Saturday, 7 June 2014

Kerajaan diminta berhati-hati terima cadangan NUCC


PENDANG 6 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta berhati-hati dalam menerima apa sahaja bentuk cadangan sama ada daripada jawatankuasa yang dibentuk oleh kerajaan atau swasta bagi memastikan asas Perlembagaan negara ini terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Memorandum Barisan Perpaduan Nasional (BPN), Datuk Ibrahim Ali berkata, sebarang cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan termasuk cadangan daripada BPN perlu diteliti dan diperhalusi supaya cadangan yang dikemukakan tidak bertentangan dengan asas Perlembagaan.
"Hari ini kita lihat dalam konteks untuk menjamin perpaduan nasional ada cadangan pihak-pihak tertentu disuarakan kepada kerajaan yang lebih kepada sentimen kebencian dan perkauman.

"Kita minta kerajaan lebih berhati-hati serta meneliti cadangan tersebut dan jangan gopoh untuk bertindak sehingga nasi menjadi bubur," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Awam Perpaduan Nasional anjuran BPN di Pendang Lake Resort di sini hari ini.

Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai dialog berkenaan yang bertujuan merangka memorandum berhubung perpaduan nasional dalam usaha mengintegrasikan sosiobudaya ter­masuk aspek keselamatan yang berkaitan dengan perundangan di negara ini.

Antara cadangan yang dikemukakan di dalam dialog tersebut adalah mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sistem persekolahan satu aliran di negara ini.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, pemimpin-pemimpin kerajaan juga dinasihati lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan yang berkaitan dengan Perlembagaan negara.

Menurut beliau, pihak BPN bersedia untuk mengadakan perbincangan secara tertutup dengan Perdana Menteri apabila memorandum berhubung perpaduan nasional telah siap.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, tiga draf undang-undang melibatkan akta baharu yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 adalah cubaan untuk menjadikan negara ini terlalu bebas mengikut prinsip hak asasi manusia.

"Saya difahamkan draf-draf tersebut iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional dicadangkan oleh Majlis Peguam.

"Mereka langsung tidak prihatin dengan asas Perlembagaan negara dan kita tidak akan berdiam diri dengan perkara ini.

"Semua pihak boleh kemukakan cadangan tapi cadangan daripada Majlis Peguam ini adalah pandangan 'cari pasal' dan BPN akan adakan konvensyen besar-besaran untuk menentang perkara ini," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140607/dn_19/Kerajaan-diminta-berhati-hati-terima--cadangan#ixzz33wgEqDA2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 comments:

  1. Tengoklah Ben, si MCAcing ni - tak habis MENGGERTAK/MENGHINA Islam/umatnya, termasuk mahu MENJATUHkan kuasa Mahkamah Syariah!

    Dan si puak DALANG-DUA-MUKA plg. MERBAHAYA ni bukan main lagi asyik MENGGERTAK supaya undg-undg PERLEMBAGAAN terutamanya yg. berkaiatan ISLAM/umatnya, ditukaq sesuka hati - demi falsafah dan undang-undang PENIPU - demokrasi dan “equality & liberty" (hak asasi KESAMAAN dan KEBEBASAN) si Barat-ZIONIS!

    Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/05/MCA-wants-Constitution-to-be-amended-Move-to-prevent-disputes-over-religious-conversions/ , MCA wants Constitution to be amended to prevent disputes over religious conversion, June 5, 2014:

    KUALA LUMPUR: The MCA has called for constitutional changes to allow conversion of religion involving children only when both parents agree to it.

    “Conversion of religion of any child shall be mutually agreed upon by both the parents until the child attains the age of 18,” MCA Youth legal bureau chairman Eric Choo Wei Sern (pic) said.

    He suggested that Article 12(4) of the Federal Constitution be amended to prevent a father from converting the religion of his child unilaterally.

    He also recommended Article 121 or Article 121(1A) be amended to empower the civil courts to resolve disputes and issues involving marriages, regardless of the religion of the couples.

    “It is improper and incorrect for the Syariah courts to have jurisdiction over such cases where the marriage was initially entered into under the civil law,” he said in a statement here yesterday.

    Choo was commenting on the Muslim bride who was detained midway through a Hindu marriage ritual by officers of the Selangor Islamic Affairs Department (Jais) on June 1.
    He described the action as “deplorable, totally uncalled for and should be vehemently objected to”.

    He said bride-to-be Zarena Abdul Majid had taken “all possible avenues and efforts” to clarify she was a practising Hindu although her father had converted to Islam allegedly without the knowledge of the family and had registered Zarena and her brother as Muslims......

    Makcik Sambal Belacan.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik.. usaha utk memansuhkan Artikel 121(A) ini tidak pernah padam. Semenjak 1988 lagi. Ia pernah memuncak semasa zaman Pak Lah dahulu.

      Mrk ini sentiasa akan mengambil kesempatan bilamana melihat kepimpinan Islam terlalu lemah. Kita harus terus bersuara untuk memperingatkan pemerintah bahawa yang memberikan mereka kuasa pemerintahan ialah Allah melalui undi-undi umat Islam.

      Mrk harus ingat tentang hakikat suara majoriti ini.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.