Wednesday, 21 May 2014

Teguran Dr. Aznan Kepada Gaya Pemikiran Dr. Asri

Sila baca komen Datuk Dr. MAZA berkenaan dengan seminar di UiTM. Beliau menyatakan bahawa adalah biasa utk sesebuah agama (termasuk Kristian) untuk menyebarkan agamanya. Jadi kita umat Islam di Malaysia, hence “it it did not merit knee-jerk reactions from Muslims in Malaysia”. Bahkan beliau juga membawa ayat al-Quran bahawa:
“The closest people to the Muslims are Christians. The Quran says you will find that the people who love Muslims the most are Christians.”
NOTA: Untuk pengetahuan semua, pihak ISMA tidak terlibat langsung di dalam penganjuran program tersebut, tetapi saya menyokong program tersebut kerana pada saya, ianya tidak bertentangan dengan syarak, bahkan menepati maqsad “hifz al-din” yang perlu dilakukan.
Sebagai respon mahabbah saya terhadap komentar tersebut:
1) Pemahaman saya, pada hakikatnya, beliau bersetuju bahawa sememangnya terdapat usaha kristianisasi di Malaysia. Sila lihat kembali komen beliau dalam laporan akhbar tersebut.
“I want to remind Muslims not to be shocked if there are people who invite them to join Christianity. Of course religious leaders will feel that theirs’ is the true religion, and would want to invite others to join them.
“Some Muslims are so shocked by this, as if it’s the end of the world… (but) Muslims in the UK, the US and Europe also campaign for Christians to join Islam.
“So the same is being done here. It is a normal phenomenon that does not require us to react in such a chaotic manner, as if our country is in a state of emergency,” Asri told The Malaysian Insider.
2) Adakah beliau lupa bahawa menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam di Malaysia adalah bertentangan dengan perlembagaan? Adakah patut kita hanya membiarkan sahaja, semata-mata dengan alasan bahawa ini perkara biasa? Atau sepatutnya kita harus mempertahankan isi perlembagaan ini (tidak membenarkan penyebaran agama lai kepada umat Islam).?Bukankah itu termasuk di dalam maqsad “hifz al-din” di dalam syariah, bahkan itulah antara tugas agama dawlah sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al-Juwayni:
فأما القول في أصل الدين فينقسم إلى حفظ الدين بأقصى الوسع على المؤمنين ودفع شبهات الزائغين كما

سنقرره إن شاء الله رب العالمين وإلى دعاء الجاحدين والكافرين إلى التزام الحق المبين

