Wednesday, 25 June 2014

Kes Ridzuan Abdullah: Arahan IGP keruhkan semula keadaan


tuan musa


BANGI, 25 Jun – Arahan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan polis Perak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya Muhd Ridzuan Abdullah memulangkan anaknya kepada M Indira Gandhi akan mengeruhkan lagi keadaan.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang berkata, arahan IGP itu akan mengeruhkan lagi semula keadaan.
Dalam kes ini, terdapat dua perintah berkuasa yang sedang berjalan dengan sah.
“Perintah syariah boleh dikuatkuasakan, begitu juga dengan perintah sivil. Perintah IGP boleh dilaksanakan sekiranya sudah dipastikan perintah mahkamah mana yang berkuatkuasa. Jadi apa yang sepatutnya dilakukan ialah pihak berkuasa perlu mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan dua perintah yang bertindan itu,” ujarnya ketika dihubungi.
Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah menyerahkan hak penjagaan tiga anak kepada Mohd Ridzuan. Namun pada Mac 11 2010, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim mengarahkan hak penjagaan anak diberikan kepada Indira Ghandi.
Ujar Tuan Musa, di sini jelas bahawa keputusan Mahkamah Syariah masih berkuatkuasa. 
“Perkara 121 1A Perlembagaan Persekutuan menyebut kedudukan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sama tarafnya. Ini bermakna Mahkamah Sivil sama skali tidak boleh mengatasi perkara-perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah,” tegasnya.
Semalam, Ketua Polis Negara mengarahkan polis Perak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh untuk memulangkan Prasana Diksa, enam tahun kepada M Indira Gandhi. Polis Perak juga diarahkan supaya menahan bekas suami wanita tersebut, Muhd Ridzuan Abdullah.

Pautan Asal :
http://www.ismaweb.net/2014/06/kes-ridzuan-abdullah-arahan-igp-keruhkan-semula-keadaan/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.