Sunday, 22 June 2014

PADERI INDONESIA MENGAKUI “ALLAH” ADALAH EKSKLUSIF UNTUK ORANG ISLAM



Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menulis penulisan dengan tajuk di atas pada 11 Januari 2013.

Beliau membentang sebuah naskhah penulisan seorang paderi dari Indonesia bernama Jahja Iskandar, Gembala Jemaat GBT "Tuberta" Jakarta, Indonesia. Dalam penulisannya juga termuat sisipan koreponden antara beliau dan Paderi Jahja Iskandar dengan harapan menggunakan pendekatan Jahja Iskandar sebagai satu jalan keluar untuk kemelut isu nama Allah di Malaysia.


Paderi Jahja Iskandar menganjurkan penganut Kristian untuk berbalik kepada nama tuhan yang asal, sebagaimana yang tercatat di dalam Bible. Beliau mencadangkan supaya umat Kristian kembali menggunakan nama Yahweh sebagai merujuk kepada tuhan mereka dan bukan menggunakan nama Allah. Ini kerana menurutnya, nama Allah itu sendiri mempunyai konotasi Islami dengan sifat-sifat yang telah lama dikenal sebagai Tuhan Yang Maha Esa di dalam Islam.

Paderi Jahja Iskandar juga menyatakan bahawa pihak mereka telah mengusahakan satu translasi baru naskah Bible di Indonesia yang dinamakan sebagai Kitab Suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT). KS-ILT ini, tidak lagi menggunakan nama Allah sebagai merujuk kepada Tuhan dengan sifat-sifat yang diimani oleh orang-orang Kristian. Tetapi, mereka menggunakan kembali nama YAHWEH sebagai nama Tuhan di dalam Bible tersebut.

Inilah solusi terbaik dan mengikut jalan kepercayaan Kristian iaitu berbalik kepada isikandungan asal kitab mereka.

Banyak lagi perkara yang dibentangkan serta dihujahkan di dalam penulisan Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh. Bagi yang berminat, boleh muat turun fail pdfnya pada pautan berikut :

http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/Paderi_Indonesia_mengakui_ALLAH_adalah_Eksklusif_untuk_orang_Islam.pdf



Jangan lupa, esok 23 Jun 2014, Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan tentang penghakiman yang telah dibuat Mahkamah Rayuan tahun lepas. Ayuh sama-sama kita hadirkan diri dan nyatakan solidariti kita dalam menentang pencerobohan ke atas Agama Negara.

2 comments:

  1. apakah tanpa menggunakan kalimah Allah sebagai ganti nama bagi tuhan kristian maka ibadat dan keimanan penganut kristian menjadi kurang berkualiti, kurang zuhud dan kurang diterima tuhan mereka? kenapa perlu merampas nama tuhan bagi penganut Islam? selama-lamanya kalimah Allah sangat tidak digunakan oleh penganut kristian sebagai pengganti nama tuhan mereka. adakah dengan merampas nama tuhan penganut agama lain (dalam konteks ini tuhan bagi orang Islam) sebagai cara menunjukkan keimanan mereka beragama? sesungguhnya manusia yang beragama (agama apapun) menginginkan kelakuan, perbuatan, perasaan, pandangan dan tujuan yang baik-baik belaka. sekiranya menggunakan agama untuk tujuan penipuan, menyeleweng, menghasut maka kahidupan beragama itu menjadi cacat. adakah iman itu boleh wujud selari dengan kejahatan? maka disini jelas bahawa usaha pihak tertentu kristian di malaysia cuba merampas nama tuhan bagi penganut Islam adalah ada niat jahat. jika mereka berhajat menipu penganut Islam dengan cara mengelirukan mereka pastinya usaha mereka tidak akan diberkati oleh tuhan kepercayaan mereka. tempat yang baik diakhirnya nanti adalah untuk manusia yang baik-baik semasa hidup di dunia.

    ReplyDelete
  2. Tuan Hamba Allah.. perbuatan ini jelas dilakukan oleh pihak2 yg menunggang org2 Kristian dan gereja mereka utk kepentingan politik.. tetapi bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi..

    Tiada nama Allah di dalam Bible bahasa asal mereka.. mrk boleh menggunakan Tetragrammaton YAHWEH jika mereka mahu, tetapi mereka menolaknya demi motif jangka panjang mereka ke atas umat Islam negara ini.. jika tidak benar, kenapa mereka terus mendesak sesuatu yang tidak harmoni dalam hubungan beragama di Malaysia ini..?

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.