Friday, 30 May 2014

Daulat Tuanku! Merafak Sembah Tahniah Atas Permahsyuran Sebagai Sultan Perak ke 35


Patik mewakili Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) dan warga-warga ahli pertubuhan-pertubuhan di bawah naungan PEMBELA merafak sembah tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku
Sultan Nazrin Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah dan KDYMM Sultanah Zara sempena perisytiharan perlantikan sebagai DYMM Sultan dan DYMM Sultanah Perak yang baharu.

Patik dan warga PEMBELA serta warga-warga ahli di bawah naungan PEMBELA berdoa agar KDYMM Tuanku Sultan Perak dan KDYMM Tuanku Sultanah Perak sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta memerintah dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan keamanan di atas takhta singgahsana Kerajaan Negeri. Semoga Islam, umat Islam dan rakyat Perak secara khusus dan rakyat Malaysia secara umumnya mendapat limpahan rahmat, kejayaan serta keamanan yang lebih cemerlang di bawah naungan dan pemerintahan Tuanku.

Patik sekali lagi dengan penuh hormat dan takzimnya melafazkan persembahan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Tuanku Sultan Perak dan KDYMM Tuanku Sultanah Perak atas pelantikan sebagai DYMM Sultan  dan DYMM Sultanah Perak.


DAULAT TUANKU!




Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)


0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.