Tuesday, 10 June 2014

Pembela mahu kerajaan kekalkan Akta Hasutan 1948 Dengan Penambahbaikan


GEORGE TOWN - Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela), mahu kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan beberapa penambahbaikan dan mengkaji semula tiga draf rang undang-undang baharu yang dicadang menggantikan akta berkenaan.
Pengerusi Pembela, Hafiz Nordin berkata, perkara itu perlu dilakukan memandangkan Akta Hasutan 1948 merupakan akta yang diluluskan untuk melindungi asas-asas negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoal oleh mana-mana pihak termasuk Parlimen.
"Cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948 bakal menyebabkan asas perpaduan dan keharmonian yang selama ini dikecapi negara menjadi sasaran terbuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri pada 30 Mei lepas berhubung hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan 1848 dan mengesahkan menerima tiga draf rang undang-undang baharu.
Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang Harmoni Nasional (Nasional Harmony Bill), Rang Undang-Undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill). - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz34EOiYo5F 
Hakcipta terpelihara 

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.