Wednesday, 18 June 2014

Berita Terbaru!! Presiden ISMA Akan DiDakwa Esok

abdullah zaik abd rahman presiden isma

Pihak kami telah difahamkan bahawa Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) pada jam 09:00 pagi esok di Mahkamah Sesyen Kajang.

Ia berikutan kenyataannya mempertahankan hak-hak orang Islam dan kedudukan Islam sebagai Agama Negara supaya tidak diceroboh sesuka hati oleh golongan bukan Islam yang tidak tahu menghormati prinsip Keluhuran Perlembagaan.


Ustaz Abdullah Zaik pada ketika itu memberi respons kepada tindakan menghina agama Islam yang dilakukan oleh parti-parti politik berasaskan perkauman Cina kerana membuat kenyataan demi kenyataan bagi mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara agama, kaum dan penduduk Malaysia.

Responsnya juga bagi mengingatkan kepada kecenderungan parti-parti politik berasaskan perkauman Cina supaya tidak menyoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan-peruntukan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Malangnya, puak-puak pelampau yang menghina, meludah serta memijak-mijak Perlembagaan Persekutuan dibiarkan bermaharajalela dengan tindakan pelampau mereka tanpa diambil sebarang tindakan. Laporan-laporan polis ke atas mereka berakhir dengan status No Further Action (NFA). Ini yang amat kita kesalkan. Mempertahankan Keluhuran Perlembagaan kini bakal ditakrifkan sebagai satu perbuatan menghasut berikutan kes ini dibicarakan.  

Solidariti Umat Islam yang berpegang kepada al Qur'an dan As Sunnah dan menghormati Keluhuran Perlembagaan akan berdiri teguh di belakang Ustaz Abdullah Zaik dan ISMA.

Semoga Allah permudahkan urusan Ustaz Abdullah Zaik berkenaan tuduhan ini dan diberikan Allah kekuatan sepenuhnya untuk menghadapi dugaan ini. Amin.

Pagi esok, kepimpinan PEMBELA akan turut hadir di Mahkamah Sesyen Kajang memberikan sokongan padu dan teguh kepada Ustaz Abdullah Zaik berkenaan tuduhan tidak berasas dan berat sebelah ini.




6 comments:

  1. inilah malaysia ,yang menyerang dan memulakan tak diambil tindakan yang mempertahankan di dakwa , makin confious aku

    ReplyDelete
  2. Setuju Saudara Zul.. Malaysia makin pelik. Menghormati dan mempertahankan Perlembagaan dikenakan tindakan.

    Yang meludah dan memijak Perlembagaan dibiarkan bermaharalela. Kita semua perlu Bangkit!

    ReplyDelete
  3. KEJAMnya! Si PENGGANAS PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL, boleh bermaharajalela MENGHINA/MENGGERTAK ISLAM/umatnya, yg. menyalahi undg-undg ´Syariah/Perlembagaan, tapi spt. biasa hanya BUMIPUTERA Islam/umatnya diTANGKAP dan dilayan mc.- PENGEMIS, di Tanah Melayu, PUSAKA nenek moyang kita dr. sebelum dijajah si KAPIR LAKNAT British-ZIONIS dan mana-mana puak PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL yg. asalnya dibawa si PENJAJAH buas tu!!

    Aku doakan pemimipin Islam/Melayu-LIBERAL KEJAM dihukum ALLAH SWT - kerana PENGKHIANATAN merekalah, Bumiputera Islam menjadi PEMINTA SEDEKAH di bumi sendiri yg. makin TERGADAI! Aku harap keturunan mereka juga akan jadi PEMINTA SEDEKAH mcm. kita rakyat biasa ni - baru mereka sedaq dan BERTAUBAT kot!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Ia Untuk doa supaya mereka2 yg menjadi pengkhianat Islam dan melayu di negara ini dibalas Allah dengan balasan yang setimpal..

      Mrk terlupa pesan ulama'2 terdahulu.. jangan sampai rakyat terzalim sehingga bangun ditengah malam melancarkan 'anak-anak panah malam' di dalam tahajud mereka..

      Ingat tentang ini wahai pemerintah dan ahli politik Islam...

      Bukan pengundi bukan Islam di sini dan di Sarawak yang akan menentukan pengekalan kuasa anda.. tetapi Allah yang akan melakukannya..

      Umat Islam mgkin tidakpunyai banyak wang dan dana utk ditawarkan.. tetapi doa2 mereka didengar Allah.. jika baik yg diminta mrk kepada pemerintah.. maka baiklah keadaan pemerintah..

      Tetapi jika mereka melancarkan 'anak-anak panah malam di dalam tahajud mrk', ketahuilah tiada sinci tanah di bumi pun sesiapa sahaja boleh selamat dengan doa2 org yang dizalimi yang dimakbulkan Allah..

      Delete
  4. Anggap sebagai ujian untuk jadi lebih matang. Saya rujuk artikel zulKulim, bahawa syariah kita tiada sebarang peruntukan untuk caj bukan Islam yang mempervokasi dan perlekehkan Islam. Juga tiada akta di bawah sivil di mana PN tidak dapat memutuskan kecuali memihak kafirun harbi ini.

    Di bawah Akta Hasutan, Presiden Isma di kenakan tuduhan. Bila Melayu bersuara mempertahankan maruah sendiri, salah ? Begitu juga dengan Agama Islam ? Dulu tiada permasalahan ini... tiada kafirun berani pun di bawah ISA...

    Semoga Allah SWT nampakkan jalan. Kami iringi doa semoga berhikmah. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah menampakkan jalan dan membantu kita melaksanakannya.. Amin.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.