Beliau juga berkata:
إن صفا الدين عن الكدر والأقذار وانتفض عن شوائب البدع والأهواء كان حقا على الإمام أن يرعاهم بنفسه ورقبائه بالأعين الكالئة ويرقبهم بذاته وأمنائه بالآذان الواعية ويشارفهم مشارفة الضنين دخائره ويصونهم عن نواجم الأهواء وهواجم الآراء فإن المبادئ أهون من قطع التمادي
Lihat bagaimana Imam al-Juwayni menjadikan adalah menjadi tanggungjawab Imam (pemerintah) untuk memastikan bahawa kefahaman rakyat adalah bertepatan dengan syarak. Kalau kita buka mana-mana kitab siyasah syar’iyyah, kesemua ulama akan membincangkan perkara ini.
Apa yang dibuat di UiTM adalah sebahagian daripada penerangan yang sepatutnya. Saya tak faham di mana berlakunya kegiatan extremis ini? Harap beliau dapat beri penjelasan dalam kerangka maqasid syarak.
3) Jangan jadikan hujah bahawa menyebarkan agama Islam adalah dibenarkan di negara lain. Jadi di Malaysia pun perkara yang sama patut berlaku. Lihat komen beliau:
“I want to remind Muslims not to be shocked if there are people who invite them to join Christianity. Of course religious leaders will feel that theirs’ is the true religion, and would want to invite others to join them.
“Some Muslims are so shocked by this, as if it’s the end of the world… (but) Muslims in the UK, the US and Europe also campaign for Christians to join Islam.”
Beliau perlu memahami konsep kenegaraan. Setiap negara mempunyai asas kenegaraan tersendiri, yang menjadi asas kepada penegakan negara tersebut. Begitu juga di Malaysia. Antara asasnya ialah Islam adalah agama persekutuan, dan walaupun setiap agama adalah bebas diamalkan, namun penyebaran agama lain kepada umat Islam adalah bertentangan dengan perlembagaan.
Pada hakikatnya inilah intipati ajaran Islam di dalam hal kenegaraan. Lihat juga kata-kata Imam al-Juwayni dalam hal memelihara agama sebagai salah satu tanggungjawab negara.
3) Jika beliau menerima bahawa memang terdapat usaha kristianisasi di Malaysia (sekali lagi, lihat komentar beliau di dalam akhbar tersebut), maka jawapan saya, apakah salahnya untuk kita menganjurkan seminar di UiTM dengan matlamat untuk menjelaskan kepada golongan sasaran (dalam hal ini mungkin mahasiswa Islam dan juga rakyat yang lain) tentang usaha ini, apakah kesalahannya dan bagaimanakah untuk menghadapinya?
Bukankah itu yang sepatutnya kita lakukan berdasarkan maqasid syarak?
4) Apakah ektremisnya usaha-usaha tersebut? Saya harap sebagai seorang ahli akademik, beliau akan lebih berhati-hati menggunakan perkataan ekstremis terhadap rakan-rakan musilm, terutamanya apabila berlakunya usaha-usaha sebegini.
5) Beliau juga membaca ayat al-Quran:
“The closest people to the Muslims are Christians. The Quran says you will find that the people who love Muslims the most are Christians.”
Sebagai nasihat kepada beliau, ayat-ayat al-Qur’an ini tidak seharusnya difahami dengan keadaan terjuzuk. Perlu lihat secara menyeluruh. Termasuk juga melihat kepada keadaan, konteksnya, asbab nuzulnya etc. Itu juga perlu dilihat.
Bagaimana pula dengan ayat yang menyatakan permusuhan golongan Yahudi dan Nasrani terhadap umat Islam tak akan berhenti melainkan apabila umat Islam mengikut agama mereka. Firman Allah (al-Baqarah:120):
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka.”
Kita perlu memahami ayat al-Qur’an dalam bentuk yang holistik dan menyeluruh. Ini tidak bermakna, saya menyuruh kita berperang atau bermusuh dengan keseluruhan Yahudi dan Nasrani. Tidak ada sesiapapun yang memahami maqasid syarak akan menyuruh ke arah itu. Bahkan dalam suasana Malaysia, saya menyakini adalah menjadi tanggungjawab semua warganegara untuk memastikan keamanan yang telah lama kita kecapi ini berterusan dan terus mekar. Itu jugalah pemahaman ISMA. Sebab itulah ISMA menyeru agar kita sama-sama mendokong kandungan perlembagaan (antaranya ialah hakhak bumiputera dan Melayu, dan Islam sebagai agama persekutuan- peringatan: AGAMA PERSEKUTUAN, BUKAN AGAMA RASMI), kerana itulah asas keharmonian kita selama ini.
Tetapi mengadakan seminar untuk menyedarkan umat tentang kebenaran Islam dan ketidakbenaran agama lain adalah bertepatan dengan manhaj qur’ani.. Di mana silapnya seminar tersebut dan apa kaitannya dengan kegiatan extremis dan boleh menggangu-gugat keharmonian negara? Saya kurang faham.
Sudah lama saya tidak berjumpa dan berbincang dengan sahabat karib saya, Dr MAZA ini. Kali terakhir berjumpa ialah di Airport KLIA. Itupun dalam perjalanan kami ke London. Terlalu singkat. Tak sempat nak bincang apa-apa pun. Hanya bertanya khabar keluarga masing-masing.
Pihak Majlis Ulama ISMA (MUIS) pernah menjemput beliau sebanyak dua kali untuk hadir muzakarah MUIS. Satu ketika kita berbincang “Undilah Calon Muslim Berwibawa” dan yang kedua berkenaan dengan “Ancaman COMANGO”. Mungkin kerana kesibukan beliau, atau jemputan tersebut tidak sampai dengan cara sepatutnya kepada beliau, maka beliau tidak dapat hadir. Insya Allah, MUIS akan sekali lagi menganjurkan muzakarah berkenaan dengan pelaksanaan hudud di Malaysia, dan insya Allah, beliau akan sekali lagi dijemput. Saya harap kali ini beliau dapat menyudikan diri untuk hadir. Mungkin ini menjadi pintu awalan untuk kita saling berbincang dan merapatkan jurang.
Nota: Sekadar pemahaman saya, beliau hanya memberi komen berkenaan dengan seminar di UiTM. Adapun komentar berkenaan dengan ISMA kemudiannya adalah tulisan daripada penulis berita untuk menggambarkan seolah-olah beliau juga memberi komen negatif tentang ISMA. Saya tak nampak komen negatif beliau berkenaan ISMA dalam artikel ini. Jika ada di tempat lain, itu saya tidak tahu. Jika ada sekalipun, saya menghulurkan tangan persahabatan untuk menerangkan kepada beliau tentang sebarang kekeliruan..
Salam ukhuwwah dan perjuangan. Semoga Allah SWT mengumpulkan kita semua di dalam Syurga Firdaus. Amin.
Prof Madya Dr. Aznan Hasan

Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.