Friday, 6 June 2014

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG CADANGAN DERAF RANG UNDANG-UNDANG BAGI MENGGANTIKAN AKTA HASUTAN 1948

KENYATAAN MEDIA (PENUH) BERHUBUNG CADANGAN DERAF RANG UNDANG-UNDANG BAGI MENGGANTIKAN AKTA HASUTAN 1948

5 Jun 2014 bersamaan 7 Syaaban 1435

Sidang akhbar ini diadakan bagi menyatakan pendirian sebilangan tokoh-tokoh Negara serta pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam yang berkongsi keprihatinan terhadap perkembangan terkini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15].

Dalam pengumuman tersebut YB Nancy mengesahkan telah menerima tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara.

Pihak kami telah berpeluang meneliti ketiga-tiga deraf rang undang-undang yang dimaksudkan dan melalui siri perbincangan didapati wujud beberapa asas kukuh yang menjadi sebab kebimbangan masyarakat Malaysia, khususnya umat Melayu-Islam, tentang beberapa aspek yang dicadangkan, sama ada dari sudut pemansuhan Akta Hasutan 1948, kandungan deraf rang undang-undang tersebut serta tujuan dan fungsi “Unfair Discrimination Tribunal” yang dinyatakan di dalam salah satu rang undang-undang tersebut.

Akta Hasutan 1948 mempunyai latarbelakang sejarah dan alasan penggubalan yang signifikan di dalam usaha membina perpaduan dan keharmonian Negara. Undang-undang tersebut telah melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Rentetan kewujudan cadangan deraf ketiga-tiga rang undang-undang ini juga diselubungi beberapa persoalan yang perlu dijawab pihak yang mencadangkan deraf. Hal ini demikian kerana kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Kami mendapati bahawa penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam yang telah mencadangkan kepada satu kelompok kecil Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara. Kami difahamkan hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.

Hakikat bahawa penggubalan rang undang-undang yang sangat mustahak tidak dibincangkan dengan teliti dan dirujuk kepada pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu menimbulkan pertanyaan serius tentang motifnya. Selain itu, rang undang-undang tersebut telah diserahkan terus kepada Jemaah Menteri, lantas mengenepikan institusi-institusi yang bakal terjejas oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

Berikut kami gariskan beberapa keprihatinan awal tentang kandungan ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut:

        i.            Di dalam mencanang tema perpaduan dan keharmonian Negara, ketiga-tiga rang undang-undang tersebut jelas lebih tertumpu pada niat menjulang hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, tetapi gagal merujuk pada fasal-fasal utama lain di dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan perkara-perkara asas yang membentuk Negara ini dan asas-asas perpaduan dan keharmoniannya, khususnya Perkara 3(1), Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan;

     ii.            Ketiga-tiga deraf rang undang-undang yang dikemukakan ternyata bersifat menghakis kedaulatan perkara-perkara asas Negara. Sebagai contoh, dengan memberikan tumpuan hanya kepada prinsip hak kesamarataan (‘equality’), penggubal telah mengenepikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 Perlembagaan itu sendiri.

   iii.            Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik perpaduan dan keharmonian Negara.

   iv.            Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga ternyata mengenepikan kedaulatan Raja-raja Melayu dalam hal memelihara hak keistimewaan orang Melayu termasuk kuota dalam perkhidmatan awam dan sebagainya yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja Raja di bawah Perkara 153 dan 38 Perlembagaan Persekutuan. Dengan menggunakan istilah-istilah seperti ‘discrimination” dan “racial superiority”, jelas bahawa penggubal tidak sensitif terhadap peruntukan-peruntukan tersebut di atas.

      v.            Deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan Kedaulatan Agama Negeri iaitu agama Islam yang telah termaktub di Negeri-negeri sejak berabad. Kedudukan ini tidak pernah diganggu oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Malah Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 3(1),(2), 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A) .

