Sunday, 1 June 2014

PEMBELA Cabar Dr. Farouk Musa Dari IRF


PEMBELA CABAR DR.FAROUK MUSA IRF

BUKTIKAN PERKATAAN SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN!

GABUNGAN NGO PEMBELA ISLAM PEMBELA DENGAN INI MEMBERIKAN NOTIS 7 HARI KEPADA DR FAROUK MUSA IRF UNTUK MEMBUKTIKAN TERDAPAT PERKATAAN SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN HINGGA NEGARA MALAYSIA BOLEH DIANGGAP SEBAGAI NEGARA SEKULAR.

PEMBELA SEJAK HAMPIR SEPULUHTAHUN LALU BERGIAT MENENTANG GERAKAN SEKULARISASI, LIBERALISME DAN PLURALISME YANG MEMPUNYAI AGENDA YANG NYATA DAN YANG TERSIRAT UNTUK MENGHAKIS KEDAULATAN ISLAM.

KENYATAAN-KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH PAKAR-PAKAR PERLEMBAGAAN TERMASUK YANG BERADA DI PIHAK PEMBANGKANG TURUT MENGAKUI MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR. TERKINI PROF.MADYA DR. SHAMRAHAYU A.AZIZ DAN TUN ABDUL HAMID MOHAMAD MANTAN KETUA HAKIM NEGARA BERSEPENDAPAT BAHAWA MALAYSIA BUKAN SEBUAH NEGARA SEKULAR DAN TIADA PERKATAAN SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN.

MALAH PERKARA SUDAH LAMA MENJADI HUJAH HAJI MAHAMAD NASER DISA BAHAWA MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM BERDAULAT KERANA YANG DIPERTUAN AGUNG DIWAJIBKAN BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH UNTUK MEMELIHARA AGAMA ISLAM PADA SEMUA MASA, MEMBUKTIKAN MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR.

PENGHAKIMAN KES CHE OMAR BIN CHE SOH YANG DITOHMAH OLEH MENDIANG KARPAL SINGH KONONNYA MEMUTUSKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA SEKULAR JUGA SATU KEPALSUAN KERANA HAKIM TUN SALLEH ABAS TIDAK MEMUTUSKAN SEDEMIKIAN. MALAH BELIAU HANYA BERPENDAPAT BAHAWA UNDANG-UNDANG YANG BERKUATKUASA ADALAH UNDANG-UNDANG SEKULAR. ITU PENDAPAT BELIAU BERKENAAN UNDANG-UNDANG BUKAN NEGARA. 



PEMBELA PERNAH MEMBERIKAN NOTIS 2 MINGGU KEPADA MENDIANG KARPAL SINGH UNTUK MEMBUKTIKAN TERDAPAT PERKATAAN SEKULAR DALAM PERLEMBAGAAN. NAMUN HINGGA BELIAU MENGHEMBUS NAFAS TERAKHIR BELIAU GAGAL BERBUAT DEMIKIAN.

HARI INI 1 JUN 2014, PEMBELA MENCABAR DR.FAROUK MUSA DARI IRF UNTUK MEMBUKTIKAN DI MANA DALAM PERLEMBAGAAN YANG MENYEBUT PERKATAAN SEKULAR? JIKA BELIAU GAGAL BERBUAT DEMIKIAN MAKA PROGRAM PERDEBATAN TENTANG NEGARA SEKULAR MESTI DIBATALKAN.

TOLONG HENTIKAN PROVOKASI YANG MEMBANGKITKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM DAN MENCEMAR KEDAULATAN ISLAM. PERBUATAN ANDA ADALAH BERSIFAT HASUTAN!




PENGERUSI PEMBELA

MOHAMAD HAFIZ BIN MOHAMED NORDIN


9 comments:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas keberanian PEMBELA ini - tapi tak payah hanya MENCABAR! Baik PEMBELA bergabung dgn. sebanyak NGO-NGO Islam/Melayu TULEN lain, terus buat lapuran polis dan SAMAN BERJUTA!

