Tuesday, 27 May 2014

10 SALAH TANGGAPAN MENGENAI KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Pautan berikut memuatkan penulisan dari Tuan Haji Mahamad Naser Bin Disa. Tuan Mahamad Naser merupakan Peguam Kanan Persekutuan.



Ia pernah diterbitkan di bawah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. 10 tanggapan yang ditanggapi di dalam penulisan tersebut menyentuh perkara-perkara berikut :

1) Salah tanggapan No. 1 - Islam sekadar Agama rasmi. 

2) Salah Tanggapan Ke 2 - Malaysia Negara Sekular.

3) Salah tanggapan ke 3 – Kedudukan Islam lebih rendah dari Perlembagaan. 

4) Salah Tanggapan ke 4 - Hak Kesamarataan agama – Equality of Religion

5) Salah Tanggapan ke 5 – Legasi Penjajah yang bercanggah dengan Islam dianggap 
sistem konventional manakala sistem Islam sekadar alternatif.

6) Salah tanggapan Ke-6 Memperjuangkan Islam dianggap cenderung kepada 
pembangkang. 

7) Salah tanggapan ke 7 – Islam Tanggung jawab Negeri

8) Salah Tanggapan ke 8 – Pihak Berkuasa Agama Negeri Berada di bawah Kawalan 
Kerajaan Negeri.

9) Salah Tanggapan ke 9 - Sejarah Islam Negara Bermula pada 1957 

10) Salah Tanggapan Ke 10 – Berpolitik Secara Islam; Jangan mempolitikkan Islam 
(political bargaining) 

Semua salah tanggapan ini dihuraikan dengan baik dan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh pembaca tidak kira apa latar belakang mereka.

Terus terang diakui, ada di antara salahtanggapan ini menghantui pemikiran kita yang telah lama terprogram untuk percaya perkara-perkara yang dimahukan sesetengah pihak untuk kita percaya. Pautan yang dinyatakan di bawah akan membawa pembaca kepada penulisan penuh Tuan Mahamad Naser bin Disa. Sila manfaatkan dan sebarkan untuk kebaikan yang lebih meluas skopnya.

http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/muat%20turun/10SalahTanggapan.pdf

0 comments:

Post a Comment

Bangkit! percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan al Qur'an dan As Sunnah, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara dan Undang-Undang Negara. Sila pastikan setiap komen yang dibuat mengambilkira semua aspek ini supaya keharmonian hidup bermasyarakat secara bertamadun dapat dinikmati secara bersama.