Pihak PEMBELA dan NGO-NGO Islam menolak untuk mempercayai kenyataan yang dikatakan dikeluarkan dari Putrajaya yang membenarkan kalimah Allah boleh digunakan di dalam gereja dan orang-orang Kristian.
Pihak kami mendesak pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut
bertanggungjawab dengan kekeliruan yang secara sengaja disebarkan.
Pihak PEMBELA telah mengadakan banyak pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkenaan dengan isu ini. Perdana Menteri memberi jaminan jelas kepada NGO-NGO Islam bahawa nama Allah adalah ekslusif untuk orang-orang Islam.
Pihak PEMBELA telah mengadakan banyak pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkenaan dengan isu ini. Perdana Menteri memberi jaminan jelas kepada NGO-NGO Islam bahawa nama Allah adalah ekslusif untuk orang-orang Islam.
Pihak kami juga ingin mengulangi kenyataan Perdana Menteri pada 24
Januari 2014 yang menyatakan dengan jelas bahawa Solusi 10 Perkara tidak boleh
melangkaui Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri.
Justeru itu, kami sebulat suara menyatakan bahawa kenyataan yang
dikeluarkan oleh pegawai rasmi kerajaan yang tidak dinamakan di dalam laporan
tersebut sebagai satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab, menghina
keputusan mahkamah, serta mempermain-mainkan sensitiviti masyarakat yang ingin
hidup beragama secara harmoni.
Tindakan tegas harus diambil kepada pegawai yang melakukannya.
Isu Mufti Pulau Pinang Menyanggah
Fatwa Yang Diwartakan Negeri
Pihak PEMBELA juga ingin merakamkan perasaan kesal dengan kenyataan yang
dikeluarkan oleh Mufti Negeri Pulau Pinang, Dr Wan
Salim Wan Mohd Noor, berkenaan isu penggunaan kalimah Allah oleh
golongan bukan Islam di negara ini. Kenyataan yang dikeluarkannya menyanggah
fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang pada 7 Januari
2010 dan diwartakan pada 1 April 2010.
Dimanakah letaknya kredibiliti seorang Mufti yang menyanggahi fatwa yang dikeluarkan Jabatannya sendiri? Lebih memalukan dengan kenyataan tersebut ialah, Dr Wan Salim Mohd Noor merupakan pihak yang terlibat sama di dalam mesyuarat majlis fatwa dalam keputusan pengharaman penggunaan Kalimah Allah bersama 39 perkataan yang lain daripada digunakan oleh orang bukan Islam.
Dengan isu percanggahan ini, pihak PEMBELA mendesak Mufti Negeri Pulau
Pinang untuk menarik semula kenyataannya yang bercanggah dengan Fatwa Negeri,
memohon maaf kepada umat Islam serta membuat penjelasan semula kepada
kekeliruan yang ditimbulkan.
Pihak kami juga ingin mendesak agar pihak Peguam Negara memandang isu
penghinaan keputusan mahkamah ini dengan pandangan serius. Sila jalankan
tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan dengan mula bertindak ke atas
kumpulan-kumpulan pelampau yang menghina keputusan mahkamah dengan interpretasi
songsang mereka ini atau melepaskan jawatan.
Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara
Ustaz Mohamed Hafiz Hj. Mohamed Nordin,
Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA)
Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA)
0 comments:
Post a Comment
Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.