Wednesday, 25 June 2014

Dr MAZA : Takrif Negara Islam Tidak Penting?


Apabila Dr MAZA memperlecehkan usaha menegakkan Takrif Malaysia sebagai negara Islam di kala segmen golongan liberal dan sekular negara galak memesongkan fakta sejarah dan Perlembagaan Malaysia, ramai yang menggelengkan kepala.



Amat malang bagi umat Islam di negara ini, di kala status Islam di dalam negara ini menjadi pertikaian dan cuba dibakar sehingga hangus oleh golongan Ekstremis Islamufobia tempatan, datang pula Dr MAZA dengan pendapat yang boleh diumpamakan seperti mencurahkan kerosene kepada situasi tersebut.

Penulisannya di Malaysian Insider menjelaskan Takrif negara yang boleh dianggap sebagai negara Islam. Semuanya baik sehinggalah beliau memperlecehkan usaha memberi Takrif sesebuah negara sebagai sebuah negara Islam dengan kenyataan berikut :

"Apapun sebenarnya, perbalahan pasal takrif ini [negara sekular atau negara Islam] kadang-kala lebih banyak membuang masa daripada realiti yang patut kita tangani. Negara seperti Malaysia tidak akan masuk syurga ataupun neraka."

Benarkah pentakrifan sesebuah negara sebagai negara Islam itu tidak penting untuk diperjuangkan untuk dipertegakkan?

Untuk itu, Tuan Ahmad Farami,seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan menyatakan perkara berikut yang saya salin kembali secara verbatim tanpa suntingan :

DrMAZA.com, with all due respect, I think there are some facts you have not considered. Takrif sekular vs bukan-sekular penting sebagai hujah dalam pengurusan polisi. Sebuah negara sekular tiada asas etika (kerana etika sifatnya relatif), legitimasi atau hujah untuk memihak kepada komuniti khusus. Tanpa identiti bukan-sekular, Malaysia tiada justifikasi untuk menghalang aliran menyeleweng Syiah atau Ahmadiyyah, projek LGBT Seksualiti Merdeka atau Pink Dot, penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik dan seumpamanya. Sebuah negara sekular sifatnya neutral terhadap mana-mana agama atau amalan keberagamaan. Takrif sekular vs bukan-sekular ada nilai dan fungsi.


Ia satu pandangan yang membuka mata. Entah kenapa Dr MAZA mendatangkan buah fikiran yang nyata berbeza dan tertutup kepada rahmat meluas jika sesebuah negara turut ditarifkan sebagai negara Islam.

Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

4 comments:

  1. Rakyatnya org Islam, pemerintahnya org Islam, dan org Islam itu ada kuasa dan ada wilayah kekuasaannya yg berkuasa dia merancang membuat dasar, mentadbir, melaksana dan menguatkuasa, mk pd aku negara Islam la.
    Soal dasarnya, sistem pentadbirannya, dan undang undangnya adalah tanggungjawab pemerintah, dan mesti disokong oleh rakyat.
    Takat mana tuntutan Islam yg boleh dilaksanakan, berdasarkan kemampuan yg ada. Tp harus diingat dg mukmin, wawa'dika mastota'tu kpd Allah swt (harus diusahakan semampu mampunya dgn bersungguh sungguh).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asas negara telah mentapkan negara ini negara Islam. Pengisiannya sepertimana yang dinyatakan Tuan Hamba Allah sedang diperbaiki dan dilengkapkan satu persatu secara beransur-ansur.

      Segalanya dilakukan mengikut kemampuan dan keadaan yang mengizinkan sepertimana yg dinyatakan Tuan Hamba Allah..

      Saya bersetuju dengan semua itu.. Alhamdulillah..

      Delete
  2. Ada rakyat, ada pemerintah, dan ada wilayah kekuasaan, mk dah jadi negara. Bila rakyatnya Islam, pemerintahnya Islam, dan ada kuasa pemerintah itu dlm wilayah itu, mk negara Islam la tu. Sistem pemerintahan, dasar dasar dan undang undang negara, adalah tanggungjawab pemerintah menetapkannya, melaksanakannya dan menguatkuasakannya.
    Bg umat Islam perintah agama wajib dilaksanakan semampu mampunya, berusaha bersungguh sungguh melakukannya, bila masih tidak mampu atau tidak dpt dilaksanakan, sentiasa mohon ampunan dr Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Saudara Hamba Allah..

      Cuma kesal bila ada pihak memperlecehkan usaha menegakkan status negara ini sebagai negara Islam. Lebih dikesalkan lagi, ia datang dari mulut mereka2 yang diangakt sesetengah pihak sebagai golongan agama.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.