Thursday, 12 June 2014

NUCC : Dari KONSULTAN PERPADUAN kepada GESTAPO Agama?

Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MPKN/NUCC) telah ditubuhkan tidak lama dahulu. Ia sepatutnya membawa harapan pemerintah yang memberi kepercayaan kepada sekumpulan manusia untuk melihat permasalahan perpaduan negara di dalam kerangka Perlembagaan negara.

Kita tidak pasti apa kriteria yang digunakan untuk ahli majlis tersebut dilantik. Ini kerana pihak-pihak yang tidak mempunyai kredential dan kredibiliti juga turut dibawa masuk menganggotai majlis hanya bersandarkan pengaruh dalam media-media sosial tertentu. Malang sekali, NUCC seolah-olah sedang mengalami masalah kecelaruan identiti.

Terlebih Sudu Dari Kuah

Berikutan kecelaruan ini, NUCC perlu kembali disedarkan tentang fungsi kewujudan mereka. Tetapi, sejak dari awal penubuhan, kelihatan pendekatan demi pendekatan yang diambil oleh NUCC lebih kepada berbau sama seperti tindakan yang sedang dijalankan oleh kelompok-kelompok Ekstremis Islamufobia di dalam negara. Seolah-olah NUCC juga turut terbuai dan larut di dalam musim pembelasahan segala yang Islam di negara ini.

NUCC kini dilihat cuba membawa tafsiran Perlembagaan dalam pendekatan yang herot.  Mereka tidak pernah ditugaskan untuk mentafsirkan Perlembagaan, tetapi kelihatan itulah yang cuba dibuat sebahagian besar kumpulan yang terdapat di dalam NUCC.

Apakah NUCC Alat Pemuas Nafsu Golongan Ekstremis Islamufobia?
Dengan penglibatan signatori COMANGO di dalam NUCC, tidak dapat tidak, kita semua akan bersetuju bahawa apa sahaja halatuju gerakan yang bakal dibuat NUCC, akan sebaik mungkin digunakan sebagai alat stimulant bagi memuaskan nafsu oleh kumpulan Ektremis Islamufobia yang bertapak di dalam NUCC.

Kita sangat pasti bukan ini yang dimahukan Kerajaan Malaysia semasa NUCC ditubuhkan. Jelas, niat penubuhan awal NUCC kini seolah-olah telah dirampas dengan tindakan-tindakan berbaur Islamufobia.

Apakah Dengan Kewujudan NUCC, Golongan Ekstremis Islamufobia Mula Besar Kepala?

Tidak cukup dengan kenyataan demi kenyataan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Perlembagaan Persekutuan, MalaysianInsider sedang menggambarkan NUCC kini mengambil satu langkah yang lebih melampau.



NUCC dilihat sedang melayan sikap ultra Islamufobia Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST)  apabila pihak tersebut mendakwa berlakunya pendakwahan agama Islam ke atas pelajar bukan Islam di Malaysia.

MCCBCHST menyatakan mereka mempunyai bukti di dalam bentuk soalan peperiksaan yang berbunyi “Cara-cara mengislamkan kawan-kawan anda.” Bagai terlihat Pontianak, MCCBCHST terus mengambil sikap menuduh berlakunya gerakan pengislaman pelajar-pelajar bukan Islam di Malaysia.

Ahli NUCC yang tidak dinamakan Malaysia Insider mendakwa ia satu dakwaan yang serius. Seolah-olah ia satu kesalahan yang melanggar mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang negara. Sedangkan TIADA MANA-MANA peruntukan perlembagaan atau undang-undang negara menghalang ianya dilakukan.

Tidak seperti Artikel 11 perkara 4 di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan negeri-negeri membuat undang-undang yang menghalang penyebaran agama selain Islam kepada penganut Islam, satu fakta yang jelas, TIADA PERUNTUKAN YANG MENGHALANG mana-mana orang Islam untuk berkongsi pengetahuan agama Islam atau menjalankan kegiatan dakwah kepada mana-mana pihak wujud dalam Perlembagaan.

NUCC seolah-seolah mahu bertegas dan mengambil tindakan melalui PERUNTUKAN HANTU DAN GHAIB yang tidak wujud di dalam Perlembagaan, tetapi bersikap buta, pekak dan bisu untuk PERUNTUKAN YANG JELAS WUJUD dalam Perlembagaan.

Sikap ahli NUCC yang membelakangkan semangat Perlembagaan dengan tidak mempedulikan kewujudan Artikel 11 (4) semasa kes rampasan Bible di Selangor, dan mengambil sikap yang bertentangan dengan sebuah soalan dalam pendidikan Islam menunjukkan elemen Pelampau Islamufobia di dalam Majlis tersebut sedang berkembang subur.

begitu juga dengan berita yang dilaporkan oleh Malaysian Insider berkenaan dakwaan MCCBCHST ini. Ingat pepatah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?  Ada pihak di dalam NUCC seperti cuba menggodam peranan NUCC dari sebuah Konsultan Perpaduan berubah kepada peranan sebuah badan mirip GESTAPO Agama. Jika GESTAPO di Jerman pada suatu ketika dahulu menyasarkan penganut agama Semitik Yahudi, GESTAPO Agama di Malaysia turut sama menggunakan pendekatan mensasarkan agama Semitik iaitu Islam di sini. Ia jelas bertentangan dengan semangat asal pewartaan ICERD, salah satu konvensyen PBB yang cuba ditekankan oleh signatori COMANGO di dalam NUCC supaya turut ditandatangani oleh Malaysia. Kenapa hanya Islam yang menjadi sasaran dalam pendekatan-pendekatan yang diambil NUCC? 

