Friday, 20 June 2014

Video : Islam Agama Negara bukan Agama Rasmi


Penulisan Kertas Pembentangan 10 Salah Tanggapan seperti yang dinyatakan dan dibentangkan oleh Tuan Haji Mahamad Naser Disa boleh di baca di sini. 

Satu penulisan komprehensif yang merungkai 10 tanggapan yang cuba dipaksakan kepada pemikiran umum berkenaan status negara ini.

Negara ini jelas sebuah negara negara Islam. Malah peruntukan Artikel 3 (1) Perlembagaan itu sendiri jelas melukiskan negara ini sebagai negara Islam. cuma, golongan ekstremis Islamufobia tempatan yang mendapat biayaan dana daripada luar menolak sesuatu yang jelas ini dengan sogokan-sogokan idea yang samar dan mengelirukan.

Justeru itu, penulisan Tuan Haji Mahamad Naser Disa, sangat-sangat membantu untuk kita memadamkan semua kekeliruan yang cuba dipaksakan ke atas kita oleh golongan yang anti Islam sebagai agama negara serta bersikap Ekstremis Islamufobia. Tonton video tersebut dan harap baca 10 salahtanggapan pada pautan yang disediakan.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.