Thursday, 5 June 2014

DR. MAZA Jangan Bertindak Ala MOSSAD Dalam Kes Serbuan JAIS


Dr. MAZA dan Taliban berpisah tiada. Nama Taliban sering menjadi ratiban lisannya. Seolah-olah kemuncak nikmat dalam memberi pendapat itu hanya boleh dicapai hanya bila perkataan Taliban disebutnya berkali-kali. Terbaru Dr MAZA menyamakan tindakan JAIS menyerbu kuil demi menyelamatkan akidah seorang wanita yang dilaporkan beragama Islam sebagai satu tindakan ala Taliban. Pautannya di sini.

Kita tidak pasti secara jelasnya samada ia benar-benar perkataan yang keluar dari Dr. MAZA atau pendapatnya telah dimanipulasi. Tetapi, untuk pendapat sedemikian yang keluar dari mulut seorang mantan Mufti, ianya sangat menghairankan. Tiada langsung pendekatan untuk berhati-hati dan memberi ruang untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas terlebih dahulu daripada pihak berkuasa yang terlibat.

 Jika perkataan di atas keluar dari mulut Dr Farouk Musa dan IRF, kita tidaklah hairan. Dengan dana tebal yang datang dari National Endowment for Democracy dari Amerika Syarikat, kita boleh faham mereka mendapat upah untuk menjalankan hasrat-hasrat selari tertentu oleh pihak-pihak yang mengupah mereka.

Santuni Isu Dan Bukan Menyerang Ala MOSSAD.

Sebelum mengeluarkan pendapat sesuka hati dan sesegera mee segera dua minit, sudahkah Dr. ASRI menghubungi pihak JAIS untuk mendapatkan maklumat mengenai serbuan yang dilakukan? Apakah Dr. Asri sangat pasti bahawa pihak JAIS mempunyai maklumat yang cukup dan masa yang cukup untuk bertindak sehingga serbuan terhadap majlis yang sedang diadakan di kuil tersebut boleh dielakkan? Dr. Asri tidak boleh bertindak ala MOSSAD dengan menyerang pihak JAIS tanpa menyantuni isu tersebut terlebih dahulu. Sikap MOSSAD sentiasa menyerang atas sentimen dan rasa tanpa memberikan ruang kepada kebenaran untuk  timbul terlebih dahulu.

Tidak bolehkah Dr. Asri, sebagai seorang tokoh agama yang disanjungi dunia barat dan media pro agenda barat, untuk mengatakan terlebih dahulu kepada media yang menemuduganya bahawa dia perlu untuk mendapatkan versi JAIS sebelum memberikan apa-apa pendapat. Bukankah itu yang diajarkan Rasulullah s.a.w. berkenaan mendapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum .

Jangan kerjakan perkara bidaah yang tidak pernah dilakukan Nabi dengan menyerang ala MOSSAD tanpa usul periksa. Berikan ruang untuk semua berita diperiksa terlebih dahulu.

Penulisan ini bukan bermaksud bahawa pihak berkuasa agama tidak boleh ditegur. Tetapi demi keadilan dan apa yang diajarkan kita di dalam agama kita, semua maklumat harus ditapis terlebih dahulu dan penjelasan daripada kedua-dua pihak harus diperolehi terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian pra matang.

Kita masih belum lupa bagaimana ‘Admin’ laman yang mewakili suara Dr. Asri telah secara salah memfitnah pemerintah hanya kerana teruja memberikan komen tanpa memberi ruang kepada maklumat sebenar timbul terlebih dahulu. Seharusnya perkara tersebut memberi pengajaran berguna kepada Dr. Asri di dalam isu-isu sebegini supaya tidak lagi bertindak menyerbu memberikan komen ala MOSSAD.




Semoga Bidaah serbuan komen ala MOSSAD ini tidak berlaku lagi di masa hadapan. Santuni isu dan beri keadilan untuk kebenaran dikenalpasti terlebih dahulu. Itu sikap orang-orang beriman.


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al Hujurat ayat 6)



8 comments:

  1. toksah dilayan si maza ni.. dia dah tak laku.. buang masa je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju Pak Kadiaq.. cuma nak ingatkan pihak lain apa yang Pak Kadiaq sudah sedia faham..

      Delete
  2. Dr. Maza dulunya aku kagumi kini semakin meragukan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah menunjukkan setiap pilihan dan ikutan terbaik untuk kita. Amin.

      Delete
  3. Lihat berita terbaru di EvangeliSStar ("Nazi-Jerman-SS"), di mana MCAcing siap dgn. jbtn "Syariah Law and Policy Implementation Special Task Force" MENGHINA JAIS kerana menyerbu upacara perkahwinan Hindu (apa halnya nak masuk campur undg-undg Syariah kat NEGARA ISLAM ni sampai ada "Syariah task-force" MCAcing sendiri?!)! Lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/06/03/MCA-on-Jais-detaining-woman-at-Hindu-wedding-ceremony/ ,Show prudence, MCA urges Jais over disruption of Hindu wedding ceremony , by p. aruna, June 3, 2014.

    Sedgkan apa yg. JAIS buat adalah BETUL mengikut undg-undg SYARIAH kerana pengantin perempuan dlm ICnya adalah beragama Islam- (-delete- ****************** maaf fakta tak dapat dipastikan meskipun pihak kami melakukan pelbagai crosscheck- Bangkit!) Jadi NGO-NGO ISLAM/Melayu patut buat lapuran polis supaya PDRM/JAIS patut buka siasatan.

    Dan ini juga bermakna MCAcing-DAPRasis ni nak masuk campur hal Hukum ISLAM utk. umat Islam! Jadi kalau jbtn. agama pi menyerbu kuil/tokong/gereja HARAM yg. makin BERLAMBAK kat NEGARA ISLAM ni, MCAcing-DAPRASIS, asyik nak masuk campur juga?!

    Inilah akibat si Islam/Melayu-LIBERAL-PENAKUT asyik tunduk pd. si MUSUH ISLAM mcm. ni! Sedangkan si Islam/Melayu LIBERAL–PENJAHANAM-agama/bangsa/negara mcm. nilah yg. menyebabkan hak, identiti dan tanah pusaka Bumiputera Islam/Melayu TERGADAI!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju Makcik..
      Semua ni berlaku kerana ada diantara kita sendiri yg membuka jalan dan bersikap penakut serta tikam belakang.. selagi tidak bersatu. selagi itu masalah seperti ini tak selesai.

      Delete
    2. Ramai kalangan melayu juga mahu mencari wang cara mudah dgn merelakan diri di-balaci kan...

      Delete
  4. Takde sape yg nak kagumi MAZA sejak dlu lagi bagi siapa yag pernah berada dalam kampus USM. MAZA dianggap pemecah belah pemahaman Islam di kampus USM sekitar tahun awal 2000. Beliau cukup keras membida'ahkan pihak lain termasuk isu2 furu'iyah dalam ibadah. Soal2 yang menyebabkan perbalahan isu2 yang sudah beratus tahun Ulama telah bahaskan.

    Bg kami yg telah lama mengenali siafat beliau.. amat jijik dengar bila pihak luar mengkaguminya krn MAZA ini ada sifat mazmumah-iaitu pantang lihat org lain lebih darinya dan suka mempopularkan diri melalui isu2 sempit.

    Hati2 dengan orang macam MAZA. Dia bukan ilmuan Islam tapi lebih kepada sesumpah..

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.