Apakah NUCC Mahu Mencabar Kuasa Kedaulatan Islam Di Bawah YDP Agung dan Sultan-Sultan Negeri?

Sesuatu yang perlu diingatkan kepada MCCBCHST dan NUCC ialah, agama Islam merupakan Agama bagi Persekutuan ini. Sebagai Agama Negara, ia bebas bergerak di setiap inci tubuh tanah negara ini tanpa sebarang halangan. Tiada siapa memaksa sesiapa memeluk Islam di sini. Malah Islam sendiri menghalang sebarang paksaan memeluk Islam ke atas golongan bukan Islam.

Malah perlu diingatkan kepada kedua-dua pihak tersebut bahawa Negara ini hanya akan mempunyai KEPALA UTAMA NEGARA yang sah, setelah YDP Agung mengangkat dan menandatangani sumpah di atas nama Allah sepertimana yang disebut dalam Jadual Ke Empat Bahagian 1 untuk Perkara 37 Perlembagaan Seperti di Bawah :

SUMPAH BAGI YANG DI-PERTUAN AGONG
Kami .......................................................... ibni ..............................................
Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:
Wallahi: Wabillahi: Watallahi:
maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri.

Sumpah Kepala Utama Negara antaranya ialah memelihara Agama Islam pada setiap masa. Maka, tolong jangan berlebih-lebihan di dalam perkara melibatkan Islam di Malaysia ini.
 
Apakah NUCC Mahu Membuli Juvana?

Jelas nafsu Islamufobia di dalam pertubuhan-pertubuhan yang menjadikan NUCC sebagai alat pemuas nafsu mereka tidak mengenal umur sasaran mereka. Berita yang dilaporkan di atas jelas menunjukkan wujud satu niat terancang oleh mereka dengan menggunakan elemen pembuli dengan percubaan menakut-nakutkan remaja Islam yang hanya berkongsi cerita mengenai agama mereka.

Jika benar pihak NUCC mahu menjalankan siasatan sebagaimana yang dilaporkan oleh ahli Majlis yang tidak mahu dinamakan oleh Malaysian Insider, maka ia bakal melibatkan kacauganggu oleh sebuah majlis bertaraf negara ke atas emosi pelajar-pelajar Islam juvana yang mungkin menjadi mangsa kerakusan Islamufobia tempatan.

Mungkin impak dari pembudayaan budaya Gestapo menyiasat dan menakut-nakutkan remaja-remaja ini bakal meninggalkan kesan-kesan trauma ke atas mana-mana orang Islam. Apakah ini yang mereka mahukan?

Apakah NUCC Mahu Dilihat Menentang Tujuan Penubuhan Mereka?

Apakah undang-undang Malaysia menyatakan adalah salah seorang pelajar Islam berdialog mengenai agamanya kepada rakan agamanya yang lain? Bukankah NUCC sendiri sering mahu menjadi juara dialog antara agama? Jika mereka dibenarkan melakukannya, kenapa pihak lain mahu diikat tangan mereka?

Dalam hal ini, NUCC seharusnya tahu peranan asal mereka dan kekal memainkan peranan tersebut mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan  Prinsip-Prinsip Rukunegara.

Melainkan kuasa yang diberikan kerajaan itu tidak memuaskan nafsu golongan tertentu yang mahu menggunakan  NUCC sebagai salah satu alat pemuas nafsu Islamophobia mereka. Peranan memberi nasihat dan cadangan nampaknya tidak mampu membendung nafsu golongan ini. Seolah-olah mereka hanya akan puas bilamana NUCC berubah menjadi Gestapo Agama di Malaysia.

NUCC mesti sedar tentang hakikat ini dan berhenti daripada berfungsi di luar dari fungsi asal tujuan kewujudan mereka.

Akhir sekali, jika apa yang dikatakan ‘ahli NUCC’ yang tidak dinamakan Malaysian Insider adalah sesuatu yang tidak benar dan sebuah rekasaya semata-mata, NUCC harus menafikannya dan memberi amaran kepada portal berkenaan supaya tidak memburukkan nama NUCC dengan berita seumpama itu.

Selagi tiada penafian, maka apa yang dilaporkan tersebut  dianggap dipersetujui oleh pihak NUCC.


2 comments:

  1. Sumpah...Jika keadaan ini berlaku pada Agama Islam agama yang aku anuti dalam negara Tanah tumpah darahku... aku lebih rela bawah anak dan isteriku ke negara BRUNEI utk mohon KERAKYATAN. Ketua Agama Islam dan Pemimpin-pemimpin sekarang tidak mampu mempertahankan Agama Allah. ALLAHUAKBAR....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Allah (ABDAP).. sama2 kita berusaha keras mengorbankan keringat, harta, darah dan nyawa supaya anak cucu kita kekal Islam di sini..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.