Sunday, 20 July 2014

Al Fatihah dan Salam Takziah MH17

Negara kita dikejutkan sekali lagi dengan satu peristiwa besar. Ketika seluruh solidariti Muslim dan bukan Islam di Malaysia memberi tumpuan kepada isu pencerobohan Gaza, fokus kita digoyah dengan tragedi yang meruntun hati sesiapa sahaja dengan kehilangan pesawat MH17.

MH17 telah terhempas pada 17 Julai 2014 pada tarikh tempatan di Ukraine. Bersama dengannya, negara kita kehilangan warganegara, ahli keluarga tersayang, sebuah semangat dan diperlihatkan kepada dunia yang semakin hilang sifat kemanusiaan.

Kemanusiaan benar-benar telah hilang.

Pihak kami, di Bangkit! Ingin merakamkan rasa sedih dan simpati pihak kami dengan tragedi besar yang menimpa kita semua ini.

Al Fatihah kepada mangsa-magsa terkorban yang beragama Islam dan ucapan takziah sepenuh ikhlas dari kami untuk mereka-mereka yang bukan beragama Islam dan keluarga.

Kepada keluarga mangsa, pihak kami doakan supaya anda semua diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian dan hari-hari yang sukar berikutan tragedi ini. Seluruh negara sedang bersedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa, keluarga mangsa, syarikat MAS dan negara secara amnya.

Pihak kami memohon kepada semua pihak supaya berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri dan pemerintah di dalam menghadapi saat-saat sukar seperti ini.

Semoga Allah menggantikan kesedihan kita semua ini dengan sesuatu yang lebih baik nanti di masa akan datang.

Dalam pada itu, pihak kami juga ingin menyeru semua pihak supaya tidak melupakan satu lagi jenayah kemanusiaan yang sedang berlaku rancak di Gaza.

Doa kami, supaya semua yang melakukan jenayah kemanusiaan ini diberikan pembalasan setimpal oleh Allah suatu hari nanti. Amin.





0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.