Wednesday, 25 June 2014

Gagal Fail Notis Usul Menghina Mahkamah, Peguam Desak PEGUAM NEGARA Dipecat.


KUALA LUMPUR 24 Jun - Hakim menerusi Peguam Negara boleh memanggil mana-mana pihak yang secara jelas menghina keputusan mahkamah seterusnya boleh dipenjarakan sekiranya didapati bersalah.

Pengamal undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata  budaya mengkritik tidak pernah menjadi suatu kesalahan namun gambaran negatif terhadap institusi kehakiman perlu dibendung.

"Apa yang dilakukan seperti menghina mahkamah ini adalah suatu kesalahan jenayah. Mahkamah persekutuan boleh memanggil pihak yang mengeluarkan kenyataan menghina mahkamah untuk menjawab didepan hakim yang dihina itu.

alt

"Jika bersalah, mereka boleh dipenjarakan sama seperti kes seorang imam yang bertindak membaling selipar kepada hakim. Jadi perkara sama boleh dikenakan kepada Presiden Majlis Peguam atau mana-mana pihak yang menghina mahkamah," katanya ketika ditemui RakyatNews hari ini.

alt

Mohd Khairul yang mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan The Herald berhubung isu penggunaan kalimah Allah turut memberitahu, ramai pihak yang cenderung mengkritik keputusan tersebut termasuk Majlis Peguam.

Katanya, tindakan sedemikian amat menyedihkan kerana bercanggah dengan tanggungjawab badan profesional itu iaitu memastikan masyarakat menghormati mahkamah serta memelihara badan kehakiman. 

Sehubungan itu Mohd Khairul berpendapat bahawa Peguam Negara perlu memainkan peranannya bagi memelihara badan kehakiman daripada terus menerima persepsi buruk daripada masyarakat.

"Hakim ada kuasa itu tetapi untuk membolehkan hakim berbuat demikian adalah Peguam Negara. Peguam Negara perlu menfailkan notis usul di mahkamah persekutuan. Ini adalah kerja Peguam Negara, jika tidak mampu berbuat demikian Peguam Negara perlu dipecat,"

"Jika Peguam Negara sibuk bermain golf dan tiada masa, maka pihak-pihak lain yang terlibat seperti Majlis Agama Islam Terengganu atau Melaka boleh berbuat demikian. Pada saya benda ini perlu dibuat. Jika dibiarkan, akan ada pihak yang terus menghina mahkamah. Perlunya menghukum seorang supaya tiada lagi yang berani menghina mahkamah selepas ini," katanya.

alt

Tambah beliau lagi, rasa ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu terhadap keputusan mahkamah boleh disampaikan melalui satu platform tertutup sekaligus dapat mengelakkan persepsi yang tidak baik terhadap institusi kehakiman.

"Bukan tidak boleh mengeluarkan kenyataan namun jangan sampai menghina dan menjatuhkan intergriti mahkamah. Kenyataan yang dibuat secara terbuka hingga mencetuskan kebencian terhadap badan kehakiman," 

"Jika tidak puas hati, bawa ke perjumpaan tertutup. Biarpun tidak akan mengubah keputusan yang telah dibuat, setidak-tidaknya ketidakpuasan hati itu disampaikan dengan cara beradap, dan profesional. Jika tidak maka tiada bezanya mereka dengan monyet yang meloncat dari satu pokok ke satu pokok yang lain walaupun mereka pakai baju peguam tetapi sebenarnya mereka adalah monyet," tegas beliau.

Pautan Asal :
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140624194482/ekslusif/beri-hukuman-kepada-monyet-yang-hina-mahkamah

4 comments:

  1. Aku heran betullah! Macam mana Peguam Negara/K'jaan Persekutuan seolah boleh menjadi lebih BERKUASA dari DYMM YDPA/Kesultanan Melayu serta MAIN dan HAKIM/Mahkamah Syariah - berkaitan isu mengenai Islam mahupun hak Bumiputera?! Ini amat bahaya - bayangkanlah (NA’UZU BILLAHI MIN ZALIK) kalau sekiranya si MUSUH ISLAM dari DAPBANGKAI/PKRSODOM dpt. menjadi K'jaan persekutuan!

