Tuesday, 1 April 2014

Siapa Kami

Bangkit! adalah sekumpulan aktivis serta penulis Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang bergabung menggunakan platform media bagi menyalurkan pelbagai info, berita, idea, dan mesej tentang segala yang berkaitan dengan status Kedaulatan Islam dan Kedudukan umat Islam di tanahair.

Bangkit! dicetus idea permulaannya oleh Ustaz Hafiz Nordin, Pengerusi PEMBELA, sebuah NGO Islam yang lantang serta aktif mengambil berat tentang isu kedudukan serta ancaman ke atas agama Islam dan umat Islam di negara ini. Beliau mencadangkan supaya aktivis-aktivis Islam dan penulis-penulis Islam bergabung serta mahukan suara-suara mereka mempunyai platform untuk di dengari.



Bangkit! merupakan himpunan hasrat kumpulan majoriti rakyat Malaysia yang percaya kepada sikap bertamadun, menghormati Perlembagaan Persekutuan selagi ia tidak bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, inginkan perubahan positif tanah air berteraskan kepada semangat perlembagaan dan nilai – nilai yang telah disepakati bersama sejak kemerdekaan.

Bangkit! akan membawa suara-suara NGO-NGO, aktivis-aktivis Islam serta penulis-penulis Islam yang bersuara untuk kebaikan bersama di dalam semangat menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negara. Sebarang grafik, penulisan, atau video yang diterbitkan dan dikongsikan adalah dilakukan di dalam kerangka tujuan menghormati hak kebebasan bersuara selagi mana ia tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dan undang-undang negara. Adapun maklumat dari sumber lain adalah hak milik individu atau entiti tersebut dan tidak mencerminkan pendirian Bangkit! melainkan dinyatakan.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.