Thursday, 26 June 2014

Benarkah Isu Kalimah Allah Hanya Berlaku Di Malaysia Seperti Yang Dikatakan Mufti Pulau Pinang?

Tahukah anda yang negara Brunei Darussalam, sebuah negara yang sedang dalam fasa melaksanakan sepenuhnya hukum Islam di sana, mempunyai Jadual Kelima di dalam Perintah Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013 (HJSB).


Jadual Kelima tersebut ialah mengenai Perkataan-Perkataan Yang Tidak Boleh Digunakan Berkaitan Dengan Ugama Selain Dari Ugama Islam.
Jadual kelima tersebut memperuntukkan 35 perkataan yang tidak boleh digunakan sebagai kaitan agama selain dari agama Islam termasuk nama Allah, al Qur’an, azan, Baitullah, Firman Allah, Haji dan termasuk Ilahi dan perkataan lain selebihnya. Lihat printshot di bawah :



Jadi, apa yang disebut sebelum ini oleh Mufti Pulau Pinang adalah satu pernyataan yang tidak berasas. Sebagai umat Islam yang sentiasa berjuang bagi mengangkat institusi agama supaya sentiasa dihormati oleh semua pihak, adalah malang bagi pihak kami terpaksa menegur pernyataan Mufti yang bercanggah dengan Fatwa dari Jabatan Mufti itu sendiri.

Pihak kami memohon supaya Tuan Mufti agar lebih berhati-hati di dalam keghairahan mendapat liputan dan memberikan pendapat supaya kredibilitinya tidak dipersoalkan jemaah umat Islam yang menyokong kedudukannya.



Rujukan Jadual Kelima :
http://satuhala.blogspot.com/2014/04/solusi-10-perkara-undang-undang.html


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.