Thursday, 26 June 2014

Pulau Pinang : Fatwa Mengenai Kalimah-Kalimah Suci Yang Khusus Bagi Agama-Agama Islam Dan Tidak Boleh Digunakan Agama-Agama Bukan Islam

Tarikh Keputusan: 
 7 Jan, 2010
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada Januari 2010 telah membincangkan mengenai Kalimah-Kalimah Suci Khusus Bagi Ajaran-Ajaran Agama Islam Dan Tidak Boleh Digunakan Oleh Agama-Agama Bukan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:  
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48
Pada yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 48(3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Mufti Negeri Pulau Pinang atas perkenan Yang Di-Pertuan Agong membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
JADUAL
FATWA MENGENAI KALIMAH-KALIMAH SUCI YANG KHUSUS
BAGI AGAMA-AGAMA ISLAM DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM
1. Bahawa kalimah-kalimah yang berkaitan dengan kesucian agama Islam adalah khusus bagi agama dan orang Islam sahaja. Oleh itu ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.
2. Orang Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah-kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang besar kepada agama dan orang Islam.
3. Oleh itu orang Islam wajib menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah-kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub.
4. Kalimah-kalimah tersebut ialah seperti berikut:
1.
Allah
21.
Imam
2.
Firman Allah 
22.
Nabi
3.
Ulama’
23.
Sheikh
4.
Hadith
24.
Khutbah
5.
Ibadah
25.
Tabligh
6.
Kaabah          
26.
Akhirat
7.
Qadhi
27.
Azan
8.
Ilahi    
28.
Al Quran
9.
Wahyu
29.
As Sunnah
10.
Mubaligh       
30.
Auliya’
11.
Syariah
31.
Karamah
12.
Qiblat
32.
Syahadah
13.
Haji
33.
Masjid
14.
Mufti
34.
Baitullah
15.
Rasul
35.
Surau
16.
Iman
36.
Musolla
17.
Dakwah
37.
Zakat Fitrah
18.
Solat
38.
Hajjab
19.
Wali
39.
Taqwa
20.
Fatwa
40.
Soleh
5. Oleh itu, mana-mana orang bukan Islam yang menulis atau menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah lain yang boleh membawa kepada menghina kesucian agama Islam adalah salah dan dilarang serta menjadi satu kesalahan.

Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
 1 Apr, 2010
Nombor Rujukan: 
 [JMNPP/(S)/19/1101/001(16); PUNPP 152.100.1/2/2(1) Jld. 2]
Akta/Enakmen: 
 ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004


2 comments:

  1. Ben, Makcik syaki si gereja-gereja si DAPBANGKAI dah pijak undang-undg SYARIAH/PERLEMBAGAAN kita - mcm. SAMPAH!

    Jadi baiklah JAIP/MAIPP buat risikan, usah GENTAR dgn. GERTAKAN MUSUH ISLAM - tengoklah MASJID suci kita serta sekolah-sekolah Islam pun boleh diCEROBOH sesuka hati (termasuk meletakkan ejen PENYAMAQ Islam) oleh si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, di Barat/Israel mahupun di Dunia Islam yg. diCEROBOH mereka (lihat di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2664141/Double-agent-jihadi-To-extremist-brothers-Muslim-convert-hungering-commit-atrocities-Britain-In-truth-spy-MI5-In-new-book-blows-cover-terrifying-double-life.html , Double agent jihadi: To his extremist 'brothers' he was a Muslim convert hungering to commit atrocities in Britain. In truth, he was a spy for MI5. In a new book he blows the cover on his terrifying double life...., 20 June 2014) – tapi si barat-ZIONIS asyik MELALAK psl. undg-undg PENIPU berdasarkan hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN/DEMOKRASI si Barat-ZIONIS 'SEKULAR' (kat Barat pun, contohnya Eropah yg. kononnya negara sekular, sebenaqnya PENIPU - sebab agama Kristian masih dianggap agama rasmi Eropah - lihat sajalah penggubalan Raja-rajanya secara rasmi di gereja mahupun kedudukan Vatican serta perayaan Krismas/Kristian secara rasmi)!

