Monday, 30 June 2014

DATUK S AMBIGA JAHIL PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?




Datuk S Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, dilaporkan oleh akhbar Sunday Star sebelum ini, di bawah tajuk “MPs backing PAS’ hudud will break oath”, sebagai berkata bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang menyokong hudud akan melanggar sumpah mereka untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang sekular. Kata beliau dalam forum anjuran MCA bertajuk “Hudud – A Nation at Crossroads” di Wisma MCA beberapa minggu lepas: “Their oath states that they have to defend the Constitution, which is secular.”

Perlembagaan Persekutuan memang mewajibkan Ahli Parlimen untuk mengangkat sumpah jawatan sebagaimana berikut:

"Saya, ........................................................................................, setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya."

Kami menggesa Datuk S Ambiga tunjukkan di mana di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan atau Malaysia adalah sekular. 


Datuk S Ambiga tidak akan mampu untuk menunjukkan yang Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan atau Malaysia adalah sekular kerana peruntukan seperti ini memang tiada di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan-peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah:


Perkara 3 (1): Islam ialah agama bagi Persekutuan.
Perkara 11 (1): Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.

Berdasarkan kepada Perkara 3 (1) dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan ini maka jelaslah bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang menyokong hudud sebenarnya akan mentaati sumpah mereka untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan kerana hudud ialah ajaran Islam, Islam ialah agama bagi Persekutuan, dan tiap-tiap orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan agama Islam.

Apakah sikap dan butir biacara yang dipamerkan  Datuk S Ambiga dan lain-lain pihak yang bersamanya seolah-olah cuba mendedahkan sisi kebencian terhadap Islam yang mungkin berakar kukuh di dalam jiwa mereka?  Ia sehingga sanggup mengada-adakan apa yang tiada di dalam Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk menafikan hak umat Islam untuk menganuti dan mengamalkan ajaran agama mereka yang sebenarnya dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.


Hentikanlah pembohongan Malaysia negara Sekular.

Perkataan Sekular tidak pernah wujud di dalam Perlembagaan malah pengisian Perlembagaan juga menunjukkan negara ini adalah sebuah negara yang dibentuk dengan acuan Islam sebagai rupabentuknya.




Qurrawiy

2 comments:

  1. Bah. pertama:

    BALA betul kat Tanah Melayu, NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ni - habis tanah PUSAKA ISLAM kita yg. asalnya kepunyaan Kesultanan ISLAM/Melayu serta rakyat BUMIPUTERAnya, TERGADAI - yg. PUNCAnya, adalah kerana PENGGANAS PENJAJAH Barat/KRISTIAN-ZIONIS paksa Kesultanan Melayu berikan kerakyatan serta hak milik tanah PUSAKA pd. berjuta Pendatang Cina dan India - utk. MENJATUHkan Alam Melayu ISLAM kita ini!

    Lihat SEJARAH permulaan Kesultanan Melayu dan Tanah Melayu ISLAM kita ini yg. diROMPAK dan diJAJAH dgn. amat BUAS – lihat di http://akarimomar.wordpress.com/2014/01/16/demi-keamanan-dunia-melayu-mesti-dikekalkan/ :

    Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan

    16 January, 2014

    ....sejarah membuktikan bahawa dunia alam Melayu ditadbir dengan nilai-nilai murni Islam dan kekal aman hinggalah datangnya penceroboh yang menjatuhkan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511. Malah setelah kerajaan Islam di nusantara yang pertama jatuh ke tangan PENGANAS Kristian Katolik, Raja Portugis ketika itu telah mengutuskan laporan kepada Pope Leo X bahawa tentera Salib telah mengalahkan tentera Islam.

    Alhamdulillah, simbol kekejaman PENGANAS Kristian Katolik ini masih tertegak untuk memberi pengajaran kepada umat kemudian tentang jahatnya penjajah ini merantaikan datuk nenek kita untuk dipaksa memecah masjid dan kubur sultan untuk asas binaan ini.

