Friday, 13 June 2014

Laporan Polis PEMBELA Desak PEGUAM NEGARA Disiasat & Digantung Tugas


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengeluarkan satu kenyataan sebagaimana yang telah dilaporkan oleh pihak Malaysian Insider. Ia berkenaan isu rampasan Bible yang jelas mengandungi perkataan-perkataan yang dilarangguna di dalam negeri Selangor. Kenyataan Peguam Negara adalah seperti berikut :

"Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian,"

Pihak PEMBELA mendapati keterangan ini jelas becanggah dengan aqidah Islam dan hukum Syarak kerana beliau menyifatkan Bible Bahasa Melayu yang JAIS rampas itu adalah sama dengan Kitab Injil, Taurat dan Zabur. Sedangkan pada akidah Islam dan hukum Syarak yang sebenarnya kitab-kitab suci yang Allah SWT wahyukan kepada Rasul-RasulNya bukan sebagaimana yang terkandung dalam Bible yang menjadi objek rampasan. Ini adalah merupakan satu dakwaan palsu oleh Peguam Negara yang dilihat cuba memesongkan ajaran sebenar Islam.

Rentetan kepada sikap terhadap kes-kes bertentangan dengan Perlembagaan yang diuruskan Peguam Negara lewat ini membuatkan pihak PEMBELA semakin sangsi dengan kredibiliti Peguam Negara untuk melaksanakan tugasnya di dalam kerangka menghormati Keluhuran Perlembagaan. Peguam Negara dilihat terlalu berpihak kepada rakan-rakan karibnya dalam Kabinet yang sepatutnya berkewajipan untuk memelihara kesucian agama Islam sebagai agama Negara dan bukan melindungi kitab agama lain yang cuba menceroboh kesucian agama Islam dengan menyalahgunakan nama suci Allah. Ini terbukti apabila Gani sendiri, secara sedar, melakukan kesalahan dengan menggunakan nama Injil kepada bible bahasa Melayu yg dirampas.

Justeru itu, PEMBELA mendapati Peguam Negara telah melakukan satu melakukan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor atau Enakmen Agama Bukan Islam 1988. PEMBELA mendesak supaya beliau mesti disiasat oleh pihak JAIS dan Polis atas perkataannya ini.

Pihak PEMBELA juga mendesak agar pihak JAIS atau Polis membuka kertas siasatan ke atas Peguam Negara dan Malaysian Insider di bawah seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah- Doktrin Palsu atau alternatif di bawah seksyen 13 Melanggar Fatwa atau di bawah seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam( Kawalan dan sekatan) terhadap Peguam Negara dan Malaysian Insider kerana menggunakan istilah Injil sebagai merujuk kepada Bible yang dirampas.

Satu laporan polis telah dibuat pada jam 3 pagi semalam oleh wakil PEMBELA. Dengan ini, PEMBELA mendesak Peguam Negara disiasat dan digantung tugas buat sementara waktu dalam tempoh proses siasatan dijalankan.




Laporan polis ini adalah merupakan ekspresi kebebasan bersuara yang diamalkan secara aman oleh pihak PEMBELA dalam menuntut Peguam Negara untuk sentiasa bertindak dalam kerangka Perlembagaan dan menghormati Islam sebagai Agama Negara.

24 comments:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH kerana KEBERANIAN mu PEMBELA, yg. berjuang demi ALLAH SWT!

    Dah puas umat ISLAM/Melayu merana di NEGARA ISLAM kami sendiri akibat diTINDAS PENGKHIANATAN pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL yg. mempermainkan kedaulatan ISLAM dan hak umatnya, mengikut utamanya undg-undg SYARIAH dan yg. berikutnya, undg-undg PERLEMBAGAAN!

    Kerana PENGKHIANATAN pemimpin ISLAM/Melayu LIBERALllah, masalah golongan BELIA Islam/Melayu kita makin meruncing, termasuk kes anak-anak Melayu sampai 20 org. MEROGOL-secara-geng mangsa, dan kes MAHASISWA-MAHASISWI kita terlibat parti SEKS- DADAH (ihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140612/ma_02/20-pelajar-IPTA-IPTS-didakwa-miliki-dadah , 20 pelajar IPTA, IPTS didakwa miliki dadah) - yg. jelasnya mereka terus dirosakkan budaya si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS!

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai diluar sana mula sangsi dengan kewibawaan TanSri Ghani Patael utk berfungsi sebagai Peguam Negara yg dapat bekerja di dalam kerangka memelihara Keluhuran Perlembagaan..

      Kerap kalinya berlaku bias selektif yg menampakkan kepentingan Islam sebagai agama negara tidak menjadi sesuatu yg penting utk dipertahankan dalam kes2 yg dibawakan ke AG.

      Justeru itu, ramai melihat, masanyasudah sampai utk Kerajaan Pusat membuat penilaian semula kepada kedudukan Ghani Patail sebagai Peguam Negara.