Kami ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

   vi.            Isu-isu di sekitar keharmonian antara agama dan kaum adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada sebuah tribunal yang dicadangkan di dalam deraf rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. Fungsi sebuah “Unfair Discrimination Tribunal” yang dicadangkan di dalam rang undang-undang tersebut ternyata mengambilalih peranan institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu. Malah, jika diperhalusi, kuasa dan fungsi tribunal tersebut mengingatkan kita kepada cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Comission) yang telah ditolak sekeras-kerasnya cadangannya oleh pelbagai pihak khususnya NGO Melayu Islam dan kerajaan Pusat.

 vii.            Kami ingin menegaskan bahawa cadangan tribunal ini tidak wajar berselindung di sebalik usaha perpaduan dan keharmonian Negara untuk mengadjudikasi isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa. Kita telahpun mempunyai insitusi kehakiman yang berwibawa untuk menangani isu-isu berkait perlembagaan. Isu-isu berkaitan perpaduan dan keharmonian tidak sepatutnya ditangani melalui cara legalistik semata-mata, oleh kerana realiti sejarah, kebudayaan dan latarbelakang keagamaan di Negara ini terlalu bermakna untuk diketepikan begitu sahaja.

Oleh yang demikian kami menggesa supaya pihak Kerajaan Pusat mendengar kegusaran kami berhubung perkembangan ini, termasuk melihat semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan mutakhir yang berlaku. Jika kerajaan meneruskan hasrat untuk memperkenalkan ketiga-tiga akta baharu tersebut, maka kami menggesa penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.

Pada hakikatnya, jika asas-asas kenegaraan terus dirobek, hasrat melihat perpaduan dan keharmonian tidak akan berjaya, sebaliknya, generasi akan datang akan menderitai kehilangan jati diri kenegaraan berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan yang telah sekian lama dipupuk berdasarkan kedudukan istimewa Islam sebagai agama Negara, kematangan hubungan antara kaum dan kemajmukan budaya dengan Melayu-Islam sebagai teras kenegaraan Malaysia.

Malahan, pandangan dan wawasan tokoh-tokoh dan NGO Islam dan Melayu hari ini ialah perpaduan unggul  dan asali sebuah Negara Merdeka harus membawa kepada kesedaran dan pengiktirafan semua warga Negara  dan penduduknya terhadap pembentukan Visi Peradaban dan Tamadun Malaysia. Ia tidak wajar semata-mata mengagong-agongkan warisan peradaban yang kini menakluki seluruh dunia tanpa kewarasan kritik dan pengakuan  peradaban alternatif yang telah diamalkan olih sebilangan besar manusia sejagat di luar wilayah pengaruh Anglo Saxon yang dominan hari ini.

Kami menyatakan bahawa nasib baru, rezeki generasi baru dan masa hadapan baru melalui wawasan perpaduan Negara oleh semua lapisan rakyat adalah berteraskan   amanah dan tanggungjawab kepada Negara yang berdaulat , bermaruah dan berintegriti selain dari   hanya  menekankan hak dan kehendak  masing-masing sebagai tuntutan tanpa bertanggungjawab kepada maslahah umum dan daulah Negara. Ini boleh disebutkan sebagai kesamaratan sejagat  tulin untuk membangunkan peradaban Malaysia yang berteraskan kepada etos peradaban sejagat iaitu agama, keselamatan diri, akal, zuriat dan harta yang kita sama2 saksi nyata kepada keunggulan Malaysia sebagai "Civilization Hub" - Islam, China, India, Barat, serta kuasa baru- Latin America, Africa dan Timur Jauh pada abad ke 21 ini.

Inilah warisan kemerdekaan intelek dan budaya Negara yang merdeka selama 57 tahun kepada khazanah sejarah peradaban baru untuk generasi Malaysia, Asia dan Dunia Alaf ke 22, menginsafi hakikat dan ikatan iman rakyat Malaysia sebagai manusia berakhlak mulia, berilmu tinggi dan beramanah sesama insan dan mengejar kebahagian dan kejayaan semua.