    Ini saja cara nak mengajar puak PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL atau si Islam/Melayu-LIBERAL-PENYANGAK-mcm-si-BEROK ni; yg. makin KURANG AJAQ MENGHINA ISLAM/umatnya kat Tanah Melayu, PUSAKA nenek moyang kita dari sebelum dijajah si KAPIR LAKNAT British-ZIONIS dan mana-mana puak PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL yg. asalnya dibawa si PENJAJAH buas tu!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. MAsa selama 7 hari diberikan kepada IRF untuk membuktikan pernyataan mereka bahawa negara ini negara sekular mempunyai asasnya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika tidak, tindakan seterusnya akan dibuat mengikut lunas-lunas undang-undang yang sedia ada. Ini bagi memelihara prinsip-prinsip Rukunegara seperti Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang tidak dinodai secara sesuka hati oleh mana-mana pihak.

    Insya-Allah.. doakan kekuatan dan terus berikan sokongan supaya semua anasir yang cuba membawa jalan yang bertentangan dengan semua prinsip Rukunegara dan Perlembagaan dapat dibendung mengikut lunas-lunas undang-undang yang dibenarkan.

    ReplyDelete
  3. Saya selalu mengikuti perkembangan IRF dari semasa ke semasa, dari idea-ideanya tentang nilai demokrasi hinggalah seruannya kepada negara sekular.

    Hingga kini, TIDAK PERNAH lagi saya temui atau mendengar mana-mana pihak daripada IRF yang mengatakan Perlembagaan Malaysia menyatakan Malaysia adalah negara sekular. Maka, cabaran ini adalah tidak relevan.

    Malah dalam satu wacana yang dianjurkan suatu ketika dahulu, ahli panel dalam wacana tersebut kesal kerana Perlembagaan Malaysia tidak menyatakan secara jelas jenis apakah negara Malaysia ini.

    Umum mengetahui dan sedar akan hakikat negara Perlembagaan Malaysia tertakluk kepada penafsiran pengamal dan pemerintahnya. Ada yang menafsirkan perlembagaan sebagai sekular, ada yang tidak.

    Jadi ini adalah soal perselisihan pendapat yang masih boleh dibincang dan diperdebatkan. Masing-masing bebas untuk menyatakan apa yang mereka percaya. Tiada masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun laman web IRF tidak membenarkan sebarang komen disiarkan, tetapi pihak kami tetap akan memberikan ruang kepada mana-mana komen yang dirasakan sesuai, beradab untuk diterbitkan sebagai menghormati hak kebebasan bersuara. Kami mengamalkannya dan bukan hanya bercakap mengenainya.

      Saudara Syuhaib menyatakan perkara berikut .. :

      Hingga kini, TIDAK PERNAH lagi saya temui atau mendengar mana-mana pihak daripada IRF yang mengatakan Perlembagaan Malaysia menyatakan Malaysia adalah negara sekular.

      Baguslah begitu. Dengan ini, maka forum ‘Perdebatan Tentang Negara Sekular’ adalah tidak relevan lagi untuk diteruskan. Ini kerana pihak IRF sendiri, menurut lisan saudara Syuhaib, menyedari bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa pendapat bertentangan yang mengatakan negara ini bukan negara sekular.

      Jadi, apa perlunya status quo tersebut mahu diubah? Apa perlunya lagi kepada forum-forum untuk mencadangkan idea-idea yang bertentangan dengan status asal negara ini? Apakah pihak IRF mahu dilihat sebagai pihak yang mengganggu gugat prinsip Keluhuran Perlembagaan di dalam Rukunegara?

      Maka tuntutan PEMBELA di atas adalah kekal relevan untuk sebuah forum yang sudah tidak lagi relevan menurut Saudara Syuhaib.

      Sekian, itu sahaja.

      Delete
    2. Perbincangan walau apa pun tajuknya tetap sahaja relevan. Tindakan mahu menghentikan sebarang wacana merupakan tindakan yang tidak menepati semangat demokrasi dalam negara ini, juga tidak selari dengan semangat yang diutarakan dalam Islam sepanjang zaman.

      Idea negara sekular bukan idea lama. Sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi ianya diperdengungkan sama ada oleh pihak pemerintah mahupun pengamal undang-undang. Ianya masih kekal relevan untuk diwacanakan memandangkan konsep negara sekular pada abad pasca-moden ini semakin mendapat tempat samada di negara majoriti non-muslim ataupun negara majoriti muslim (Tunisia dan Turki misalannya).