      Ramai diluar sana mahukan Peguam Negara yang akan mempertahankan prinsip2 Rukunegara dan bukannya tunduk kepada desakan golongan yang tidak tahu menghormati undang2 negara.

      Ramai mahukan supaya setiap Peguam Negara baru yg dilantik, mestilah mempunyai asas perundangan Sivil dan Syariah yang kuat dan merupakan practising Muslim yg taat kepada Allah.. setia kepada Raja dan Negara..

      Kita sangsi, kenapa Dato' Sri Najib masih mengekalkan Ghani Patail meskipun telah berkali-kali bantahan terhadap kewibawaannya dibawakan. Sebelum semuanya terlambat dan ombak TSUNAMI MELAYU/ISLAM menghempas pantai negara di dalam PRU akan datang, kami semua merayu kepada Najib Tun Razak untuk melihat dan membuat penilaian semula tentang kewarasan meletakkan Ghani Patail kekal sebagai Peguam Negara.

      Kami mahukan Peguam Negara yg akan memastikan semua prinsip2 Rukunegara dihormati dan bukan boleh diludah dengan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan dapat diambil.

      Delete
    2. ...mungkin ini secebis isi kawtim...perlu diingat salah satu cara paling ampuh untuk menghancurkan sesuatu adalah dari dalam.!!!

      Delete
  2. Masalahnya, bukankah Peguam Negara yg menentukan kes mana yg patut disiasat dan diteruskan pendakwaan? Kalau kes ke atas dia sendiri, adakah dia akan luluskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas sebab itu desakan supaya dia digantung tugas dibuat supaya tidak sebarang bentuk gangguan dapat berlaku semasa proses siasatan.

      Delete
  3. Harap rujuk juga Blog Just Read - Peguam yang mencerca hudud seolah nya Islam itu penjenayah... mohon keterangan tentang apa yang di suarakan nya - marahkan Hannah Yeoh sebagai Speaker DUN Selangor, telah membenarkan hudud di bahaskan.

    Dalam kes Peguam Negara sepatut nya di merujuk juga kepada pakar-pakar syariah Islam. Nampak gaya beliau sembrono sahaja terhadap keputusan penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maae.. atas sebab itulah kita mendesak supaya Peguam Negara baru nanti merupakan seorang practising Muslim, taat kepada Allah, setia kepada Raja dan Negara dan mahir dalam perundangan Sivil dan Syariah serta mempunyai dasar akidah yang benar2 kuat.

      Saya yakin dalam Pejabat Peguam negara pun terdapat ramai calon2 yang berkaliber..

      Delete
  4. peguam negara kita mmg dah mcm ular. moga Allah bukak pintu hati pemimpin negara ini agar tidak terus buat2 bodoh atau diperbodohkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah buka pintu hati pemimpin utk melihat bahawa TSUNAMI MELAYU/ISLAM sedang dalam perjalanan menuju pantai..

      Jika TSUNAMI CINA tidak mampu berbuat apa2 kerosakan kepada kedudukan pemerintah di punvak kuasa..

      TSUNAMI MELAYU ISLAM bakal melihat sesuatu yng tidak pernah berlaku sejak Pilihanraya 1955 bakal berlaku nanti..

      Pemerintah tolong dengar rayuan dan desakan pihak2 yang mahukan kedudukan AG dibuat penilaian semula.

      Delete
    2. Yg jd masalah ialah ramai pemimpin politik Islam malaysia yg lebih rela.memilih jalan bodoh dan buat bodoh. Demi undi yg belum tentu dapat, jalan bodoh jugak yg jadi pilihan. Memang org melayu Islam malaysia sudah tiada pilihan pemimpin boleh pakai. Mereka semua gila projek dan bodoh syariat. Yg ada sekerat dua boleh pakai pulak selalu kena kerat. Malangnya nasib melayu Islam malaysia. Tunggu ajela apa akan jadi esok dan seterusnya.

      Delete
    3. Tuan Hamba Allah,
      Itulah masalahnya dgn kebanyakan pemimpin kita. Kiblat mahu berkuasa mrk songsang.

      Tapi, kita tak boleh biar nasib umat Islam dirosakkan oleh mrk2 yg rakus. Kita peru terus berusaha utk mengeluarkan yg tidak boleh diharap dan menggantikan tempat2 mrk dgn yg lebih boleh diharap.

      Delete
    4. SAYA SETUJU. MESTI REPLACE ORANG ORANG YANG MEMBELAKANG KAN ISLAM . ADA BENDA TAK KENA PADA BAR COUNCIL INI. MESTI UBAH HORMATI PERLEMBANGAN NEGARA. SEMUA PENASIHAT NAJIB MESTI DI PANTAU DAN REPLACE DENGAN ORANG MELAYU PRACTISING MUSLIM SEPERTI APA TUAN KATA KAN. DARI PEMUDA SEBERANG

      Delete
  5. Salam Tuan,

    Jika hujah berdasarkan istilah INJIL yang digunakan, bagaimana kalau AG menjelaskan yang ia tidak disengajakan/atau tidak bermaksud untuk mengelirukan umat Islam. Dgn lain perkataan, istilah itu disebut atas sebab kejahilan.

