Wednesday, 2 April 2014

Kenapa Bangkit! ?

Kenapa Bangkit! ?

Setiap rakyat Malaysia dibenarkan mempunyai tanggapan dan idea sendiri selagi ia tidak bertentangan dengan ada yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pihak kami menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-Undang Utama Negara.

Tetapi pihak kami percaya Perlembagaan Persekutuan perlu diperkemaskan dari masa ke semasa mengikut aspirasi suara majoriti rakyat negara ini. Artikel 159 Perlembagaan Persekutuan membenarkan rakyat negara ini menentukan halatuju negara melalui aspirasi-aspirasi yang tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang sediada.

Pihak kami mempunyai pendapat tersendiri tentang erti kemerdekaan.

Merdeka bagi kami ialah mengembalikan pentadbiran negara ini kepada sistem yang diamalkan sebelum ia dijajah. Pihak kami percaya, jalan terbaik melakukannya ialah menerusi saluran undang-undang sediada dengan mengambil kira dan menghormati semua prinsip-prinsip Rukunegara.

Pihak kami percaya penerapan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam harus menjadi asas terpenting kepada Perlembagaan Negara.

Akhir sekali, pihak kami percaya dan yakin, rakyat Malaysia hanya akan benar-benar merdeka sepenuhnya jika negara ini kembali kepada pentadbiran Islam sepertimana asal sebelum Merdeka tanpa mengambil mana-mana hak orang-orang bukan Islam yang setia kepada negara mengikut Perlembagaan Persekutuan.


2 comments:

  1. BANGKIT...kenapa wallpaper anda ada lambang salib sedangkan anda memperjuangkan Islam...
    Maafkan saya kalau saya silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamba Allah..
      Terima atas atas keprihatinan tuan.
      Wallpaper tersebut merupakan seni geometri Islam. Ia tidak mengandungi salib. Kebetulan jika fokus diberikan hanya pada bahagian kecil pecahan bentuk geometri tersebut, ia kelihatan membentuk lambang 'tambah' dan bukan salib. Salib palang melintangnya tidak berada pada tengah paksi melainkan lebih atas sedikit.

      Ia akan kelihatan seperti salib jika ada pihak mahu melihatnya sebagai salib. Sama seperti huruf 't" dan simbol tambah di dalam matematik "+". Jika org yang mahu melihatnya begitu, ia akan kelihatan begitu.

      Wallpaper tersebut bagi kami ialah sebuah wallpaper yang menunjukkan seni geometri Islam yang dibuat kemas tersusun mengikut pengiraan formula matematik yang tepat dan mengagumkan. Begitulah juga dengan Islam, segalanya benar, tepat dan jitu.

      Harap pencerahan ini dapat memuaskan pertanyaan tuan.

      Delete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.