Thursday, 26 June 2014

IGP Tolong Kotakan Janji Untuk Bertindak Ke Atas Penghina Keputusan Mahkamah

Bernama melaporkan Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara) mengeluarkan amaran kepada semua pihak supaya tidak mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan isu nama Allah baru-baru ini.

Seolah-olah ia satu amaran yang tegas. Tetapi, satu persoalan timbul. Setakat mana ketegasan yang ingin dipamerkan IGP dan pasukan polis nanti? Terus terang, kita sudah muak dengan amaran yang tidak pernah diterjemahkan dengan satu tindakan tegas ke atas golongan pelampau yang tidak pernah hormat Perlembagaan, Undang-Undang Negara dan keputusan-keputusan mahkamah yang tidak pernah menyebelahi mereka.

Malah, menjadi semakin muak, apabila pihak-pihak yang mempertahankan Perlembagaan, Undang-Undang Negara dan keputusan-keputusan mahkamah pula menjadi subjek tangkapan atas desakan kumpulan-kumpulan pelampau.

Seolah-olah hanya orang-orang Islam layak ditangkap tetapi pelampau Ekstremis Islamufobia terlepas dengan begitu sahaja. Tetapi, umat Islam masih percaya sistem ini boleh diperbaiki kembali.

Dengan amaran seperti bernada tegas yang baru dikeluarkan IGP ini, kami berharap agar janji pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas golongan yang menghina keputusan mahkamah ini dapat dikotakan. Semoga semua kes yang disiasat dan diambil tindakan oleh polis tidak lagi berubah menjadi NFA dan dedak anai-anai seperti biasa apabila dibawakan ke Pejabat Peguam Negara.

Berikut berita yang dipaparkan BERNAMA.
_____________________________________________________________

Kalimah Allah: Jangan pertikai keputusan mahkamah - IGP



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.
  
Katanya Mahkamah Persekutuan telah pun membuat keputusan berkenaan isu itu, tetapi didapati ada pula pihak-pihak tertentu mempersoalkan keputusannya.
  
"Saya ingin memberi ingatan kepada mereka supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana kita (polis) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.
  
"Ini berbahaya kerana jika dibiarkan masing-masing bercakap ikut suka hati, ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada ketenteraman awam. Saya memberi ingatan kepada orang perseorangan dan pihak berkenaan supaya jangan cakap sebarangan kerana Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan.
  
Perkara ini bukan boleh dibincang secara terbuka," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.
  
Pada Isnin lepas, usaha Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran dari segi perundangan bagi menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan mingguannya The Herald versi Bahasa Malaysia, berakhir selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk kebenaran merayu.
      
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim membuat keputusan dengan majoriti 4-3 menolak permohonan gereja itu.
  
- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/266832

2 comments:

  1. Tengok ni Ben – KURANG AJAQnya si Islam/Melayu-LIBERAL ni; mcmmana si BONGKAK ni dibenarkan mengajaq anak-anak BUMIPUTERA kita kat UiTM; HANCOQ masa depan anak-anak muda Islam/Melayu kita!

    Si PEMUJA undg-undg BARAT-ZIONIS ni bukan main galak lagi MENGHINA/MENAFIKAN KUASA EKSEKUTIF DYMM YDPA/Kesultanan Melayu/MAIS-JAIS; Hakim-Hakim, keputusan mereka serta juga Mahkamah Persekutuan yg. MEMPERTAHANkan undg-undg Perlembagaan dlm. kes KALIMAH ALLAH - di mana si LIBERAL ni MENIPU psl. undg-undg PERLEMBAGAAN yg. menjaga KEDAULATAN ISLAM dan HAK umatnya, dgn. mengungkit Perkara 8, dan mana-mana Perkara yg. 'bertentangan' perkara 8 ini adalah 'lapuk' berdasarkan hak asasi si Barat-ZIONIS!

