Monday, 30 June 2014

Mitos Malaysia Negara Sekular : Fahami Fungsi Dan Peranan Sebenar Suruhanjaya Reid


Fungsi dan peranan Suruhanjaya Reid dalam proses penyediaan Perlembagaan Persekutuan hanyalah untuk menyediakan laporan. Sebuah jawatankuasa kerja dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper bertanggungjawab untuk mencadangkan pindaan-pindaan terakhir ke atas cadangan Suruhanjaya Reid, selaras dengan kehendak-kehendak Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik, dan pemerintah 
British. Hakim Abdul Hamid yang berasal dari Pakistan, satu-satunya Hakim beragama Islam yang terlibat dalam Suruhanjaya Reid.

Jawatankuasa White Paper telah bersetuju menerima memorandum daripada Parti Perikatan yang antaranya memasukkan:


i. Islam sebagai Agama Persekutuan,
ii. tetapi tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama mereka, dan
iii. tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini.

Suruhanjaya kemudiaannya membuat keputusan untuk menerima (i) dan (ii), tetapi menolak (iii). Dengan itu, Persekutuan Tanah Melayu, dan kemudiaannya Malaysia tidak ada kena mengena lagi dengan 'negara sekular'.

BERHENTILAH DARIPADA MENGATAKAN MALAYSIA ADALAH NEGARA SEKULAR.


2 comments:

  1. Aku dah lama paham tp lebai pas wat2 bodo....

    Ato mmg bodo...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua perlu bermuhasabah kenapa semua ini terjadi kepada sebahagian besar antara kita..

      Semua pihak perlu bercakap tentang penyatuan umat Islam. Kita elakkan dari bermusuhan.

      Dan seru semua umat Islam pada jalan perdamaian dan kembali bersatu dalam satu jemaah.

      Tidak kira mereka UMNO atau PAS atau PKR...

      Sebarluaskan kesedaran utk bersatu ini.. InsyaAlla, kita kembali kuat..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.