Sunday, 15 June 2014

Kes Bible akan dirujuk kepada Sultan selepas semua pihak bincang

15 JUN: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan  pertemuan membabitkan semua pihak berkepentingan bagi membincangkan soal rampasan Bible Januari lalu.

khalid
Khalid
Menurut Khalid, beliau mengambil perhatian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Setia Adzib Mohd Isa berkenaan isu rampasan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban milik Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Beliau sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk  memanggil  mesyuarat bersama Mufti Negeri Datuk Seri Setia Mohd Tamyes Abd. Wahid, Exco Agama Salehen Mukhyi, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman serta wakil MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada  minggu hadapan.
“Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan persetujuan bersama sebelum mengadap DYMM Sultan Selangor untuk kata putus,” kata Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang Sabtu.
Khamis lalu, Peguam Negara telah memutuskan kes PBM ditutup kerana tiada kes untuk didakwa dan menasihatkan Kerajaan Negeri untuk mengikut proses undang-undang dalam mengedali barang kes yang diambil daripada BSM.
Kerajaan Negeri kemudiannya meminta JAIS mendapat khidmat nasihat Salehen  dan Nik Suhaimi tentang prosedur dan tatacara menurut peruntukan undang-undang bagi tindakan lanjut yang perlu diambil.
Bagaimanapun, MAIS dalam kenyataannya mengatakan tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara menutup kes dan mendakwa Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk mengarahkan JAIS memulangkan  barang kes kepada BSM.-bnbbc.my


Pautan asal artikel :

http://www.bnbbc.my/?p=15954

____________________________________________________________
PEMBELA desak Peguam Negara disiasat dan digantung tugas semasa siasatan dijalankan. Laporan polis dan justifikasi tuntutan pada pautan berikut 

2 comments:

  1. TERIMAKASIH PEMBELA - kerana KEBERANIAN mu menentang tindakan AG inilah, telah membangunkan kembali semangat ramai umat Islam/Melayu dr. golongan rakyat biasa, yg. selama ini begitu merana kerana pikiaq mereka dah tak ada lagi upaya menentang KEDAJALAN yg. makin meningkat samada dr. si KAPIR mahupun si Islam/Melayu-LIBERAL; yg. disyaki makin menguasai UMNO/PAS!

    Dan begitu sedihnya apabila Kesultanan Islam/Melayu kita sbg. Penjaga/Ketua Agama Negara bersama MAIN, serta DYMM YDPA sebg. PENJAGA hak Bumiputera - dilayan dgn. HINA oleh puak PENJAHANAM Islam/umatnya ini - yg. jelas menyalahi undg-undg Perlembagaan!

    Sedangkan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa DYMM YDP/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Dan lihat bagaimana YAB Ayahanda Tun sendiri telah MEMERTABATkan kuasa Mahkamah Syariah dlm. Perlembagaan Persekutuan, dari genggaman MUSUH ISLAM, yg. begitu galak menggunakan undg-undg sivil si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, utk.menjatuhkan KEDAULATAN ISLAM dan hak umatnya di NEGARA ISLAM ini - di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm ,
    Jangan usik perkara 121 Perlembagaan, Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR, 23/02/2012!

    Makcik Sambal Belacan.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Makcik..

      Seharusnya pihak2 Seperti Tuan Haji Naser atau yang mempunyai kelebihan atau keupayaan lebih kurang sama diangkat sebagai penasihat.

      Kita melihat satu krisis besar sedang berlaku dimana prinsip2 Rukunegara sedang diludah oleh golongan-golongan berkepentingan ini.

      Kita semua perlu terus bergerak untuk menyedarkan semua pihak tentang maksud dan perkara ini.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.