Monday, 14 July 2014

Saifuddin Abdullah :Antara Tidak Kurang Melayu dan Mengurangkan Hak Melayu Melalui MKPN


Mencari populariti dan berusaha meletakkan nama dicelah-celah bintang yang berkilau bukanlah satu usaha yang susah dewasa ini. Ia tidak memerlukan pencapaian. Ia juga tidak memerlukan usaha keras. Yang diperlukan ialah satu bentuk kesanggupan. Kesanggupan menjual jati diri asal kepada apa yang dimahukan pihak-pihak yang mahu menawarkan puji-pujian.

Saifuddin Abdullah, pemimpin UMNO yang telah ditolak di dalam pemilihan Agung baru-baru ini, sedang mengungsi diri mencari tujuan hidup baru. Mujur ada tempat seperti Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan Global Movement of Moderates (GMM) memberinya sedikit ruang untuk mendapat limpahan cahaya lampu limpah media.

Idea-idea politik lapuk yang dinamakan baru yang telah cuba diketengahkan beliau selama ini, nyata tidak mendapatkan sambutan melainkan oleh Mujahid Yusuf Rawa yang bersetia untuk turut sama mengarang kenangan tersebut di dalam sebuah naskah buku.

Kecewa dengan pendedahan demi pendedahan tentang halatuju bejat MKPN, Saifuddin mengulang skrip yang telah disebut oleh ribuan boneka kuasa besar dunia yang ditebarkan diseluruh dunia yang memakai pakaian ‘gerakan sederhana’. “Saya tidak pernah rasa dimanipulasi dan tidak rasa saya kurang Melayu dan Islam. Saya tidak risau menjadi anggota MPKN.”

Beliau juga kelihatan seolah mahu memindahkan kesalahan hala tuju bejat MKPN itu ke atas Perdana Menteri dengan mengatakan perkara berikut : "Keahlian kami dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.”  Baca sini. 

Jika keanggotaan MKPN membawa halatuju bejat, maka Najib Tun Razaklah orangnya yang harus dipersalahkan. Seolah-olah itu yang mahu beliau cadangkan. Segala kesalahan dan dosa-dosa MKPN harus dipikul oleh Najib Tun Razak.

Waktu ini, Saifuddin dan rakan-rakan liberalnya terutamanya Anwar Ibrahim sedang sibuk mencari populariti dari golongan kafir Nasrani dan Kafir Yahudi. Sama jugalah dengan sikap sekumpulan ramai ustaz di dalam PAS yang selama ini diwarnakan dengan warna jumud dan kolot. Tiba-tiba sahaja nama-nama mereka harum dan meluncur menuju bintang-bintang di angkasa sebaik mahu menjual agama yang mereka juarai selama ini sebagai pejuang-pejuang agama.

Benar, selagi Saifuddin mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak membatalkannya melalui iktikad, perbuatan dan lisan, beliau tetap Islam dan Melayu pada dasar Artiel 160 Tafsiran Perlembagaan Persekutuan.

Benar Saifuddin tidak kurang Melayu bila berada di dalam MKPN, tetapi MKPN akan mengurangkan jumlah Melayu sebaik Rang Undang-Undang Harmoni yang turut membuka ruang kepada kebebasan agama mutlak untuk sesiapa sahaja bebas masuk dan keluar daripada agama mereka.

Benar Saifuddin sebagai Melayu di dalam MKPN tidak akan merasa merana jika MKPN meneruskan agenda RUU Harmoni mereka. Tetapi yang akan merana dan menanggung sengsara nanti ialah generasi anak cucu cicit Saifuddin.

Bayang seratus atau dua ratus tahun daripada sekarang nanti, apabila diceritakan tentang kehebatan moyang mereka yang pernah menganggotai MKPN, maka semua penceritaan tersebut akan diakhiri dengan Lord’s Prayer oleh anak cucu berwajah melayu tapi tidak lagi berakidah Islam sebagai mengenang jasa MKPN yang pernah ditaburkan. Tiada lagi bacaan al Fatihah sebagai satu sedekah.

Manakala bagi generasi anak cucu yang masih kekal Islam, mereka akan mengencing kubur-kubur nenda mereka ini kerana meletakkan diri mereka di dalam sebuah lagi Gaza di masa hadapan.

Islam pada masa itu sudah tiada harga dan tinggal hanya seperti mana yg Raja Nazrin sebutkan dalam titahnya pada Kongres Majlis-Majlis Agama Islam Seluruh Negara pada September 2011.

Ingat Pesan Mufti Ameenul Husaini di Palestin Satu Ketika Dahulu Yang Tidak Diendahkan

Umat Islam yang berjuang pada masa itu mungkin bakal menghadapi kesukaran sebagaimana umat Islam di Gaza pada hari ini,  yang mana pada suatu masa dulu datok nenek mereka begitu ghairah menjual tanah kepada Yahudi Zionis walaupun dilarang keras oleh Mufti Ameenul Husaini pada waktu itu. Hari ini Saifuddin dan rakan-rakannya dlm PKR dan PAS memperrmain-mainkan nasihat Mufti Harussani, tapi cucu cicit Saifudin dan rakan-rakannya bakal menyesali tindak tanduk datok moyang mereka suatu hari nanti.

Ya.. Saifuddin tidak kurang Melayu di dalam MKPN, tetapi MKPN akan mengurangkan hak-hak Melayu dan seterusnya orang-orang Melayu pada masa hadapan.


Nauzubillahimin Dzaalik.


Oleh :
Qurrawiy

2 comments:

  1. MKPN memperjuangkan setiap anak-anak tidak beragama sehingga berumur 18 tahun. Selepas 18 tahun mereka bebas memilih sebarang agama dan tidak perlu dikongkong oleh ibu bapa dan penjaganya.

    Sama dengan tuntutan COMANGO!

    ReplyDelete
  2. hidup lg b@#£ sekor ni.
    Bangsa sip@#£n b#£% laknatullah

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.