    Si MUSUH ISLAM kat NEGARA ISLAM ini sedg. mempermainkan undg-undg SYARIAH/PERLEMBAGAAN kerana mereka tahu si PENGKHIANAT ISLAM-LIBERAL-MELAYU dah dlm. genggaman mereka! Aku memang syak ramai si pemimpin Islam/Melayu serta keluarga terutamanya anak-anak muda serta saudara-mara mereka dah di 'BLACKMAIL' - kerana diPERANGKAP dgn. rasuah, gambar-gambar LUCAH termasuk dgn. GRO/Pelacur/puak SODOM atau diHASUT oleh ejen yg. MENYAMAQ sbg. Islam termasuk berkahwin dgn. pemimpin Islam/Melayu! Terutamanya apabila mereka dimabukkan dgn. alkohol atau diperangkap dgn. dadah - lalu MUSUH ISLAM akan gunakan MO PERANGKAP ini, yg. adalah MO biasa si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS dan ejen tempatan mereka. Spt. juga empayar ZIONIS Jerman-Rothschild plg. DAJAL, yg. menubuhkan Israel dgn. amat BUAS – bagaimana keluarga mereka memerangkap Raja-Raja Kristian serta pemimipin politik penting Eropah dgn, hutang, kejatuhan akhlak dan perkahwinan – lihat di di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html ,Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel, by Bill Woollam!

    Aku cadangkan KDN bantu sesiapa pemimpin Islam /Melayu yg. dah di Blackmail; maknanya repot tentang Blackmail dibuat di KDN, bukan bawah polis (di mana repot polis boleh terdedah kat awam) - dgn. menangkap DALANG yg. Blackmail tu di bawah undg-undg TERORISMA. Dan KDN juga mesti menghalang gambar-gambar atau cerita mangsa Blackmail didedahkan demi keselamatan awam dan negara. Umat Islam adalah jenis pemaaf - dan kalau si mangsa BERTAUBAT, Insya-ALLAH akan dimaafkan.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Setuju Makcik. Kes video Stopa Ali, NUar Ibrahim, Azmin ALi menunjukkan serta membuktikan MO ugutan dalam diam utk tundukkan pemimpin2 politik kepada agenda luar mmg berlaku.

    Malah kes2 double agent juga sudah berlaku sejak zaman Rasulullah. Mrk digelar golongan munafik. Lihat cara bagaimana Rasulullah s.a.w. menangani mrk dalam kes Masjid Dhirar.

    Double agent mudah meresap dalam umat Islam kini krn pemikiran over simplistic kita sendiri yang lebih mementingkan bentuk over isi. Datang berjangut, berserban, bercakap sedikit Arab dan sebagainya, maka ia akan terus diangkat sebagai benar, sentiasa benar dan terus benar di dalam beragama dan jalan yang dibawakannya meski pun jalan2 tersebut bertentangan dengan al Quran dan As Sunnah.

    Muslim tidak pandai membuat cross reference untuk kenali org2 dihadapan mrk. Mrk hanya tahu melihat bentuk. Tetapi mereka gagal mengenalpasti kecanggungan bentuk dihadapan mata dengan isi yang cuba dibawakan. Berpegang dan menggunakan Al Quran dan As Sunnah sebagai pembeza dapat membantu kita membuat litmus test ke atas figura2 yg beropeng wajah agamawan ttp dauble agent dalam masyarakat.

    Cadangan makcik utk mengatasi masalah ugutan dengan membuat laporan kepada KDN sgt baik. Ia perlu diusahakan. Ttp mahukah tuan yg punya diri mendedahkan aktiviti2 makan luar mrk kepada pihak lain, itu y menjadi persoalan kedua. Jika mrk lebih pentingkn umat dan agama, tentu mrk akan melakukannya, tetapi jika lebih mementingkan diri sendiri, mrk akan terus hanyut selamanya sebagai puppet kerana diugut satu dua video.

    Link makcik beri sgt baik. Jazakillah.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.