersebut? Dalam proses siasatan atau terus dibekukan daripada sebarang bentuk siasatan? Umat Islam yang berdiri dibelakang MAIS sebagai satu solidariti ketika MAIS berhadapan dengan tekanan pelampau bukan Islam sedang tertunggu-tunggu apa langkah seterusnya oleh JAIS.


Sekiranya tiada tindakan diambil dan AG tidak menarik balik kenyataan terpesong itu, maka tiadalah gunanya lagi mempunyai peruntukan Seksyen 7 (Doktrin Palsu) dan Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan DiKalangan Orang Islam) 1988 tersebut. Jika ada pun tidak membawa apa-apa guna kecuali menjadi perhiasan dalam kitab undang-undang negeri.

Jika ia sudah tidak dapat lagi berfungsi sebagai undang-undang yang dihormati, maka adalah lebik baik dikoyak sahaja dari Perundangan Negeri dan hantar ke Muzium supaya generasi masa depan akan tahu kenapa negeri mereka berubah dari sebuah negeri Islam kepada negeri Kristian dalam tempoh beberapa dekad akan datang nanti. Na’uzubillahimin Dzaalik.


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.