Thursday, 15 May 2014

Brunei Laksanakan Hudud

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.



Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.

Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.

"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.

"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.

Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.

Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.

Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI

1 comments:

  1. MAZNAH MOHAMMAD SINGAPURA MENGHASUT BENCIKAN UMNO
    1. Associate Professor Maznah Mohammad dari NUS Malay Studies seorang yang anti UMNO. Seorang keparat Melayu Singapura yang tali barut PAP pelampau, muka Melayu berok bertopengkan barua Cina bangsat, kerana wang, kekayaan, pangkat yang di taja oleh kerajaan PAP sanggup menjatuhkan maruah dan menaikkan kebencian terhadap kekuatan UMNO di Malaysia.
    2. Semalam dalam interview Channel News Asia tentang HUDUD di Kelantan, betina ini kata UMNO mengambil kesempatan untuk mengeratkan PAS dan UMNO dengan melawan Pakatan Rachun di Malaysia. Berkali kali si betina sial ini mengulang ulasan dengan berbagai versi memburukkan dan menunjung jari ke UMNO.
    3. Aku harap Malaysia akan mengambil tindakan, seperti jangan masuk dalam Negara Malaysia. Jikalau se betina ini dijemput mendengar Perhimpunan UMNO, di seluruh Malaysia, Malaysia akan rugi, hancur kerana si keparat tali barut Pakatan Racun dari Singapura akan meneruskan kegiatan menjatuhkan UMNO dan menjemput generasi muda Singapura membenci dan melahirkan ramai pembelut Melayu Malaysia, termasuk kaum Cina, India dan lain lain dari Malaysia dan Indonesia.

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.