    Kemudian isitlah itu ditarik balik dan digunakan ayat lain sementara ketetapan untuk tarik kes tetap diteruskan.

    Bagaimana pendirian PEMBELA nanti ?

    http://dinturtle.blogspot.com/2014/06/mais-dan-pembela-tolak-ketetapan-peguam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummusalam Tuan Din,

      Sebaik, kejahilan digunakan sebagai hujah, AG akan menyerlahkan betapa tidak layaknya dia untuk terus berada di kerusi AG. Sebagai seorang Peguam Negara, beliau seharusnya mahir dan cekap tentang undang2 sivil dan syariah yang ada dalam negara.

      Buat masa ini, apa yg dimaklumkan kepada saya oleh PEMBELA, mereka mahu proses siasatan itu didahulukan.

      Mereka mahu tahu dan melihat apa sebenarnya yang ada di dalam pemikiran AG semasa kata2 itu diucapkan. Jika jahil, maka dia tidak layak utk terus berada di situ. Jika terkhilaf, maka dia perlu memperbetulkan semua kenyataan khilafnya dan menarik balik semua arahan ke atas JAIS berkenaan isu Bible tersebut. Jika dia sengaja, maka PEMBELA akan mendesak kedudukannya sebagai PEGUAM NEGARA dikaji semula oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Ini kerana kesengajaan itu menunjukkan tiada kesungguhan dalam dirinya untuk mempertahankan Keluhuran Perlembagaan di Malaysia yg seharusnya menjadi sebahagian dari tanggungjawab dan amanah jawatannya.

      Terima kasih Tuan Din atas laluan.

      Delete
    2. Kalau keadan terus macam ini, apa akan jadi dgn Malaysia,

      Delete
  6. Syabas. Pecat AG n PM sekali. Dua2 pun idiot n syok sendiri. UMNO gerenti kalah PRU14. Takbir!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar Tuan Hamba Allah..

      Biar semua desakan supaya siasatan dibuat dijalankan. Kalau UMNO jatuh dan digantikan oleh pihak yang lebih menghormati Perlembagaan dan Kedaulatan Islam, tidak mengapa. Tapi kalau UMNO jatuh, yang bakal diangkat ialah puak pro liberal, plural, LGBT, dirasuk cita2 evangelis, maka, lebih baik pilihan merawat kerosakan dipilih daripada membuat terus apa yang ada.

      Krn itu laporan polis dibuat supaya PM buat pembaikan kerosakan. Ibarat sebuah kenderaan yang mengalami masalah tayar pecah, kita tidak akan membuang kereta itu ke lombong hanya kerana tayarnya pancit, tetapi, kita akan buang tayar yang pecah dan digantikan dengan tayar yang lain.

      Itu lebih Islamik. Jika AG sudah dinilai idak layak utk terus mempertahankan Keluhuran Perlembagaan dan Islam sebagai Agama Negara dari diceroboh, maka kedudukan AG perlu dinilai semula. Kegagalan untuk berbuat demikian, akan menyaksikan sejarah bagaimana desakan agar Pak Lah berundur satu ketika dulu, akan kembali bergema.

      Sehingga itu, kita mohon JAIS atau Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan AG disiasat atas perkara yang dilaporkan.

      Delete
  7. UMNO, PAS, PKR semuanya mementing diri aje, masalah Islam dan Melayu senyap aje ,asyik nak jaga hati Cina terutamanya, harap mereka akan sedar dan kembali membela Islam khasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO dan PAS perlu disedarkan dgn kita semua org Islam bersatu mendesak mrk supaya kembali bersatu.Utk PkR yg telah diresapi liberal, kaum plural, anti Islam, evangelis dan golongan ekstremis Islamufobia.. sebaik UMNO dan PAS berbaik dan kembali sebagai satu jemaah.. mrk tiada pilihan lain melainkan terpaksa menurut..

      Delete
    2. Kita sebagai rakyat harus menyedarkan mereka. Kita tiada tempat bergantung harap melainkan kita jaga diri sendiri. Nak harapkan UMNO tiada telor, nak harapkan PAS bacul, nak harapkan PKR haramjadah liberal... jahanam DAP bukan parti untuk rakyat Malaysia.

      Delete
    3. Kita semua harus menggembleng tenaga utk menyelamatkan negara ini daripada terus dirosakkan.

      Delete
  8. Selamatkan Islam di negara bertuah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuh.. bersama kita mainkan peranan...

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.