Friday, 27 June 2014

MAIS serah bible kepada Pendakwa Raya negeri


1372748821DSC_1786 (1)

PETALING JAYA, 26 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah menyerahkan semua kitab Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) Januari lepas kepada pihak Pendakwa Raya negeri untuk tindakan selanjutnya. 
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata beliau telah menulis kepada Timbalan Pendakwa Raya negeri berhubung perkara itu selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan cadangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum ini. 
Minggu lalu, Sultan Sharafuddin menitahkan supaya MAIS menyelesaikan isu rampasan Bible itu mengikut prosedur perundangan sedia ada dan terpakai. 
Abdul Gani pula mengumumkan bahawa pihaknya tidak akan membuat pendakwaan terhadap mana-mana pihak berhubung rampasan Bible itu dan kes berkenaan ditutup. 
Katanya, Pejabat Peguam Negara telah meneliti fakta dan bukti yang terkandung dalam kertas siasatan berhubung rampasan itu dan memutuskan ia bukan tulisan yang diterbitkan mengikut Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. 
Mohamad Adzib berkata, MAIS akur dengan keputusan Peguam Negara itu dan kini menyerahkan kitab berkenaan kepada pihak Pendakwa Raya untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik. 
“Sebenarnya kami berhak melupuskannya dengan sendiri. Tapi sebab kami pentingkan keadilan dan keharmonian, kami dah pulangkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibawa balik ke mahkamah mengikut prosedur,” katanya ketika menutup Konvensyen Pemerkasaan Ummah Peringkat Kebangsaan 2014 di sini, hari ini. 
Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat rampasan itu mengikut undang-undang di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. 
Pada 2 Januari lalu, JAIS menyerbu pejabat PBM di Damansara Kim, di sini dan merampas 300 naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban sebagai langkah menyekat penggunaan kalimah Allah dalam Bible yang didakwanya bercanggah dengan enakmen itu. - BERNAMA

2 comments:

  1. Gereja Katolik bersorak kemenangan selepas kekalahan keputusan Kalimah Allah oleh Mahkamah Persekutuan.

    ReplyDelete
  2. Ben, apa halnya Mahkamah Sivil sewenangnya dibiaqkan MEMIJAK undg-undg SYARIAH/PERLEMBAGAAN?! Sebab itu Makcik sokong cadangan Datuk Zul Nordin yg. kita juga perlukan PEGUAM NEGARA SYARIAH - yg. dilantik bawah KUASA EKSEKUTIF DYMM YDPA - jadi politik DAJAL mana-mana pihak MUSUH ISLAM, tidak sewenangnya boleh menyentuh KEDAULATAN ISLAM dan HAK umatnya berdasarkan undg-undg SYARIAH/PERLEMBAGAAN!

    Aku memang heran betullah macam mana K'jaan Persekutuan/K’jaan Negeri/ Peguam Negara/Mahkamah Sivil seolah boleh menjadi lebih BERKUASA dari DYMM YDPA/Kesultanan Melayu serta MAIN dan HAKIM/Mahkamah Syariah - berkaitan isu mengenai Islam mahupun hak umat Islam/Melayu?! Ini amat bahaya - bayangkanlah (NA’UZU BILLAHI MIN ZALIK) kalau sekiranya si MUSUH ISLAM dari DAPBANGKAI/PKRSODOM dpt. menjadi K'jaan Persekutuan!

    Sedangkan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa DYMM YDP/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam NEGARA dan hak Bumiputera (di bawah Perkara 153 Perlembagaan), lebih berkuasa dari K'jaan negeri mahupun K’jaan Persekutuan, mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Maka, lihat bagaimana BIJAKnya Kesultanan Melayu serta Bapa-Bapa Kemerdekaan TERCINTA kita, dlm. memastikan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU:

    Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)....

    Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini

    Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan…..

    Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

    Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tanggal 5 Ogos 1957.
    .
    Dan lihat bagaimana YAB Ayahanda Tun sendiri telah MEMERTABATkan kuasa HAKIM/Mahkamah Syariah dlm. Perlembagaan Persekutuan, dari genggaman MUSUH ISLAM, yg. begitu galak menggunakan undg-undg sivil si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, utk.menjatuhkan KEDAULATAN ISLAM dan hak umatnya di NEGARA ISLAM ini - di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm ,
    Jangan usik perkara 121 Perlembagaan, Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR, 23/02/2012!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.