Wisma Sejarah, Kuala Lumpur
5 Jun 2014 bersamaan 7 Syaaban 1435


5 comments:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH kita ada Majlis Perundingan Melayu (MPM) - dan si DALANG-DUA-MUKA Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) tu boleh BERAMBOS!

    Sebenaqnya, budaya si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS adalah 'BARBARIC' (tak bertamadun), akibat undang-undang dan falsafah demokrasi-hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN, ciptaan Barat-ZIONIS (yg. asasnya memuja nafsu BUAS individual semata), yg. menghalalkan keganasan melampau, penggunaan dadah/alkohol sesuka hati, bertelanjang/berkelakuan lucah depan awam, pelacuran/pornografi/seks bebas termasuk seks HOMO-SODOM, MEROGOL BINATANG, menggugurkan anak (abortion) dsbnya - lihat di mana penggunaan dadah di ’normal‘kan – di akhbar anti-ISLAM – di http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2561478/Miley-Cyrus-gives-away-gold-leaf-rolling-papers-wearing-marijuana-leaf-leotard-Bangerz-tour-Canada.html , Miley Cyrus gives away rolling papers made of GOLD before wearing marijuana leaf leotard on Bangerz tour in Canada, By Daily Mail Reporter, 17 February 2014!

    Dan MEROGOL BINATANG adalah sah di Jerman – lihat di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2352779/Bestiality-brothels-spreading-Germany-campaigner-claims-abusers-sex-animals-lifestyle-choice.html , Bestiality brothels are 'spreading through Germany' warns campaigner as abusers turn to sex with animals as 'lifestyle choice' By Matt Blake, 1 July 2013)!

    Dan lihatlah di Singapura, yg. dulunya sebahagian TANAH MELAYU ISLAM kita ni, budak sekolah pun digalakkan jadi si puak SODOM demi demokrasi dan hak asasi “KESAMAAN/KEBEBASAN" Barat-ZIONIS; sebab itu juga ada anak-anak Islam/Melayu S'pura yg. dah jadi puak Sodom - yg. paling seronok tentu si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, yg. mana S'pura adalah pengkalan utama ZIONIS/Israel di Asia Tenggara (lihat di http://miazarraannur.blogspot.com/2014/05/sekolah-di-singapura-promosi-gay.html , SEKOLAH DI SINGAPURA PROMOSI GAY ???!!!, Posted By MiaZarra AN, May 17, 2014 ; dan di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009)!

    Dan lihatlah atas dasar demokrasi-hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN Barat-ZIONIS ni; sampai sebahagian ugama SYAITAN ni, yg. menghalalkan menghisap darah sesama manusia adalah seolah 'normal' (sebahagian CANNIBALISMA – esok makan orang sepenuhnya akan dihalalkan juga) – lihat di http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2647172/Real-life-Vampires-Meet-couple-drink-blood.html , Real-life vampires: Meet the couple who drink each other's blood - and say we should ALL be much more open-minded about their ghoulish lifestyle, By Naomi Greenaway, 3 June 2014:

    • Pyretta Blaze and Andy Filth from South Wales are married with a child and drink blood in the privacy of their own bedroom
    • They liken their habit to sex and say it creates a spiritual connection
    • They're part of a 15,000 strong vampire 'religion' in the UK….

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Dan si Barat-ZIONIS/Israel boleh menyerang/menjajah/merompak Dunia Islam yg. kaya minyak-gas dgn. membunuh/menyiksa sesuka hati umat Islam secara beramai (Genocide), termasuk dgn. strategi mencipta pengganas 'Islam' cthnya Al-Qaeda dan Boko Haram - dan semua ni tak pula dihentam si UN-ki Moon-tak guna tu! (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan di http://www.presstv.ir/detail/2014/05/14/362619/is-boko-haram-a-psyop/ , Is Boko Haram a psy-op?; By Dr. Kevin Barrett, May 14, 2014)!

