Monday, 16 June 2014

Kali ini Laporan JAIS Pula Dibuat Mendesak PEGUAM NEGARA Disiasat

Setakat ini dua buah Laporan Polis telah dibuat ke atas Peguam Negara berikutan kenyataannya sebagaimana yang dipetik Malaysian Insider, menyatakan Bible-Bible yang dirampas JAIS mengandungi kitab Taurat, Zabur dan Injil. Ia adalah satu kenyataan yang melanggar akidah Islam dan didapati disebarkan secara meluas oleh media-media sehingga boleh memesongkan akidah umat Islam.

Kali ini satu laporan dibuat secara terus kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor oleh wakil NGO Ikatan Kebajikan Dan Dakwah Selangor (IKDAS) yang merupakan salah satu daripada pertubuhan dalam PEMBELA. Laporan kepada pihak JAIS mendesak agar Tan Sri Abd Gani Patail disiasat di bawah Seksyen 7 (Doktrin Palsu) Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor).

Di bawah Seksyen 7 (Doktrin Palsu), Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian 11 – Kesalahan Yang Berhubung Dengan Aqidah:
(1) Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum Syara’ atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Sehubungan itu, kesemua laporan yang telah dikemukakan kepada pihak Polis dan JAIS harus diambil tindakan oleh pihak yang sepatutnya.

Pihak PEMBELA secara konsisten ingin menuntut supaya PEGUAM NEGARA disiasat kerana kenyataan terpesongnya ini.




0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.