Tuesday, 27 May 2014

Khianat Pada Muslim & Vegan, Cadburry Terus Angkuh..

Kebaikan pengesahan sijil Halal bukan hanya meliputi perlindungan kepada pengguna-pengguna Islam. Aspek pemeriksaan sijil secara berkala juga membawa manfaat kepada golongan bukan Islam yang mementingkan aspek keselamatan serta kebersihan makanan.

Halal di dalam Islam tidak hanya meliputi makanan-makanan yang dibenarkan di dalam Islam, malah meliputi aspek keselamatan dan kebersihan penyediaan makanan. Seluruh aktiviti yang membentuk rantaian proses kepada penyediaan makanan akan ditelitikan supaya memenuhi semua syarat-syarat halal yang diperlukan.

Walaubagaimanapun, aspek pensijilan halal serta sistem pemantauan kepada pematuhan aspek penghasilan produk halal di negara ini, kembali menjadi subjek pertikaian. Ini berikutan kes DNA babi yang dikesan di dalam beberapa produk Cadburry.

Keberkesanan sistem pemantauan pihak yang diamanahkan menjaga aspek pensijilan Halal kini diletakkan di bawah mikroskop rakyat yang sedang dikuasai perasaan marah. Rasa marah mereka dibangkitkan kerana rasa percaya mereka terhadap integriti pematuhan syarat-syarat sijil tersebut seolah-olah tidak dipedulikan oleh pihak Cadburry. Mereka juga turut marah kerana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab, gagal mengambil tindakan setelah dimaklumkan dengan lebih awal sebelum ini.

Hanya setelah pecah berita tersebut dikongsi di laman-laman perkongsian maya, barulah tindakan menarik balik sijil halal dan produk-produk tersebut dari pasaran dilakukan. Apa yang lebih dikesalkan ialah keangkuhan syarikat Cadburry untuk menyatakan permohonan maaf mereka kepada umat Islam yang telah dianiaya dan dikhianati kepercayaan mereka.

Bukan hanya angkuh tidak mahu memohon maaf dengan umat Islam, malah isu ini juga ditangani pihak mereka seolah-olah ia hanyalah satu perkara kecil dan boleh dilupakan begitu sahaja.

Pihak syarikat Cadburry harus menyedari, bukan hanya kepercayaan masyarakat Islam kepada produk coklat mereka dikhianati, tetapi Cadburry juga telah mengkhianati golongan Vegan (vegetarian) dengan kewujudan DNA babi di dalam produk-produk tersebut.

Perkara ini harus diselesaikan dengan cara yang sepatutnya. Ini adalah perkara yang tidak boleh dimaafkan dengan begitu sahaja, Pihak yang bertanggungjawab dengan isu ini perlu dibawa ke muka pengadilan.

Oleh kerana sehingga hari ini, Syarikat Cadburry mengambil langkah angkuh dengan tidak memohon maaf atas apa yang berlaku, maka sehingga semua pihak yang bertanggungjawab berkenaan hal ini dibawa ke muka pengadilan, maka sehingga itulah pihak kami mahu semua umat Islam dan golongan vegetarian untuk ingat perkara ini di dalam ingatan, Ingat Cadburry Ingat Babi!..


Makan Makanan Haram, Hati Jadi Hitam..

Ingat Cadburry, Ingat Babi..


Bangkit!


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.