    Bahkan si PENIPU ini juga MENGHASUT ke arah KEBENCIAN Bukan Islam termasuk BUMIPUTERA Sabah-S’wak terhadap ISLAM/umatnya serta undg-undg Perlembagaan!

    Tapi yg. herannya, si Islam/Melayu-LIBERAL ni tak pula MENGHENTAM undg-undg Barat-ZIONIS yg. sewenangnya 'menghalalkan' PENJAHAHAN ke atas Dunia Islam termasuk MEROMPAK/MEMBUNUH secara BERAMAI umat Islam dlm. pelbagai GENOSID yg. makin meningkat! Jadi kalaulah dia loya yg. tera sgt; apahal, tak pi berdebat kat ICC/ICJ dan meminta rejim-rejim PENJAJAH Barat-ZIONIS/Israel dibicarakan di ICC/IC/UN di bwah undg-undg Barat-ZIONIS yg. amat diPUJAnya itu (UN/ICC/ICJ sebenaqnya dikuasai Barat-ZIONIS)?!

    Lihat di -
    http://www.thestar.com.my/Opinion/Columnists/Reflecting-On-The-Law/Profile/Articles/2014/06/26/A-leap-into-antiquity/ , A leap into antiquity, by shad saleem faruqi, June 26, 2014:

    The Federal Court has missed an opportunity to clarify and correct some disturbing rulings.

    OLIVER Wendell Holmes Jr., the famous American judge and jurist, once remarked to a lawyer appearing before him: “This is a court of law, young man, not a court of justice”. This appears to be the message of the Federal Court on Monday when it refused leave to the Archbishop of Kuala Lumpur on the Herald (Kalimah Allah) issue.

    Some of us were hoping fervently that our apex court would seize this opportunity to clarify the ambit of the Court of Appeal’s broadly worded decision and correct some regressive and gravely disturbing rulings of the Court of Appeal on issues of constitutional and administrative law……

    Three Justices, Chief Judge of Sabah and Sarawak Richard Malanjum and Federal Court judges Zainun Ali and Jeffrey Tan dissented and they must be congratulated for their courage.

    In the words of former American Chief Justice Hughes a dissent is “an appeal to the brooding spirit of the law, to the intelligence of a future day.” Given the nature of the issues, that future day will not be far.

    …..Are the Sikhs and Bahai also prohibited from using the holy word which they have used for centuries? If the stricture applies only to Christians, not to others, is that a violation of Article 8’s ban on religious discrimination?

    Does the prohibition cover only West Malaysia or does it storm up the shores of Sabah and Sarawak and invade every river and estuary in our East Malaysian states? What about the 1.6 million Christian natives there, many of whom use only Bahasa Malaysia for interaction and worship and have for centuries used the word Allah for God?

    With the Court of Appeal decision confirmed, are the Selangor Islamic Affairs Department (JAIS) and Selangor Islamic Affairs Council (MAIS) now legally authorised to raid churches, gurdwaras, book shops, printing presses and libraries to seize the holy publications of other faiths, arrest the publishers and owners for questioning and ask courts to destroy the publications?.......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Diorang kecewa sbb tak sempat betulkan tindakan terlajak perahu bawa isu ini ke mahkamah. Penghakiman YA Dato Seri Haji Mohamed Apandi B Hj Ali yg mengatakan nama Allah tiada dalam Bible dan tidak membentuk fundamental ajaran kristian tak sempat diorang ubah. Mgkin itu yg diharapkan jika Mahkamah Persekutuan benarkan rayuan tersebut..

    Sekarang ni, benda tu dah jadi 'law of the land". Mrk sedang panas punggung Makcik..

    Tgk nanti lepas ini, mrk akan cuba failkan semakan supaya penghakiman YA Dato Seri Haji Mohamed Apandi B Hj Ali dirombak untuk membuang penegasan YA tentang nama Allah bukan fundamental masalh tiada asas dlm ajaran Kristian..

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.