Sunday, 22 June 2014

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN : Ghani Patail Harus Bertaubat

Pihak GABUNGAN hari ini ingin mengeluarkan satu pernyataan media serta peringatan untuk Peguam Negara berikutan kenyataannya menyamakan Bible sebagai mengandungi Taurat, Zabur dan Injil. Ia satu pernyataan yang sangat bercanggah dengan akidah Islam. Pernyataan yang sama dilihat sedang digunakan secara berulang di dalam media-media tertentu.

Peguam negara diingatkan supaya jangan memandang enteng terhadap ucapannya yang boleh membawa kepada batalnya aqidah jika ianya diucapkan dengan sengaja dan mempunyai pengetahuan. Beliau harus bertaubat dengan taubat nasuha kerana kenyataan beliau itu bukan sekadar bercanggah dengan seksyen 7 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor tetapi jauh lebih bahaya dari itu.

GABUNGAN melihat ianya juga turut membahayakan aqidah umat Islam dalam negara ini selain menyebarkan ajaran yang salah dan palsu kepada orang-orang bukan Islam yang lainnya.

GABUNGAN menyeru agar ashaabul as-samaahah para Mufti menegur Ghani dan menyuruh beliau menarik balik kenyataan beliau dan bertaubat. Gabungan juga mendesak agar siasatan yang terperinci hendklah dibuat segera oleh pihak JAIS ke atas Ghani agar tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil ke atas Peguam Negara itu.

GABUNGAN juga mendesak agar Ghani mengosongkan jawatannya segera kerana beliau telah hilang kelayakan untuk menjawat jawatan yang berfungsi untuk menjaga Agama, bangsa dan negara. Kalau beliau berdegil pihak GABUNGAN menuntut agar YAB Perdana Menteri memecat beliau dengan segera dan menggantikan dengan seorang yang sayangkan agama, bangsa dan negara ditempat tersebut. GABUNGAN melihat kemelut Ini persoalan aqidah yang amat berat dan bukan semata-mata krisis perundangan dalam negara. 




Kenyataan ini dibuat oleh Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN).


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.