Friday, 27 June 2014

Ridhuan Abdullah : Pelarian Muslim Di Negara Islam Malaysia

Saudara Islam kita, En Ridhuan Abdullah telah mendapat perintah dan hak penjagaan ke atas anaknya Ummu Habibah dari Mahkamah Syariah. Sebuah keputusan dari sebuah Mahkamah yang diiktiraf kewujudannya oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebuah keputusan yang menurut Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diganggu atau dimasuk campur oleh Mahkamah Sivil menurut artikel 121 (A).

Saudara Islam kita ini, telah mengislamkan anak perempuannya yang berusia bawah 18 tahun dan diberikan nama Ummu Habibah. Perlembagaan Persekutuan pada artikel 12 (4) membenarkan salah seorang dari ibu atau bapa atau penjaga menetapkan agama anak yang berusia 18 tahun ke bawah.

Ia sebuah hak yang diiktiraf malah diperkukuhkan Mahkamah Persekutuan di dalam kes  kes Subashini Rajasingam V Saravanan Thangathoray & Lain (2007) dan kes Nedunchelian V Uthiradam lawan Nurshafiwah Mah Singai Annal & Lain (2005). Mahkamah. Dalam kedua-dua kes, Mahkamah Persekutuan  secara jelas menyatakan bahawa perkataan “parent’ di dalam Artikel 12 (4) adalah merujuk kepada bentuk mufrad atau singular. Jadi ibu atau bapa atau penjaga boleh menentukan apa agama bagi anak yang berusia di bawah 18 tahun.

Malang bagi saudara seagama kita ini apabila kewujudan Artikel 121 (A) seolah-olah tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Mahkamah Syariah yang telah memutuskan hak penjagaan ke  Ummu Habibah kepadanya.

Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf Islam sebagai Agama Negara. Artikel 37 menuntut Kepala Utama Negara bersumpah di atas nama Allah untuk menjaga kedudukan Islam sebagai agama negara. Perdana Menteri negara ini, bersumpah dengan nama Allah semasa mengangkat sumpah jawatan. Ketua Pembangkang negara ini, bersumpah dengan nama Allah semasa mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Tidak bolehkah kita berhenti bermusuhan sejenak dan menyatakan Solidariti Akidah kepada saudara kita ini. Bukankah Allah yang mempersaudarakan dia dengan kita?

Tetapi malangnya tali persaudaraan yang bertaut antara Negara, Kepala Utama Negara, Perdana Menteri Negara, Ketua Pembangkang Negara, kedua-dua Parti Islam terbesar negara iaitu UMNO dan PAS kepada saudara Ridhuan Abdullah ini tidak memberikannya sedikit ruang untuk mendapat teduhan demi cintanya kepada akidah Islam.

Allah berikan hidayat kepadanya. Dia datang kepada kita sebagai saudara sedarah kerana akidahnya kepada Allah. Allah telah mempersaudarakan Ridhuan Abdullah dan anaknya Ummu Habibah kepada kita. Tetapi tatkala dia datang memohon sedikit perlindungan di rumah saudara-saudaranya, masing-masing menutup pintu demi mencari keberuntungan dunia.

Lihat wajah anaknya. Lihat kembali kepada wajah anak-anak kita di rumah. Hari ini, hari Ridhuan dan anaknya diherdik pada muka utama akhbar berbahasa Inggeris tempatan seolah dia seorang penjenayah. Begitu mereka memusuhi dirinya dan tidak sabar untuk mengherdiknya di muka depan sehingga terlupa bermuhasabah bahawa gambar yang dipaparkan bukan gambar Ridhuan Abdullah.

Hari ini dia hidup dalam keadaan bersembunyi. Dia tidak takut, tetapi kasih sayangnya kepada Ummu Habibah membuatkan dirinya terasa diancam. Ini kerana Perlembagaan yang mengiktiraf keputusan Mahkamah terawal, tidak langsung membawa makna apa-apa kerana kebaculan dan penyakit cinta dunia yang tidak kunjung padam antara kita. Hari ini, hari Ridhuan Abdullah menjadi pelarian dan buruan polis hanya kerana mempertahankan akidah anak kesayangannya.
Siapa tahu, esok hari kita pula menjadi pelarian akidah di negara Islam Malaysia. Dengan kuasa undi dan wang, kita mungkin akan selamat dan berjaya di Mahkamah Dunia.

Tetapi apakah alasan yang dapat kita berikan nanti di depan Allah sekiranya saudara Ridhuan membawa anaknya Ummu Habibah dihadapan setiap seorang kita, lebih 15 Juta umat Islam di negara ini di Mahkamah Akhirat nanti?!!!!!!

Ya Allah.. maafkanlah kami.. Ya Allah.. Ampunkanlah dosa kami kerana membiarkan saudara Ridhuan dan anaknya Ummu Habibah yang engkau persaudarakan kepada kami menjadi pelarian akidah di bumi yang mengangkat Islam sebagai agamanya.

Kepada saudara Ridhuan, semoga Allah memberikan saudara dan Ummu Habibah jalan keluar dari kemelut ini dan mempertemukan saudara dengan saudara-saudara Islam yang tidak mempunyai penyakit wahan di dalam diri mereka. Amin.



Ben Yaacob. 



6 comments:

  1. Artikel yg. BERNAS Ben - memang sungguh ZALIM nasib yg. menimpa Saudara Islam kita, En Ridhuan Abdullah dan anaknya Ummu Habibah ini serta umat Islam/Melayu lain, yg. terpaksa jadi PENGEMIS/PELARIAN di NEGARA ISLAM kita sendiri!

    Si LIBERAL sibuk nak jadikan Malaysia ni negara maju - tapi Islam/umatnya terus diHINA/diGERTAK/diJAJAH di Tanah Melayu ni dan global - sampaikan TANAH PUSAKA termasuk Tanah Rezab Melayu terus TERGADAI termasuk kat si PENDATANG KAPIRDAJAL warga asing ! Patutlah si pengikut SYAITAN, si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS dan ejen tempatannya MELALAKdan KETAWA habis-habisan!

    ALLAH SWT harapnya akan MENGHUKUM PENGKHIANATAN si Islam/Melayu-LIBERAL, PENJAHANAM agama, bangsa dan negara di Tanah Melayu, PUSAKA nenek moyang kita ini, dr. sebelum dijajah si KAPIR LAKNAT British-ZIONIS dan mana-mana puak PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL yg. asalnya dibawa si PENJAJAH buas tu!!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Iya Makcik.. semoga Allah menghukum melayu Islam liberal yang membiarkan negara ini menjadi kubang golongan ekstremis islamufobia tempatan.. mrk inilah yg menjadi punca saudara kita, Ridhuan Abdullah dan anaknya menjadi pelarian akidah di bumi Islam Malaysia..

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Ajbar! So skrg ini siapa yg tampil untuk membela nasib mereka ank berank???

    ReplyDelete
  4. Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha besar kerana orang Islam menolak perpaduan dan Mencinta dunia. Pembesar pembesar yg rakus tamak haloba...

    ReplyDelete
  5. Tak perlu tunggu org lain untuk membantu. Atau menyeru org lain untuk membantu. Saya, kamu, kita, mereka boleh membantu mereka...

    ReplyDelete
  6. Manusia yang menjadi pemimpin Islam seperti Najib, Nik Aziz, Abdul Hadi Awang yang seharusnya kehadapan untuk menyelesaikan kemelut ini. Agenda politik gila untuk menjatuhkan sesama sendiri bukanlah sesuatu yang rakyat mahukan dari mereka sebenarnya.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.