Sunday, 15 June 2014

YB Ngeh Koo Ham Jangan Jadi Penceroboh



Pihak kami menyokong penuh kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Presiden JATI, Dato Hassan Ali berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ybb Ngeh Koo Ham.

Satu kenyataan biadab bersifat Anti Perlembagaan, mencemar Keluhuran Perlembagaan,  menghina peranan Yang Di Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara yang bersumpah untuk menjaga agama Islam setiap masa serta bersifat anti Islam dan melukakan perasaan umat Islam umumnya telah dikeluarkan oleh wakil rakyat, YBb Ngeh Koo Ham.

Senada dengan desakan serta gema suara golongan Ekstremis Islamufobia tempatan, YB Ngeh Koo Ham, telah dilaporkan membuat kenyataan sebagaimana berikut di dalam Dewan Rakyat:

"Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.


"Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,"

Berlindung dengan imuniti Dewan Rakyat tidak bererti semua kata-katanya harus ditelan begitu sahaja. YB Ngeh Koo Ham, samada dengan sengaja atau pun tidak, telah dilihat cuba melakukan provokasi biadab dengan menyentuh perkara paling sensitif berkenaan agama Islam iaitu perkara berkenaan akidah.

Ini adalah satu pencerobohan jelas oleh golongan Ekstremis Islamufobia ke dalam aspek dan amalan agama Islam di negara ini. 

Ngeh Koo Ham telah melanggar sumpahnya sebagai Ahli Parlimen untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia sebagaimana sumpah taat setia Ahli Parlimen di dalam Jadual Ke Enam Perlembagaan.

Sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah bersumpah setia untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia, Ngeh Koo Ham telah menzahirkan sikap biadabnya terhadap Artikel 3 (1), Artikel 11 (4 & 5), Artikel 37, artikel 74 (2) dan Artikel 181.

Negara ini akan lebih aman jika orang seperti YB Ngeh Koo Ham dapat menahan diri daripada menceroboh sempadan agama dan cuba mengajar orang-orang Islam versi songsang Islam yang dicetus serakah nafsunya.

Pihak kami juga ingin merakamkan rasa kesal dengan sikap Ahli-Ahli Parlimen Islam yang berdiam diri dengan kenyataan YB Ngeh Koo Ham. Ingat, Allah mengangkat tuan-tuan sebagai Ahli Parlimen untuk menjalankan tugas memelihara negara ini dari segala bentuk kebejatan. 


Diamnya tuan-tuan bererti tidak menjalankan amanah yang telah diberikan. Kenyataan biadab seperti itu dikeluarkan adalah satu bukti mereka mentafsirkan tuan-tuan di Parlimen sebagai sekumpulan manusia pengecut, berpecah kerana politik serta tidak mempunyai apa-apa keberanian untuk mempertahankan agama Allah di bumi Malaysia ini.

Apakah tuan-tuan sudah tidak berminat lagi untuk berkhidmat kepada Allah sebagai ahli-ahli Parlimen Islam mempertahankan Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara di Parlimen? Ingat! Kedudukan tuan-tuan adalah amanah Allah ke atas tuan-tuan.

Ini satu peringatan tegas kepada Yg Ngeh Koo Ham dan pihak-pihak yang senada dengan dirinya. Kenali sempadan, jangan menceroboh dan fahami sensitiviti Islam sebagai agama negara.

Yb Ngeh Koo Ham boleh mengamalkan apa sahaja yang beliau percaya di negara ini, tetapi ia haruslah dalam bentuk bersikap aman damai terhadap Agama Negara. Jangan cetuskan provokasi dan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. Jika umat Islam tidak pernah masuk campur urusan bukan Islam, maka sikap yang serupa harus diamalkan Yb Ngeh Koo Ham dan parti politik dan pakatan politik yang dianggotainya. Semua pihak harus hormat kepada Keluhuran Perlembagaan.

Pihak kami ingin mengulangi serta membuat gesaan yang sama dengan apa yang telah dibuat oleh Presiden JATI seperti berikut :

Pihak-pihak yang berwajib perlu meneliti kenyataan-kenyataan dan gesaan-gesaan yang sedemikian agar setidak-tidaknya wujud mekanisme pencegahan yang boleh diyakini oleh rakyat. Malangnya, hingga kini kelihatan seolah-olah ada pihak-pihak yang boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif seperti ini dan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan yang diambil oleh mereka yang berautoriti.

YB Ngeh Koo Ham perlu segera menarik balik kata-kata beliau tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam di Negara ini. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, pihak PEMBELA senada dengan JATI  ingin membuat cabaran kepada YB Ngeh agar tampil mengulangi kenyataan beliau tersebut di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil ke atas beliau  sesuai dengan darjah keseriusan kenyataan yang telah dikeluarkan itu.

Jika salah satu antara keduanya tidak dilakukan, pihak kami mengambil ini sebagai satu isyarat bahawa Yb Ngeh Koo Ham faham dan tahu bahawa apa yang diucapkannya itu sebagai sesuatu yang salah dan bersikap tidak hormat kepada Perlembagaan Persekutuan.


Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin,


Pengerusi PEMBELA.


