Thursday, 29 May 2014

Harapan Mendiang Karpal Yang Belum Tertunai

Masih belum terlewat untuk berbicara tentang kemenangan Ram Karpal Sigh. Anak kepada mendiang Karpal Sigh yang terbunuh dalam satu kemalangan. Melalui proses demokrasi yang tidak dipertikaikan, Ram Karpal memenangi dengan mudah Parlimen Bukit Gelugor menewaskan lawan-lawan kecil kepada partinya. 

Ibarat gajah dihantar untuk melawan lipas. Tetapi sistem demokrasi membenarkan ianya berlaku. Semua pihak menghormati kemenangan tersebut. Tiada manusia kurang akal atau berminda bodoh bodoh tidak cerdik mendakwa pihak yang memenangi pertandingan tersebut membawa masuk Bangladesh, penghuni hantu, dewan pengiraan undi yang hilang tenaga elektrik dan sebagainya. Berlawan seperti gentlemen, mengaku kalah juga harus seperti gentlemen. Itu adat demokrasi.


Ram Karpal di dalam poster-poster pilihanrayanya menegaskan bahawa dirinya juga adalah representasi mendiang ayahnya Karpal Singh. ‘I Am Karpal Singh’ turut menjadi moto kepada slogan pilihanraya kecil tersebut. Seolah-olah banyak lagi perjuangan Karpal Singh yang perlu dipikul oleh bahunya untuk ditunaikan. Sebagai seorang anak yang mengasihi serta menyintai ayahnya, tentu sahaja apa sahaja harapan tertangguh ayahnya ingin beliau tunaikan. Kasih sayang antara seorang anak dengan seorang ayah tidak dapat diputuskan dengan kematian. Kerana itulah beliau sanggup memikul beban untuk menjalankan harapan-harapan bapanya yang masih belum tertunai.

Antara yang terawal dan mungkin mudah untuk saudara Ram Karpal lakukan ialah dengan memujuk serta menunjukkan jalan ke pintu taubat oleh Anwar Ibrahim. Rahsia tentang perkara apa yang harus ditaubatkan Anwar Ibrahim pergi bersama perginya mendiang Karpal Singh. Tiada siapa tahu apa yang dimaksudkan dengan mendiang Karpal Singh, “Anwar Ibrahim has created enough trouble for the country.”

Tetapi semua orang tahu bahawa itulah keinginan mendiang Karpal Sigh ketika merasakan dirinya sebagai Pengerusi D.A.P. tidak dipedulikan semasa kes hasutan meilbatkan Sultan Perak timbul satu ketika dahulu.


Dengan terlantiknya Ram Karpal memegang kerusi yang pernah dipegang oleh ayahnya, maka harapan-harapan Karpal boleh cuba dilaksanakan secara satu persatu. Mulakan dengan yang paling mudah.

Anwar Ibrahim harus bertaubat!

________________________________________________________________

Makan Sumber Makanan Haram, Hati Akan Jadi Hitam,

Ingat Cadburry, Ingat Babi.






0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.