Monday, 23 June 2014

Peringatan : Jom Hadirkan Diri Ke Mahkamah Persekutuan Hari Ini!!

Kurang beberapa jam lagi, Mahkamah Persekutuan akan bersidang untuk menetapkan samada keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat berkenaan isu nama Allah pada tahun lepas boleh dirayu ataupun tidak.

Bas-bas yang membawa solidariti umat Islam yang menentang sebarang bentuk pencerobohan ke atas Agama Negara oleh golongan Ekstremis Islamufobia telah bergerak mulai semalam dari seluruh negara.

Jika yang jauh, boleh datang dekat menzahirkan rasa dan sokongan kepada barisan hadapan peguam kita di Mahkamah Persekutuan, jadi yang dekat, harus lebih pantas menyahut seruan ini untuk bersama-sama hadir menunjukkan solidariti kita berikutan isu ini.

Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kita ini dan menetapkan satu keputusan yang membawa kebaikan kepada umat Islam di negara ini. Amin.

Kepada mereka-mereka yang sanggup mengorbankan masa, wang ringgit, cuti dan sebagainya untuk menghadirkan diri, tahniah dari kami untuk anda. Semoga Allah membalas kesungguhan kita semua mempertahankan isu ini dengan segala bentuk balasan kebaikan di dunia dan akhirat. Amin.




Ayuh.. kita turun beramai-ramai.. 


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.