Sunday, 29 June 2014

Perutusan Ramadhan Pengerusi PEMBELA.



Assalamualaikum wa rahmatuLLAHi wa barakaatuh.
AlhamduliLLAH segala puji hanyak layak bagi ALLAH tuhan semesta raya. Selawat juga salam ke atas Rasul junjungan al-mustafa SAW serta ke atas para sahabat dan keluarga baginda.
Sekali lagi ALLAH mengurniakan kita nikmat Ramadhan yang penuh barakah. AlhamduliLLAH di akhir-akhir ini semakin ramai di kalangan umat Islam yang menyambut dengan penuh kegembiraan kedatangan Ramadhan. Ramadhan disambut begitu meriah sekali. Ini menandakan dakwah para ulama dan duat dalam negara kita telah berjaya menjadikan umat Islam menghayati serta menjiwai Ramadahan al-mubaarak ini. Setiap tahun juga pelbagai program dan aktiviti ihya' Ramadhan dianjurkan segenap lapisan umat. Sehingga dj-dj radio dan para artis pun turut menggambarkan kepentingan Ramadhan dalam hebahan mereka. 
Namun apa yang mesti menjadi muhasabah kita bersama ialah adakah kita benar-benar menghayati Ramadhan? Atau kita hanya sepeti burung tiong yang pandai mengejek percakapan tuannya tetapi langsung tidak mengerti apa yang dia sendiri ungkapkan?..

Ihya Ramadhan hanya diertikan menghidupkan siang dan malam Ramadhan dengan beribadah lahiriah yang khusus semata-mata..masih ramai di kalangan kita yang masih belum meng'ihya' Ramadhan'kan hati-hati mereka..akibatnya kita dapat melihat saban tahun Ramadhan datang dan pergi namun tiada langsung meninggalkan bekas pada hati kita. Masih makmur dalam diri kita sifat mazmumah. Masih berjerebu dalam hati kita tentang la ma'bud illaLLAH dan la maqsud illaLLAH. Masih kosong dalam hati kIta iyyaka na'budu, wa iyyaka nast'in. Seolah-olah aqidah, syariat dan akhlak itu hanya dihayati di bulan Ramadhan semata. Selepas berlalunya Ramadhan segalanya kembali seperti asal. Tiada lagi penghayatan selepas berlalunya bulan mulia ini.

Hakikatnya ihya' Ramadhan itu lebih dari hanya menghidupkan ibadah-ibadah khusus di dalam bulan qiamullail ini semata-mata..tetapi ihya'ul Iman wal Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Sebab itu kalau kita perhatikan ALLAH mengharamkan kita melakukan yang halal di siang hari Ramadhan. Kalau di luar Ramadhan ianya halal tetapi tidak di dalam bulan rahmat ini. Sebagai contoh makan makanan yang halal, ianya dihalalkan oleh ALLAH kita makan tetapi diharamkan kita makan walaupun yang halal di siang hari Ramadhan. Puasa diertikan sebagai menahan diri dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..bukan semata-mata menahan diri dari makan dan minum sahaja. Pendek kata Ramadhan adalah satu manifestasi kepada ketundukan dan ketaatan kepada ALLAH dengan tidak berbelah bahagi dalam apa juga keadaan dan masa asalkan perintah dan larangan itu dari ALLAH sami'na wa atho'na. Justeru kalau kita semua memahami falsafah tarbiyah Ramadhan dari ALLAH ini, kita pasti akan berjaya meninggalkan semua perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH.
Saya selaku Pengerusi PEMBELA dengan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH ar Rahman dan ar Rahim mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubaarak untuk 1435H ini. Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik buat kita semua. SALAM RAMADHAN AL-MUBAARAK!
BERSATU PADULAH WAHAI UMAT ISLAM DEMI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN ISLAM DI MALAYSIA!






Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.