Wednesday, 18 June 2014

Malaysia bukan negara sekular

Datuk-Seri-Jamil-Khir-Baharom11
KUALA LUMPUR, 16 Jun – Malaysia bukan negara sekular berdasarkan fakta sejarah yang menunjukkan bahawa negara ini ditubuhkan berasaskan Kerajaan Islam Kesultanan Melayu, dan Raja-Raja merupakan ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu diperkukuh dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan agama Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan.
“Kedudukan ini dizahirkan lagi dengan adanya peruntukan-peruntukan lain yang menjaminnya, antaranya Fasal (4) Perkara 11 berkenaan penyekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan penganut agama lain oleh undang-undang negeri atau persekutuan.
“Fasal (2) Perkara 12 mengenai hak berkenaan pendidikan, apabila sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan institusi Islam, membantu atau mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan anggota Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew yang ingin tahu sama ada Malaysia sebuah negara sekular atau negara Islam, di Dewan Rakyat hari ini.
Jamil Khir berkata perkara itu juga diperkukuh lagi dengan Fasal (1A) Perkara 121 yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Ssyariah.
Katanya keadaan itu jelas berbeza dengan negara sekular yang tidak menetapkan sesuatu agama sebagai agama negara tetapi rakyatnya dibenar untuk mengamalkan agama mereka masing-masing.
Ling juga ingin tahu sama ada hukum hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan adakah kerajaan pesekutuan bercadang untuk melaksanakan hukum hudud.
Jamil Khir berkata kerajaan sedia maklum berkenaan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang jenayah Syariah di negeri itu.
Namun katanya, sebelum melaksanakan undang-undang itu, peruntukan undang-undang sedia ada perlu diteliti terlebih dahulu bagi memastikan pelaksanaan undang-undang syariah itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
“Dalam hal ini kerajaan sentiasa berusaha mengambil pendekatan secara bertahap bagi memastikan undang-undang jenayah Syariah dilaksanakan termasuk memperluas bidang kuasa Mahkamah Syariah, menaiktaraf sistem kehakiman Syariah dan menyemak semula kedudukan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah,” katanya. – BERNAMA

2 comments:

  1. BINATANG MCAni - lihat di http://celahgelegar.blogspot.com/2014/06/mca-celaka-mca-desak-najib-gugur-jamil.html , (MCA CELAKA) MCA desak Najib gugur Jamil Khir kerana kata Malaysia bukan negara sekular , June 17, 2014!

    KEJAM betul BUMIPUTERA ISLAM/Melayu diANIAYA dgn. begitu HINA di NEGARA ISLAM kita, PUSAKA nenek moyang kita ini - oleh si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL dan si Islam/Melayu PENYAMAQ/LIBERAL!

    Dah tiba masanya penggubalan dibuat supaya undg-undg SYARIAH/PERSEKUTUAN boleh MENGHUKUM mana-mana si KAPIRDAJAL yg. MENGHINA ISLAM/umatnya, kat NEGARA ISLAM ini!

    Dan apa halnya si MCA ni ada "Jawatankuasa Khas Syariah Undang-Undang" - nak masuk campur hal ISLAM/umatnya kat NEGARA ISLAM in?!

    Baik NGO-NGO ISLAM/Melayu membuat lapuran POLIS kerana sekrg. MCAANJINGKURAP ni MENGHINA ISLAM/umatnya termasuk DYMM YDPA/Kesultanan Melayu, sejarah Kemerdekaan kita, dan undg-undg Perlembagaan yg. dibentuk asalnya pd. 1957! Dan mereka sengaja membangkitkan perjanjian tahun 1963 (yg. tidak lansung MENGGUGAT Perlembagaan asal Negara) itu utk. MENGHASUT Bukan Islam di Sabah/S’wak utk. membenci ISLAM/umatnya dan k arah PEMISAHAN Sabah/S’wak dr. Malaysia ini – maka KDN patut masuk campur kerana ini juga berkaitan Keselamatan Negara!

    Si MCARASIS tu memang DALANG-DUA-MUKA plg. merbahaya – dahlah juga MENIPU dgn. MEMFITNAH MAIS-JAIS melanggar undg-undg PERLEMBAGAAN, serta MCARASIS ni MENAFIkan HAK keistimewaan Bumiputera mengikut Perlembagaan Perkara 153 ! Lihat di - http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/16/Mais-and-Jais-not-above-law-Liow-Action-on-Bibles-a-dangerous-precedent/ ,Mais and Jais 'not above law', June 16, 2014!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang menghairan Mak Cik, parti2 perkauman Cina ini menghasut supaya rakyat berbilang kaum membenci Islam, menghasut rakyat sabah dan sarawak supaya mula bercakap utk keluar dr Malaysia.. tetapi tiada tindakan diambil oleh AG dan pihak berkuasa.

      Sedang semua ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

      Apa yg tidak kena dengan pentadbiran dan penguatkuasaan undang2 di bawah PM sekarang ini?

      PM harus sedar, Tsunami Undi Melayu akan berlaku tidak lama lagi. Lebih lama ditahan marah, lebih parah keadaannya nanti. Tolong ambil tindakan kerana undang2 telah ada.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.