Thursday, 19 June 2014

Solidariti NGO Islam Menyokong Presiden ISMA & Mendesak JAIS Siasat Gani Patail

Ustaz Abdullah Zaik telah didakwa pagi tadi. Ajaibnya, pendakwaan ke atas RSN Rayer pula ditangguhkan. Rakyat semakin sangsi dengan kewibawaan Peguam Negara untuk menjalankan tugas dengan penuh adil. Apakah keputusan untuk mendakwa atau tidak mendakwa mana-mana pihak oleh AG dipengaruhi oleh mana-mana pihak? 





Dalam kes Ustaz Abdullah Zaik pagi tadi, pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Ustaz Abdullah Zaik, mengaku tidak bersalah. Beliau kemudiannya diarahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsanya dan RM 5000 dikenakan sebagai ikat jamin.

Pemimpin-pemimpin NGO Islam hadir memberikan sokongan kepada Presiden ISMA. Satu solidariti dipamerkan dengan satu semangat jitu menyokong penuh Presiden ISMA di dalam menghadapi pertuduhan ini.




Pengerusi PEMBELA, Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin kemudiannya menekankan di dalam kenyataan akhbar yang dibuat selepas pendakwaan dibuat di Mahkamah, bahawa NGO-NGO Islam sudah hilang percaya kepada kredibiliti Tan Sri Abd Gani Patail untuk terus bertindak sebagai Peguam Negara.

Pihak PEMBELA juga mendesak JAIS untuk memulakan siasatan segera ke atas Peguam Negara berikutan kenyataan mengelirukan akidah yang dikeluarkannya sebelum ini. Beliau memperingatkan, jika JAIS tidak berani mempertahankan Aqidah Islam, siapa lagi yang tinggal dan boleh diharapkan untuk melakukannya di Malaysia?

PEMBELA akan terus menggerakkan usaha supaya kes ucapan mengelirukan akidah yang dibuat oleh Peguam Negara disiasat.  

6 comments:

  1. Penentang2 Islam sekarang bersatu-padu mahu menjatuhkan Islam baik yg kafir atau yg bernama parti Islam mahupun yg berada dalam kerajaan yg mengaku sebagai negara Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Tobeng.. kita juga mesti lebih bersatu utk mempertahankan kedaulatan Islam. Tanpa penyatuan yang solid, kita kehilangan imuniti yg dijanjikan Allah bahawa kita ialah umat yg tak terkalah jika bersatu.. Ayuh menyeru ke arah itu..

      Delete
  2. Tula... AG Malaysia pelajar 3rd Class degree di UM dulu. Bukan pandai pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak pasti tentang itu.. tetapi kecenderungannya melepaskan kes2 melibatkan penghinaan ke atas Perlembagaan, Islam dan Melayu membuatkan ramai pihak makin sangsi dgn kredibiliti beliau..

      Delete
    2. Utk makluman, mendiang Karpal Singhjuga lulusan 3rd Class Hons n gagal sebanyak TIGA kali. Kegagalann n kelyuusan Gred ukan Ukuran keampuan seseorg berhujah dlm Mahkamah. Tetapi kematangan pennghujahan yg telah ditimbanya sejak bertahun2 di dlmnya ditambah Pengalaman mempertajamkan Researc/penyelidikan yg dilakukannya.

      Delete
  3. Jom jihad! Takbir!!

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.