Saturday, 17 May 2014

Apakah Dr. MAZA cuba Menghalalkan Pelanggaran Undang-Undang Negara?

Malaysian Insider merakamkan pendapat Dr. MAZA berkenaan isu Forum Kristiologi Di Nusantara. Sebaris di dalam saf yang sama dengan Mujahid Yusuf Rawa, Dr. MAZA tidak mengambil pendekatan untuk bersangka baik terlebih dahulu terhadap usaha NGO-NGO tersebut menjelaskan ancaman-ancaman yang sedang berlaku kepada umat Islam.


Ancaman yang cuba dijelaskan kepada pihak awam di dalam forum tersebut merujuk kepada bentuk beberapa usaha di dalam segmen pelampau agama tertentu yang cenderung melanggar peruntukan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan. Itu yang menjadi isunya. 



Apakah Dr. MAZA ingin membudayakan satu budaya tidak peduli kepada undang-undang negara? NGO Muslim bersuara kerana mereka mendapati undang-undang yang telah diwartakan di dalam negara ini sedang dilanggar sesuka hati. Jika pada hari ini, Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak dihormati, dan pihak yang tidak menghormatinya diberikan sokongan tidak berbelah bahagi dengan cop halal oleh sesetengah golongan agama, tidakkah mereka terfikir nanti yang semua peruntukan undang-undang lain juga akan diceroboh kerana pelakunya merasakan apa yang mereka lakukan itu, telah difatwakan boleh oleh golongan cengkedikiawan tertentu?


Kenapa tidak mengambil pendekatan untuk bersangka baik seperti yang selalu dianjurkan? Benar, NGO-NGO Islam yang dituduh ektremis ini tidaklah kaya untuk menghulurkan bayaran yuran untuk mendapatkan endorsemen kenyataan sokongan. Tetapi, tidak bolehkah pihak-pihak lain mendekati isu ini dari segi penghormatan kepada kedudukan Islam di negara ini yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan?

Berita Malaysian Inciter di bawah :


_____________________________________________________

BY HASBULLAH AWANG CHIK
MAY 17, 2014
Islam is not under attack in Malaysia, and extremist Islamist groups that constantly warn of alleged Christianisation are only shaming their own religion, says prominent Islamic scholar Dr Asri Zainul Abidin (pic).
The former mufti of Perlis said efforts by any religious community to spread their teaching was a natural phenomenon in all countries, and it did not merit knee-jerk reactions from Muslims in Malaysia‎.
"I want to remind Muslims not to be shocked if there are people who invite them to join Christianity. Of course religious leaders will feel that theirs' is the true religion, and would want to invite others to join them.
"So the same is being done here. It is a normal phenomenon that does not require us to react in such a chaotic manner, as if our country is in a state of emergency," Asri told The Malaysian Insider.
"The closest people to the Muslims are Christians. The Quran‎ says you will find that the people who love Muslims the most are Christians."
Asri was responding to the controversial seminar on Christology and the use of the word Allah, held‎ last week at the Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Several speakers had warned Muslims against the threat of Christianisation and belittled the Bible as containing "tales‎", while copies of a book titled "Exposing the Christian agenda" were distributed among the students.
The recent events had strained ties between the two biggest religious communities in Malaysia, which were already in conflict over the decades-long tussle over the use of the word Allah.
Christians make up 2.9 million of Malaysia's 30 million population, with two-thirds of the adherents residing in Sabah and Sarawak.
Asri reminded Muslims in Malaysia that they had no reason to be worried about the fate of their religion, as no attack had been launched against Islam.
The Islamist group Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) had fanned the flames of religious intolerance when it called Chinese migrants brought to Malaya as "trespassers", and warned of "foreign races" and Jewish Zionist evangelists who were intent on burying Islam.
The groups' remarks have triggered outcry among Malaysians‎, but Putrajaya ‎has remained silent over Isma's statements.
Asri said extremist Islamist non-governmental organisations (NGOs) were tarnishing the image of Islam and spreading confusion among Muslims over the true teaching of the faith.
"We must not be so extreme. There are NGOs‎ which want to promote themselves, but are over the top in doing so," said Asri.
"They make Islam look as if it is so weak. Islam has strong arguments that proves it is the true religion. ‎(The NGOs) should not be so worried. We are worried because we are not doing our work properly," he said, although he did not mention the name of such groups.
Asri added that while Islam does not stop its adherents from criticising other religions, it should be done academically and not be based on emotions or simplistic arguments.
"If we spark enmity in a peaceful environment, eventually people will fight one another, despite the fact that they were originally living in harmony.
"This is not allowed in any religion, unless someone has initiated a war," said the scholar.‎ – May 17, 2014.

Pautan asal :
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ex-mufti-slams-extremist-islamist-groups-says-christianity-and-islam-closel

4 comments:

  1. Dia dah pernah dgr ka pembentangan Hj.Karim? Emosi ka hj.Karim. Apa punay mufti? Fitnah orang....

    ReplyDelete
  2. Hamba Allah 23 May 2014 19:21..
    Itulah masalahnya.. dia tidak mendekati isu ini dengan santun. Dia hanya mahu menyantuni golongan yang memusuhi Islam tetapi, mengambil pendekatan tidak bersangka baik dengan pihak2 yang cuba memikul beban berat menyelamatkan umat ini dari ancaman akidah.

    ReplyDelete
  3. Kiblat Dr. MAZA kebelakangan agak mengelirukan. Apa salahnya jika Muslims diajar supaya berhati-hati dengan golongan yang dengan terang dan jelas diceritakan dalam Al-Quran sebagai musuh orang Islam. Dr. MAZA persoalkan budaya Melayu/Muslim yang bertunjangkan ajaran tersebut. Kami bukannya berburuk-sangka semberono. Dr. MAZA dulu lama sangat kat Oxford kut??

    ReplyDelete
  4. Gavriel.. sebaik pulang dari Oxford, dia menjadi lunak dgn golongan ini.. hanya Allah sahaja yang tahu, apa yg berlaku kepadanya dan apa yang dilakukannya di Oxford.. semoga semuanya baik2 belaka... cuma pendekatannya dalam hal ini sgt memualkan..

    ReplyDelete

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.