    Betapa jahatnya PENGANAS-PENGANAS Kristian Katolik ini tercatat juga bagaimana tawanan perang yang mereka rantaikan dipaksa untuk memecah masjid-masjid dan kubur-kubur sultan-sultan Islam Melaka untuk diambilkan batu-batanya bagi membina simbol kekejaman Kristian yang boleh kita saksikan lagi hingga ke hari ini, kota a’Famosa. Jika tidak kerana usaha-usaha jahat para penganas Kristian Eropah yang datang menjajah dengan motif untuk mengaut sekala kekayaan dari bumi Melayu sambil mencari kemegahan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka dalam siri peperangan salib serta bersungguh untuk menyebarkan agama mereka seperti mana yang disebut oleh para sejarahwan dengan istilah “Gold, Glory and Gospel” pasti dunia alam Melayu aman dengan ketinggian budaya ketimurannya.

    Jika tiada kerja-kerja jahat penganas Kristian Eropah yang mengimport pelbagai kaum mendatang dari luar alam Melayu sudah pastinya alam Melayu akan kekal aman dengan kegemilangan dan kehebatan tamadun Melayu yang menjadi pusat dagangan terbesar dahulu berurusan baik dengan para pedagang antarabangsa dalam suasana aman dan murni......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Bah. Kedua:

    Sedangkan, sebenaqnya Tanah-tanah Negeri/Persekutuan adalah masih kepunyaan Kesultanan ISLAM/Melayu serta rakyat BUMIPUTERAnya tak kira siapa K'jaannya - perjanjian 1948 mesti diBICARAkan balik dan rejim British mesti DISAMAN BERBILLION oleh Kesultanan Melayu-rakyat BUMIPUTERA kita, kerana PENJAJAHAN si British–ZIONIS itu, serta perjanjian 1948 adalah TIDAK SAH sebenaqnya - sebab Sultan-Sultan Melayu dipaksa 'under duress' dan diTIPU; untuk serahkan KUASA EKSEKUTIF, dlm. perjanjian PALSU yg. sewenangnya memberikan kerakyatan dan hak milik tanah pd. BERJUTA bangsa PENDATANG yg. dibawa oleh PENGGANAS PENJAJAH Barat/KRISTIAN-ZIONIS tersebut! Dan lihat SEJARAH benar tentang KEDAJALAN Penjajah British-ZIONIS dan tujuan penubuhan “Malayan Union“, di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/pembentukan-persekutuan-tanah-melayu-1948.html , Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948:

    Malayan Union yang dibentuk secara rasminya pada 1 April 1946 merupakan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat yang tidak termasuk Singapura, menjadikan 11 negeri semuanya, di bawah satu kerajaan pusat Ianya mengubah status semua negeri-negeri Melayu dari taraf pernaungan/perlindungan British kepada tanah jajahannya. Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan akan diketuai oleh Gabenor British.

    Dalam urusan pentadbiran negeri, seorang Residen British akan mengetuai Majlis Negeri. Raja-raja Melayu pula dihadkan kekuasaan masing-masing hanya kepada aspek keagamaan dan adat-istiadat orang-orang Melayu sahaja.

    Buat pertama kalinya undang-undang baru telah diperkenalkan yang memberikan status kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, disebut sebagai JUS SOLI, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Selain itu syarat kewarganegara Malayan Union adalah memperakui kesetiaan kepada Malayan Union dan tidak lagi kepada Raja-raja Melayu sebagaimana adat Melayu tradisional.......

    Penubuhan Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Cheeseman serta pindaan-pindaan deraf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang mengambil kira tuntutan-tuntutan berbagai kaum adalah sebenarnya strategi British untuk menonjolkan imej kepekaan kepada pandangan-pandangan semua pihak dalam pelaksanaan dasar-dasarnya berhubung dengan masa hadapan semua kaum di Tanah Melayu selepas kegagalan Malayan Union......

    Namun kerajaan British juga sama sekali tidak akan berkompromi dalam hal mengembalikan dasar pro-Melayu, iaitu Tanah Melayu untuk orang-orang Melayu sebagaimanya dasarnya sebelum Perang Dunia Kedua dahulu.

    Apapun kuasa British sedar bahawa walaupun Malayan Union telah terkubur dalam sejarah politik orang-orang Melayu, namun gagasan bangsa Malayan bersatu yang menjadi teras induk kepada Malayan Union telah dapat diberi nafas baru dalam bentuk penganugerahan kerakyatan kepada kaum imigran dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dan British tidak perlu menumpahkan darah sesiapapun demi mencapai cita-cita tersebut.
    Realitinya Tanah Melayu kini tidak lagi menjadi milik tunggal orang-orang Melayu dan ini adalah kemenangan kuasa British yang muktamad.........

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.