Tuesday, 17 June 2014

ISMA sokong pendirian MAIS, kekal tidak mahu pulangkan Bible

Aminuddin Yahaya Ketua Biro Politik ISMA


SHAH ALAM, 16 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyokong pendirian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang kekal tidak mahu memulangkan Bible bahasa Melayu kepada pihak Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan menolak pendirian Peguam Negara.
Timbalan Presiden ISMA Tuan Haji Aminuddin Yahaya berkata, MAIS berbuat demikian sebagai menjaga akidah umat Islam selari dengan undang-undang enakmen negeri sedia ada.
“ISMA menyokong pendirian MAIS dan tindakan JAIS adalah tepat dalam menguatkuasakan undang-undang enakmen negeri Selangor,” ujar beliau kepada ISMAweb.
Beliau berkata demikian mengulas pendirian MAIS yang disampaikan dalam satu majlis bersama 100 NGO Islam di pejabat MAIS di sini hari ini.
Menurut pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, tiada sebab mengapa Bible itu harus dipulangkan sebaliknya pihak terbabit perlu didakwa atas kesalahan melanggar Enakmen Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
“Peguam Negara berkata tiada ancaman keselamatan dan tiada unsur penyebaran agama. Hakikatnya ia merupakan ancaman terhadap keselamatan dan kesucian agama Islam dan akidah umat ini. 
“Juga terdapat unsur penyebaran agama kerana ia di dalam bahasa Melayu dan mengandungi kalimah Allah,” kata beliau dalam pertemuan bersama NGO-NGO Islam di pejabatnya hari ini.
Berhubung kenyataan Peguam Negara yang mengatakan kes ini tidak melanggar Enakmen, Datuk Adzib berkata, Peguam Negara tidak berkuasa untuk menentukan perkara itu, sebaliknya mahkamah yang perlu memutuskan ia melanggar undang-undang atau tidak.
“Kes ini sepatutnya diputuskan oleh mahkamah, bukan beliau (Peguam Negara),” katanya lagi.




Pautan Asal :
http://www.ismaweb.net/2014/06/isma-sokong-keputusan-mais-kekal-tidak-mahu-pulangkan-bible/


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.