Saturday, 14 June 2014

Tahniah MAIS Atas Ketegasan Menolak Arahan AG & Exco Selangor

MAIS telah dilaporkan bersetuju untuk bertegas mempertahankan peranan yang telah dimainkan mereka dalam menjaga kedaulatan Undang-Undang negeri. Pihak MAIS telah bersetuju untuk menolak arahan Peguam Negara supaya menutup kes tersebut dan memulangkan kembali Bible-Bible yang telah dirampas kerana melanggar peruntukan undang-undang di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Peguam Negara juga telah didapati memberikan alasan penutupan kes yang boleh mengelirukan akidah umat Islam. PEMBELA pada 13 Jun 2014, telah membuat laporan polis supaya kenyataan Peguam Negara disiasat kerana mengelirukan akidah umat Islam.

Pihak kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak MAIS kerana ketegasan mereka di dalam hal ini. Umat Islam akan berdiri teguh dibelakang MAIS dalam hal ini.

Dengan ini, desakan pihak PEMBELA agar pihak JAIS menyiasat kenyataan Peguam Negara dan desakan agar Peguam Negara digantung tugas sementara proses siasatan dijalankan akan diteruskan.

Berita ketegasan MAIS sebagaimana yang telah dilaporkan di bawah. Tahniah MAIS.



________________________________________________ 

MAIS tolak keputusan Peguam Negara tutup kes rampasan Bible



14 JUN: Isu rampasan Bible bahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) belum selesai walaupun Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani mengarahkan kes berkenaan tutup.

Ini kerana Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mesyuaranya Jumaat memutuskan tidak setuju dengan keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan prosiding pendakwaan terhadap Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) itu.
Pengerusinya Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, mesyuarat khas MAIS semalam membuat keputusan itu kerana meyakini wujud ruang di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 bagi membolehkan pendakwaan dilakukan.
Gambar hiasan
Gambar hiasan
Katanya, alasan Peguam Negara untuk tidak menuduh pihak terbabit boleh menelirukan akidah umat Islam kerana Gani berpandangan al-kitab adalah himpunan bukut Taurat, Zabur dan injil manakala Berita Baik merujuk kepada Injil yang terkandung di dalamnya.
Adzib menegaskan, MAIS dan JAIS sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab memulihara kesucian  agama Islam khususnya di Selangor amat peka dengan kegiatan dan usaha sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab  memcemarkan kesucian Islam.
“Ini temasuk menyalahgunakan istilah atau nama-nama tertentu yang berteraskan ajaran Al-Quran bagi memudahkan kegiatan memurtadkan umat Islam,” ujarnya dalam kenyataan kepada bnbbc.my, Sabtu.
MAIS juga katanya, menolak keputusan mesyuarat Exco Selangor yang mengarahkan JAIS memulangkan semula kitab-kitab Bible yang dirampas  kerana arahan itu di bawah kuasa mereka.
Sehubungan itu, MAIS mendesak timbalan pendakwaraya  merujuk perkara itu ke Mahkamah terlebih dahulu bagi mendapatkan perintah pelupusan barang sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah.
Gani pada Rabu mendakwa JAIS tersalah langkah dalam rampasan Bible di Selangor Januari lalu, dan mengarahkan mereka menutup kes tersebut.
adzibisa
Mohamad Adzib
Katanya, Bible yang dirampas itu bukan diterbitkan mengikut seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Pada Januari lalu, JAIS merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat PBM di Damansara.
Sementara itu, Exco agama Selangor Sallehin Mukhyi semalam menyatakan hasrat untuk bertemu Peguam Negara sebelum memulangkan Bible
Pada satu sidang media di Kajang, Sallehin berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Gani bagi mendapat penjelasan lanjut mengenai pemulangan Bible ke PBM.
Katanya, PBM perlu menunggu sedikit masa lagi bagi membolehkan semua kemelut berkaitan selesai.
“Apabila kita mula mengambilnya dariada PBM, kita melalui proses undang-undang sehingga selesai keputusan daripada Peguam Negara. Proses undang-undang bermakna macam mana cara kita ambil, begitu cara kita pulangkan.
“Kalau PBM boleh menunggu keputusan Peguam Negara sekian lama, saya fikir pemulangannya begitu jugalah,” kata Sallehin


Pautan asal :

http://www.bnbbc.my/?p=15901

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.