    Sedangkan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa DYMM YDP/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam NEGARA dan hak Bumiputera (di bawah Perkara 153 Perlembagaan), lebih berkuasa dari K'jaan negeri mahupun K’jaan Persekutuan, mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Maka, lihat bagaimana BIJAKnya Kesultanan Melayu serta Bapa-Bapa Kemerdekaan TERCINTA kita, dlm. memastikan KUASA EKSEKUTIF Kesultanan ISLAM/Melayu, yg. mendaulatkan PELANSUNGAN turun temurun, PEMERINTAHAN ISLAM di Tanah Melayu ISLAM ini, adalah ASAS undg-undg Perlembagaan, tak kira siapa pun menjadi K’jaan Persekutuan mahupun K‘jaan negeri; di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/melayu-islam-beraja-mib.html , 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU:

    Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)....
    Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini
    Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan…..

    Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

    Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tanggal 5 Ogos 1957.
    .
    Dan lihat bagaimana YAB Ayahanda Tun sendiri telah MEMERTABATkan kuasa HAKIM/Mahkamah Syariah dlm. Perlembagaan Persekutuan, dari genggaman MUSUH ISLAM, yg. begitu galak menggunakan undg-undg sivil si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, utk.menjatuhkan KEDAULATAN ISLAM dan hak umatnya di NEGARA ISLAM ini - di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm ,
    Jangan usik perkara 121 Perlembagaan, Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR, 23/02/2012!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang sedang berlaku sekarang.. Seolah2 AG ialah orang yang paling berkuasa di Malaysia dan segala sistem yang ada perlu tunduk kepada apa yang dimahukannya..

      Sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan sistem serta organisasi pemerintahan dan undang-undang negara ini sebagaimana ianya dibentuk..

      Org yang lebih kompeten seharusnya mengambilalih sebelum negara lebih rosak nanti.

      Fungsi MAIN sedang cuba difitnahkan sebagai tidak mempunyai apa-apa kuasa sedangkan sepertimana yang Makcik nyatakan, kedudukan MAIN di bawah Sultan2 negeri adalah lebih tinggi dari Kerajaan Persekutuan. INilah jadinya bila berpolitik tidak mengenal batas. Golongan Ekstremis Islamufobia tempatan perlu dikekang dan ditentang habis-habisan.

      Delete
  2. Perlu juga di cadangkan :-

    1. Kajian menyeluruh Sistem Perundangan Negara dalam segi aplikasi, persepsi dan memperkasakan mengkut lunas-lunas berpaksikan Islam dan demokrasi yang di amalkan. Melibatkan semua amalan sektor.

    2. Majlis Peguam mesti di rombak dan berfungsi mengendali kemajmukan Malaysia. Tiada guna mereka berfungsi jika bias dalam memberi pernyataan yang melibatkan perundangan. Juga mesti melibatkan Persatuan Peguam Muslim Malaysia. Platfom mengandungi unsur- unsur Kenegaraan Malaysia.

    3. Peguam Negara di wajibkan memahami Syariah Islam. Jika kerajaan memillih yang berpotensi sebagai pelapis, maka lapisan ini mesti melalui proses merit mencakupi latihan bersepadu Modul Syariah Islam yang di iktiraf. Tiada lagi keputusan penting di buat bersendirian atau merujuk satu pihak. Jika melibatkan kemaslahatan Islam, Majlis Raja-Raja berhak mengemukan pakar-pakar dalam bidang-bidang nya bersandarkan Fatwa Mufti-Mufti Sunnah Wal Jamaah yang kemudian nya di perkenankan DYM Agong sebelum di umum awam.

    Banyak lagi. Semoga ada cadangan memohon Kerajaan melakukan transformasi pembaikan (bukan mengubah atau melupus seperti terjadik kepada ISA / akta Dharurat. Tidak lain demi keamanan Rakyat Malaysia.

    Amacam Ben, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Maae,
      Cadangan2 yang sangat baik terutamanya yang melibatkan kemajmukan Majlis Peguam dan Syarat memahami syariah Islam ke atas Peguam Negara.

      Pihak berkuasa dan Kerajaan Pusat harus mengambil peduli tentang elemen2 yg sedang cuba meruntuhkan tiang-tiang negara ini melalui kedua2 entiti undang2 tersebut.

      Cuma persoalannya, beranikah atau mahukah Kerajaan Pusat serta Perdana Menteri menyentuh kedua2 perkara ini.

      Setakat pemerhatian kita, kita melihat kedua-dua pihak ini seolah2 cuba membawa semua tafsir perundangan negara ke arah jalan yang semakin salah..

      Melihat semua ini, banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan Tuan Maae..

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.