      Apa kata PEMBELA pergi ke program tersebut dan keluarkan hujah yang bernas untuk menolak idea-idea yang dibawa mereka?

      Jika benar, bawalah buktinya bukan? Itukan yang diajar Quran?

      Delete
    3. Al Qur’an mengajar kita untuk sentiasa melakukan sesuatu yg produktif, mengelak membuang masa dengan melakukan perkara yang sia-sia. Isu negara ini bukan negara sekular telah lama diakui. Mengorek dan membincangkan isu yang telah berkubur kembali adalah satu perbuatan membuang masa, menimbulkan resah dalam masyarakat serta meletakkan umat Islam dalam satu putaran perbincangan yang tidak akan pernah habis.

      Malah terdapat ayat di dalam al Qur’an menyuruh umat Islam meninggalkan perbincangan-perbincangan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat serta meletakkan Islam sebagai sebuah objek penghinaan.

      Sama seperti yang telah saudara jelaskan bahawa perkara ini akan sentiasa ditimbulkan dari masa ke semasa. Persoalannya, di mana titik akhir dan persetujuan akhir akan dicapai jika ada pihak masih lagi berdegil untuk meneruskan agenda membawa apa yg mereka sudah sedia faham kepada satu fahaman baru yang mereka tahu bertentangan dengan apa yg mereka telah faham?

      Oleh kerana di dalam komen saudara Syuhaib sebelum ini mendakwa bahawa IRF sudah jelas dengan Status negara ini bukan negara sekular, maka untuk kembali membawa bincang perkara yang telah difahami jelas adalah satu perbuatan yang membuang masa, tenaga dan keupayaan berfikir rakyat Malaysia. Ia tidak relevan kerana ia berputar-putar sehingga satu pihak mendapat apa yang mereka mahukan atau pihak yang menaja mereka mahukan.

      Oleh kerana subjek yg menjadi tajuk forum tersebut tidak relevan sepertimana yang saudara komenkan sebelum ini., menyertai serta meneruskan perbincangan di dalam forum yang tidak relevan adalah satu perbuatan sia-sia.
      Jika ada pihak masih lagi tidak mahu memahami apa yang mereka sudah sedia maklum fahami, maka, adalah menjadi tanggungjawab mereka-mereka disekeliling mereka sendiri untuk menyedarkan mereka tentang apa yag cuba mereka kelirukan dan fahamkan secara bertentangan.

      Tanggungjawab kami ialah untuk menyedarkan bahawa putaran isu yang sudah tidak lagi relevan ini supaya tidak perlu diteruskan. Bukankah ia sangat membuang masa? IRF sendiri faham yang negara ini bukan negara sekular, tetapi mahu memahamkan rakyat bahawa negara ini perlu berubah menjadi negara sekular. Jelas ada masalah pemikiran di situ.

      Negara ini tidak akan maju sekiranya perkara seumpama ini dibiarkan berterusan. Bagaikan rekod rosak yang berputar-putar pada lagu yang sama dan tidak bergerak ke lagu yang seterusnya. Seseorang perlu bertindak menukar rekod rosak terbabit.

      Terima kasih kerana menunjukkan kepada pihak kami betapa tidak relevannya perkara ini terus diforumkan oleh IRF. Oleh kerana jasa itu, pihak kami mengupkan terima kasih kepada suadara Syuhaib di atas pencerahan tersebut.

      Delete
  4. Mereka sebenarnya menyambung tugasan SiS. Di mana SiS gagal, di situ mereka bermula untuk menipu dan mengelirukan lebih ramai Muslims di Zaman Fitan.

    Apapun helah mereka nanti, sama seperti SiS penaja COMANGO yang semestinya anti Islam, NED bukanlah sebuah badan yang mesra Islam dan Muslims!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gavriel.

      NED is the new Santa... name ur stinky socks democratic & Santa will fill them up..

      http://www.ned.org/where-we-work/asia/malaysia

      Delete
    2. Sudah terang lagi bersuluh, cuma cendiakawan di IRF mungkin buta hati agaknya, maklumlah sudah lama sangat agaknya makan duit Zionis Antarabangsa?!

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.