Wednesday, 28 May 2014

Al-FATIHAH, SEMBAH TAKZIAH ATAS KEMANGKATAN DYMM SULTAN PERAK

Merafak sembah takziah kepada DYMM Raja Permaisuri Perak di atas kemangkatan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah yang kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1:30 petang tadi.
Takziah juga kepada seluruh kaum kerabat dan keluarga diraja Perak, kerajaan negeri Perak serta rakyat negeri Perak amnya atas berita yang menyedihkan ini.
Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) dan warga-warga ahli pertubuhan yang berada di bawah naungannya mendoakan agar Baginda DYMM Raja Permaisuri Perak dan kerabatnya terus tabah dan juga semoga urusan-urusan yang mendatang akan dipermudahkan hendaknya.
Semoga roh almarhum dirahmati dan diberkati serta di tempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah.

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.