Wednesday, 21 May 2014

Resolusi Wacana Pencerahan Tasawwur Ahli As-Sunnah Wa al-Jama‘ah

wacana aswj
Resolusi Wacana Pencerahan Tasawwur Ahli As-Sunnah Wa al-Jama‘ah
1. Menyedari hakikat bahawa sejarah kestabilan, kemakmuran serta kemajuan umat Alam Melayu Nusantara adalah berpaksikan kepada ajaran Islam aliran Ahli As-Sunnah Wa al-Jama’ah, maka:
  • Kerajaan perlu bersungguh dalam memastikan tasawwur Ahli As-Sunnah Wa al-Jama’ah ini difahami secara menyeluruh, dari aspek-aspek pegangan akidah, amalan fiqh serta penghayatan akhlak; disegenap lapisan umat Islam di tanah air tercinta ini.
  • Kerajaan juga mestilah secara berterusan bertegas dalam usaha membanteras segala unsur dan anasir yang mampu memberi kecelaruan kepada fahaman Ahli As-Sunnah Wa al-Jama’ah yang sebenar.
2. Untuk mencapai matlamat murni di atas, kerajaan Persekutuan dan Negeri; melalui agensi-agensi yang berkaitan, wajar:
  • Menyediakan modul pembelajaran menyeluruh tentang pegangan Ahli As-Sunnah Wa al-Jama’ah untuk diaplikasikan di semua peringkat pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan.
  • Menyeragamkan dan memantau aktiviti pengajian di masjid-masjid serta surau-surau supaya semuanya berdasarkan teks-teks yang telah dikenal pasti sesuai mengikut faham epistemologi Ahli As-Sunnah Wa al-Jama’ah.
  • Menghentikan operasi institusi-institusi pengajian yang bertopengkan Islam yang didapati menyebarkan fahaman yang tidak selari dengan indeks akidah Ahli As- Sunnah Wa al-Jama’ah.
  • Menjadikan syarat aliran akidah al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah dalam meluluskan permohonan baharu untuk memulakan institusi pengajian swasta yang berlandaskan Islam.
  • Mewujudkan dana khas untuk kajian akademik yang berteraskan topik Ahli As-Sunnah Wa al-Jama’ah di universiti-universiti tempatan.
  • Menggembeling usaha serta menyediakan insentif menarik untuk pihak swasta bekerjasama di dalam aktiviti penyelidikan, penyampaian, penyiaran serta operasi pusat rujukan berkaliber yang diwujudkan secara khusus untuk menyuburkan aktivisme yang memperkasakan faham Ahli As-Sunnah Wa al-Jama’ah.
  • Memperbanyakkan kandungan dan program yang mempromosikan tasawur Ahli As-Sunnah Wa al-Jama’ah secara kreatif dan meluas dimedia cetak dan elektronik arus perdana.
  • Menyediakan jaringan gandingan ulama-‘umara berprofil tinggi demi memacu idea pembinaan jatidiri Malaysia sebagai benteng Ahli As-Sunnah Wa al-Jama’ah dipersada global.
3. Dengan latar keseriusan serangan ajaran Syi’ah; dan pemikiran liberalisme dan pluralisme agama di Malaysia, maka:
  • Kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pergerakan kumpulan ini di bawah seliaan JAKIM.
  • Mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa agama disemua peringkat agar mengambil tindakan tegas menyekat ajaran dan fahaman tersebut.
  • Pengamal, pelopor Syi’ah, liberalisme dan pluralisme agama serta NGO-NGO yang diketahui umum memperjuangkan fahaman ini perlu dipanggil untuk diberi kaunseling dan nasihat supaya mereka menghormati kedaulatan Islam; patuh kepada peruntukan Perlembagaan, undang-undang dan enakmen agama sedia ada; dan menyantuni citra rakyat Malaysia yang majoritinya beraliran Ahli As-Sunnah Wa al-Jama’ah.
21hb Mei 2014

Pautan asal : http://akarimomar.wordpress.com/2014/05/21/resolusi-wacana-pencerahan-tasawwur-ahli-as-sunnah-wa-al-jamaah/

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.