Thursday, 5 June 2014

Pertemuan PEMBELA Bersama Pihak JAKIM

PEMBELA baru-baru ini telah mengadakan satu pertemuan dengan pihak JAKIM. Pertemuan tersebut membolehkan pihak PEMBELA menyampaikan beberapa hasrat dan pandangan kepada Ketua Pengarah JAKIM mengenai pendirian PEMBELA dalam isu-isu Islam di tanahair. PEMBELA turut menuntut supaya perlaksanaan hudud yang sedang di dalam proses pembentangan ini terhindar dari sebarang agenda politik. Sebaliknya ia sebagai satu usaha meningkatkan kedaulatan perundangan Syariah dan Kedaulatan Islam.




Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyebut Islam sebagai Agama Negara ini. Jadi, semua desakan untuk mengubah dasar asal negara ini menjauhi dasar Islam adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan.

PEMBELA akan terus berusaha dan bersuara demi kebaikan Islam dan rakyat negara ini. 


Malaysia BUKAN negara sekular. Itu adalah pendirian PEMBELA sejak dahulu, kini dan Insya-Allah, selamanya.



0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.