2 comments:

  1. Bah. Pertama:

    Betul tu PEMBELA! Patut ada mekanisme PENCEGAHAN, yg. patut membuatkan si KAPIR MUSUH ISLAM mahupun Islam/Melayu-LIBERAL GENTAR pd. undg-undg SYARIAH mahupun undg-undg PERLEMBAGAAN. Sekrg. mereka memepermainkan undg-undg ini mengikut kuasa POLITIK DAJAL mereka, yg. sungguh rakus, dgn. penuh kebencian dan permusuhan pd. Kedaulatan ISLAM dan hak umatnya. Maka, anak-anak muda Islam/Melayu kita juga terhasut dgn. persekitaran yg. menggalakkan cara hidup dan pemikiran yg. memandang HINA pd. tamadun sendiri.

    LIhat EvangeliSStar yg. asyik menggambarkan seolah Sabah-Sarawak adalah kepunyaan si Kapir! Harapnya NGO-NGO Islam/Melayu boleh buat lapuran polis juga ke atas si KAPIR Masing ni, yg. jelas kenyataannya melanggar undg-undg Syariah/Perlembagaan serta MENGHINA Islam/umatya!!

    Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/15/bible-sarawak-ministers-slam-jais-mais/ :

    Sarawak, Sabah leaders slam Mais for not returning bibles

    June 15 2014

    PETALING JAYA: Sabah and Sarawak leaders have slammed the Selangor Islamic Religious Council (Mais) and the Selangor Islamic Religious Department (Jais) over their refusal to return the seized bibles to the Bible Society of Malaysia (BSM).

    Sarawak Land Development Minister Tan Sri Dr James Masing (pix) called the refusal by both organisations to return the bibles as "a blatant disregard of the laws of the nation".

    "These two organisations are putting themselves above the law. To my understanding of the law, it is in contempt of court and as such, they are treading on a very dicey area where persecution is a possibility," he said.

    Masing added that Malaysia is stable and religiously harmonious because people abided by the laws of the country.

    "If any body or organisation think they are above the law and act in any manner they deem fit, and the authorities are incapable of enforcing the law, then God help this country," he said.

    Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Joseph Kurup appealed to the two bodies to return the bibles for the sake of religious harmony and friendship.....

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

  2. Bah. Kedua:

    Dan YA ALLAH - apa ke balanya ni! Sementara si UMNO-LIBERAL kat Sabah-S'wak pun tak paham tentang kedudukan ISLAM/DYMM YDPA-Kesultanan Melayu/MAIN dlm. mempertahankan ISLAM/umatnyamengikut undg-undg Syariah dan Perlembagaan Persekutuan, Sabah-S'wak terus makin diKRISTIANkan si Kristian ZIONIS DAPBANGKAI/PKRSODOM dan penaja Barat-ZIONIS/Israel mereka (fahaman Kristian ZIONIS ialah fahaman Kristian bercampur aduk fahaman politik-DAJAL ZIONIS - lalu menjadi penyokong kuat Israel dan amat membenci ISLAM/umatnya), serta mahu MEMISAHkan Sabah-Sarawak dr. Malaysia ini - lihat di http://www.melanaublogger.com/2014/06/masa-depan-malaysia-ditangan-mereka-ini.html , Masa depan Malaysia ditangan mereka ini?, Posted by MELANAU BLOGGER; dan di - http://www.melanaublogger.com/2014/06/disebalik-sarawak-for-sarawakians.html, Disebalik "Sarawak for Sarawakians", Posted by MELANAU BLOGGER) - dan mahu PENJAJAH British-ZIONIS masuk campur!

    Lihat di http://sskeruak.blogspot.com/2014/06/bible-issue-backfires-on-selangor_12.html ,
    BIBLE ISSUE BACKFIRES ON SELANGOR, Posted by salleh said keruak , June 12, 2014:

    In January this year, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) raided the Bible Society of Malaysia (BSM) and seized more than 300 Bibles that were published in the Malay and Iban languages.

    This raid did not happen by chance based on ‘spot check’ (what the Malays would call kebetulan) but was done on purpose (which means it was a planned operation). Hence the only logically explanation would be that JAIS acted based on information or a tip-off.

    Last week, the Menteri Besar of Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, said that the Pakatan Rakyat Government of Selangor would give the Attorney-General (A-G) another month to resolve the controversy regarding the seizure of the Bibles by Jais.

    This was certainly a most puzzling stand since JAIS is a Selangor agency that acts under the authority of the Selangor government and it acted according to Selangor state laws, not Federal laws. So why was the ball kicked to the A-G, metaphorically speaking?

    Now the A-G’s Chambers (AGC) said that BSM has not committed any crime and that there will be no prosecution. The AGC also said that after reviewing the investigation papers submitted by JAIS, it believes that Section 9(1)(a) of the Non-Islamic Religion (Control of Propagation Among Muslims) Enactment 1988 does not apply to the items seized.

    In short, according to the A-G, the BSM did not do anything wrong and the party that is in the wrong is JAIS. So JAIS would now have to apologise to BSM and return the seized Bibles.

    This is certainly an interesting turn of events because over the last few months since January the opposition has been blaming the Federal government and has been criticising Prime Minister Najib Tun Razak for ‘doing nothing’. In other words, the Federal government and the Prime Minister are at fault.

    Today, it is clear that it is the Selangor state government or the agency under the state that erred, not the Federal government or the Prime Minister. And Selangor state is under Pakatan Rakyat, not Barisan Nasional.

    The opposition always seeks to point fingers and blame the Federal government for everything that happens, even when what happens is the fault of Pakatan Rakyat. Maybe now Malaysians can see the shallow and immature politics being played by the opposition.

    Will Pakatan Rakyat admit that they were wrong and publicly apologise to BSM? Most importantly, is it even within the opposition culture to admit their mistakes whenever they are mistaken?

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.