    Jadi di mana pula dasar undang-undang dan falsafah “demokrasi-hak asasi KESAMAAN-KEBEBASAN si Barat-ZIONIS, pada Dunia Islam/umatnya?! Jadi apalah yg. kita sbg. NEGARA ISLAM, takut sgt. dgn. GERTAKAN si Barat-ZIONIS termasuk bawah SENJATA mereka iaitu birokrasi UN/International Criminal Court(ICC)/international Court of Justice (ICC)?! Sepatutnya Dunia Islam kuatkan peranan pengaruh dan kuasa Org. of Islamic Countries (OIC) sesama negara Islam dan BERSATU di UN; utk. membela nasib Dunia Islam/umatnya dari terus dirompak, dibunuh dan diJAJAH dlm. Genosid yg. berterusan, oleh Barat-ZIONIS serta ejen-ejen tempatan mereka!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Dari segi cara dan gaya Makcik melakukan ekpressi serta luahan perasaan, sesiapa sahaja yang memahamidan membaca sisi psikologi manusia melalui penulisan, bahawa Makcik sedang memendam kemarahan yang meluap2 dgn segala apa yang sedang menimpa ke atas pemikiran dunia ini.

    Oleh sebab itu, mereka2 yg berada di luar sana harus faham kenapa isu-isu ini diperjuangkan. Umat Islam di dalam dan di luar negara sedang menahan kemarahan mereka dengan perlakuan2 yang disebutkan Makcik di atas.

    Kita semua perlu berusaha agar semua permasalahan ini diselesaikan menurut jalan yang dibenarkan melalui undang2. Tetapi malangnya sisi undang2 pun tidak diambil peduli oleh golongan ini untuk terus melakukan penjajahan serta penghakisan Kedaulatan Islam alam Perlembagaan.

    Musuh rakyat Malaysia ialah golongan Ekstremis Sekular Islamufobia yang cuba berkali2 menghina Perlembagaan dan Menghasut rakyat Malaysia utk membenci keluhuran Perlembagaan.

    Golongan ini perlu ditentang habis-habisan. Selagi mereka ada, prinsip2 Rukunegara akan terus menjadi bahan ludahan mereka bila sahaja mereka mahu dan diarahkan untuk berbuat demikian. Bersama kita menentang golongan Ekstremis Sekular Islamufobia.

    ReplyDelete
  4. Betul tu Ben! Makcik heran betullah kenapa Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) telah menjadi begitu lemah - dan pemimpin Islam dari Dunia Islam boleh bercakaran sesama sendiri sedangkan umat Islam global dibunuh harian dgn. amat kejam dlm GENOSID yg. makin meningkat!

    Dan yg. Makcik marah sgt. ni sebab Makcik telah tersedar bahawa sebenarnya punca semua KEDAJALAN ini adalah dari rancangan paling jahat si Yahudi ZIONIS, yg, menubuhkan Israel dgn. mat BUAS dan sudah menguasai Barat, untuk menubuhkan Satu K'jaan Dunia yg. bertuhankan Syaitan sebenarnya; dan musuh utama mereka di abad ini dalah ISLAM/umatnya. Genosid berterusan ke atas umat Islam ini bukan saja bertujuan utk. merompak kekayaan minyak-gas-minerals Dunia Islam, tetapi juga mahu MENGURANGkan sejumlah umat Islam melalui pelbagai cara.

    Dan lihat bagaimana Israel disyaki terlibat dgn. Tsunami Fukushima yg. berjaya sabotaj rektor nuklear Fukushima, selepas Jepun bersetuju untuk membantu Iran dgn. program nuklearnya – lihat di http://www.jimstonefreelance.com/fukushima1.html , 3/11 was Japan’s 9/11. It’s all documented folks! Did the Dimona Dozen murder the Fukushima 50?, By Jim Stone, Freelance Journalist, May 21 2011 [lagipun pengkalan tentera bawah tanah RAHSIA di Diego GarCIA yg. disyaki terlibat dlm. kehilangan MAS kita, adalah disyaki dikongsi US-Britain-Israel-NATO termasuk dgn. senjata dan Submarine NUKLEAR haram Israel (lihat di http://www.rense.com/general96/role.html, Role Of Israel & Soros Exposed By MH370 Twin Jet In Tel Aviv, By Yoichi Shimatsu, 3-27-14)].

