Wednesday, 18 June 2014

30 Laporan Polis Ke Atas Kit Siang, Yang Kena Dakwa Presiden ISMA



Kita masih termanggu memikirkan beberapa misteri yang berlaku ke atas negara lewat ini. Antaranya negara ini mempunyai Perlembagaan dan Islam dinyatakan sebagai Agama Negara di dalam Perlembagaan yang sama. Hak-hak bumiputera pula dijamin melalui pelbagai Artikel di dalam Perlembagaan. Itu faktanya. Yang menjadi misterinya ialah, bilamana kita bangkit mempertahankan Perlembagaan daripada diludah dan dipijak oleh golongan pelampau dan golongan pseudopengganas, kita pula yang dituduh melakukan hasutan.

Kita juga masih belum mampu memahami trend pemikiran Peguam Negara dalam mentafsirkan apa sebenarnya yang ditafsirkannya sebagai Hasutan. Apakah mempertahankan hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan daripada diceroboh dikira satu perbuatan menghasut? Kita tidak pasti samada keputusan-keputusannya dalam memutuskan sesuatu kes itu sebagai No Further Action atau perlu diambil tindakan berpunca dari keupayaannya berfikir di luar kotak atau kekangan keupayaannya berfikir dari dalam tembolok.

Kita difahamkan bahawa terdapat lebih 30 Laporan Polis dibuat ke atas Lim Kit Siang atas beberapa tindakan dan ucapan-ucapannya yang menyinggung perasaan orang Melayu dan umat Islam. Sehingga kini, kita tidak pasti apa yang berlaku kepada laporan-laporan tersebut. Apakah ianya bakal digunakan sebagai dedak untuk pusat ternakan anai-anai di bawah meja No Further Action AG nanti? Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Untuk makluman semua, Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan pagi esok pada jam 0900 pagi di Mahkamah Sesyen Kajang. Semoga Allah permudahkan urusan Ustaz Abdullah Zaik berkenaan tuduhan ini dan diberikan Allah kekuatan sepenuhnya untuk menghadapi dugaan ini. Amin.

Umat Islam di luar yang berpegang kepada al Qur’an dan As Sunnah akan berdiri teguh dibelakang sesiapa sahaja yang tegas mempertahankan Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara dan mempertahankan hak-hak orang Melayu Islam sebagai bumiputera negara ini.

Kepada Tan Sri Abd Ghani Patail, sila ambil perhatian dan tindakan ke atas laporan-laporan polis yang dibuat ke atas mereka-mereka yang menghina Islam, Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu di Malaysia.

Jangan terlalu berlembut dengan golongan Ekstremis Islamufobia tempatan. Jika begini keadaannya yang berlaku kepada golongan yang berusaha keras mempertahankan Keluhuran Perlembagaan daripada diserang dan dipijak secara biadab, maka jangan hairan sekiranya satu hari nanti Perlembagaan itu tidak lagi akan mempunyai apa-apa nilai untuk dihormati di dalam negara. Ia termasuk Artikel 145 yang dibentuk bagi membolehkan tuan Peguam Negara mempunyai jawatan di dalam negara.

Tugas utama tuan ialah memastikan semua pihak menghormati Perlembagaan sebagai undang-undang utama negara dan bukan mengambil tindakan ke atas mereka-mereka yang bertungkus lumus mempertahankannya.

Sila semak semula semua kes NFA yang melibatkan kumpulan-kumpulan pelampau terutamanya yang melibatkan parti-parti politik perkauman Cina.


4 comments:

  1. Selagi tokoh liberal dalam Umno tidak di jatuhkan sesiapa saja yg mahu memperjuangkan Islam dan Melayu akan kian terhimpit,kerana mereka semua adalahalat utk melaksankan perjuangan Anwar.Sebelum piliharaya dulu mereka dah buat perjanjian,mungkin inilah sebanrnya perjanjian yg di persetujua,iaitu siapa yg menang misti menindas mereka yg mahu memperjuangkan Islam dan Melayu.Umno PKR PAS semuanya sama alat DAP,jadi PRU nanti,sama ada kita undi mana-mana parti atau tidak mengundi terus.Umno bungkus pun bagus juga.,memerntaha pun hanya fikir pasal wang saja-maruah,dan perasaan rakayat tidak peenting.Bila rakyat sudah di beri BR1M semuanya sudah beres.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita harus bergerak utk menjadi kumpulan pendesak dgn suara yg kuat.. org politik hanya faham bahasa peti undi.. jd terkadang kita perlu sedarkan mrk tentang kuasa yg diberikan bukan oleh peti undi tp dr Allah..

      Delete
  2. ALLAHUAKBAR! hang ni ISLAM sejati Ben!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Allah..
      Saudara dan saya dan kita semua ialah hamba2 Allah yg sedang berusaha utk mengangkat Islam kembali berdaulat di sini...

      Semuanya supaya kita punyai alasan depan Allah nanti jika ditanyakan apa yg kita perbuat dikala agama yang diredhaiNya dihina dan dipijak2 di negara kita sendiri.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.