    Dan oleh kerana ‘drone‘ hanya mampu membunuh sedikit dan penggunaannya makin dikecam, maka kejadian tanah runtuh ini, kononnya sbg.‘natural disaster‘ yg. merupakan MO teroris Barat-ZIONIS, dpt. membunuh begitu ramai umat Islam dlm. sekali gus, dan sukar disiasat puncanya!

    Kerana mangsa-mangsa ini dan anak-anak pelarian Islam lain, termasuk anak-anak Islam Palestin, Syria, Iraq, Libya, Afghanistan, Yemen, Pakistan, Mesir, Thailand, Mindanao dan dari benua Afrika, dan dari seluruh` Dunia Islam sedg. disasarkan untuk diKURANGkan, secara Genocide rahsia (selain dr Genocide terangan melalui peperangan, Drone dan penjajahan BUAS), utk. diHAPUSkan ketururunan mereka – selain dr. melalui ‘bencana alam semulajadi’ ini, juga termasuk menjadi mandul dan dijangkiti wabak penyakit termasuk kanser- melalui pemberian bantuan makanan secara besaran (termasuk dr. Israel, yg. labelnya telah dipalsukan, termasuk disyaki di bawah USAid) serta suntikan besaran (kononnya utk. menghalang wabak penyakit), atau dijual oleh sindiket pelacuran/pornografi & perdagangan organ kanak-kanak, atau dirosakkan moral mereka dgn. dadah/pornografi/alkohol - oleh ejen-ejen Barat-ZIONIS/Israel, di kem-kem pelarian, yg. menyamaq sbg. NGO-NGO, termasuk di bawah UN yg. dikuasai Barat-ZIONIS.

    Dan memang seluruh umat Islam global mahu diKURANGkan melalui pelbagai cara oleh si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS yg. berterusan di samping merompak kekayaan minyak-gas Dunia Islam - spt. yg. disyaki oleh Dr. Kevin Barrett, termasuk melalui wabak penyakit terbaru yg. sungguh GANJIL, yg. sedang melanda Dunia Arab, terutamanya mungkin juga mensasarkan JEMAAH HAJI yg. BERJUTA - disyaki didalangi ZIONIS-Israel dan sekutu mereka (lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/05/05/361346/bioweapons-could-lead-to-apocalypse/ , Bio-weapons could lead to ‘apocalypse’, By Dr. Kevin Barrett, May 5, 2014; dan di http://www.nst.com.my/latest/mers-cases-reach-more-than-400-more-than-100-dead-1.588584 , MERS cases reach more re than 400, more than 100 dead, 06 May 2014)! Tengok kes Mers yg. terbaru di UAE yg. anti-ZIONIS - di http://www.presstv.ir/detail/2014/06/04/365572/mers-death-toll-in-uae-hits-10/ , MERS death toll in UAE hits 10: Health Ministry!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rileks Makcik.. salah satu sikap seorang Muslim ialah dia boleh menguruskan kemarahannya dengan cara tertib dan rasional dan mengkaji tindakan2 yang perlu dibuat untuk memperbetulkan keadaan.

      Apa yg makcik rasakan ini, kami boleh fahami tetapi apabila maklumat yang makcik paparkan dapat diuruskan dan ditadbir dengan lebih kemas dan cantik, ia akan memberi lebih banyak impak yang baik. Terima kasih atas maklumat dan uruskan kemarahan itu menjadi sesuatu yang lebih positif dgn memperingatkan semasa Islam. Dan kalau boleh dibuat dgn gaya yang lebih terurus.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.